SESIAPA saja mempunyai naluri ingin hidup berpasangan dengan pilihan hati masing-masing. Hanya melalui ikatan perkahwinan saja seseorang itu dapat memenuhi tuntutan syahwatnya melalui cara yang halal.

SEMOGA KEKAL SELAMANYA...perkahwinan bukan sekadar memenuhi keperluan syahwat tetapi pengisian nilai agama sangat penting dalam membentuk keluarga harmoni.
SEMOGA KEKAL SELAMANYA...perkahwinan bukan sekadar memenuhi keperluan syahwat tetapi pengisian nilai agama sangat penting dalam membentuk keluarga harmoni.
Dalam Islam, hubungan yang dihalalkan melalui pernikahan itu bukan sekadar memenuhi hawa nafsu semata-mata tetapi ia adalah ibadah bertujuan melahirkan generasi dan zuriat soleh sebagai penyambung keturunan.

Al-Quran menjelaskan pernikahan adalah untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan.

Allah berfirman yang bermaksud: "Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah itu bahawa Dia jadikan bagi kamu pasangan hidup agar kamu mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan bersamanya. Kemudian Allah ciptakan di antara kamu berdua mawaddah dan rahmah." (Surah al-Rum ayat 21).

Begitu indah perencanaan Allah yang menjadikan manusia melalui fitrahnya untuk hidup berkasih sayang bersama pasangannya.

Allah menciptakan manusia berpasang-pasangan agar manusia dapat hidup lebih teratur selain dapat berkongsi suka duka bersama.

Namun bukan mudah untuk memenuhi tuntutan sebagai pasangan suami isteri kerana perkahwinan perlu pengorbanan dan tanggungjawab.

Perkembangan dunia moden sekarang tidak menidakkan setiap orang amat mudah berjumpa dan mengenali 'calon berpotensi' untuk dijadikan teman hidup.


Malangnya, kebebasan dengan budaya berpasangan dibimbangi mengundang banyak masalah terutama aktiviti seks sebelum berkahwin.

Adalah amai bersetuju sekiranya perkahwinan dipercepatkan. Namun, kita mungkin biasa dengar ada yang mengatakan; "Kejar cita-cita dulu baru kejar cinta", "esok anak dengan bini kamu nak bagi makan pasir?" apabila menyatakan hasrat mahu mendirikan rumah tangga dalam keadaan belum bersedia.

Malah, ada beranggapan berkahwin pada usia muda mendatangkan pelbagai masalah. Lebih buruk, ia membabitkan campur tangan ahli keluarga bakal pasangan seperti adik beradik yang mempengaruhi keputusan ibu bapa dalam menyatakan soal sesuai atau tidak pasangan terbabit.

Bagaimanapun, ia terpulang kepada diri masing-masing yang membawa haluan. Yang penting mereka perlu bijak dan bersedia mental dan fizikal sebelum melangkah ke alam yang penuh dugaan dan tanggungjawab itu.

Perkahwinan dalam usia muda memang baik bagi mengelak perilaku sumbang pasangan yang sedang bercinta.


Perkahwinan adalah sunnah Rasulullah. Tidak kira pada usia berapa pun, jika sampai jodoh dan ketentuan Ilahi, apa saja kehendak-Nya pasti akan berlaku.

Pada zaman dahulu, pasangan muda mendirikan rumah tangga dianggap perkara biasa, namun tidak pula pada zaman sekarang.

Ramai anak gadis menamatkan zaman bujang ketika usia belasan tahun. Mereka menganggap jika lambat kahwin nanti tidak 'laku' selain ibu bapa bimbang anak mereka melakukan perbuatan luar batasan.

Tidak dinafikan peluang melanjutkan pelajaran tidak seluas sekarang. Tidak hairanlah anak gadis di zaman dulu tamat saja persekolahan peringkat menegah terus mendirikan rumah tangga.

Mereka dinilai jika pandai melakukan kerja rumah seperti memasak, mengemas rumah dan menjaga adik-beradik sudah dikira layak untuk berkahwin.

Hari ini ramai menyambung yang pengajian ke peringkat lebih tinggi dan mahu mengecapi kejayaan dahulu sebelum memikirkan soal perkahwinan.

Pujian dan galakan perlu diberikan kepada mereka yang 'berani' meninggalkan keseronokan hidup membujang dengan membuat keputusan untuk berkahwin muda.

Sesetengah pihak beranggapan remaja berusia bawah 20 tahun masih 'mentah' untuk mengharungi kehidupan berumahtangga.

Tetapi, perasaan itu pasti bertukar apabila mereka sudah mengalami sendiri pengalaman memikul tanggungjawab sebagai suami isteri.

Jika ditentukan kita berkahwin dalam usia muda, mungkin itu jalan terbaik yang Allah tentukan untuk kita.


Perkahwinan pada usia muda adalah cabaran besar kerana ia membabitkan sensitiviti, emosi serta perasaan cemburu tidak kiralah suami atau isteri.

Justeru, perlu wujud persefahaman dalam memahami keperluan masing-masing. Bagi pasangan yang bercadang mendirikan rumah tangga pada usia muda, kisah puteri kesayangan Rasulullah, Fatimah az-Zahra serta Saidina Ali boleh dijadikan contoh.

Ketika berkahwin, Fatimah berusia 18 tahun mendapat bekas air diperbuat daripada kulit, sebuah kendi tanah, sehelai tikar dan batu penggiling jagung sebagai mahar daripada ayahnya.


Nabi juga pernah berkata kepada puterinya, "Anakku, aku menikahkanmu dengan lelaki yang kepercayaannya lebih kuat dan lebih tinggi daripada yang lainnya, dan seorang yang menonjol dalam hal moral dan kebijaksanaan." Fatimah melaksanakan tugasnya sebagai isteri seperti mengambil air telaga dan menggiling jagung manakala Ali pula keluar bekerja mencari nafkah.

Mereka terkenal dengan budi pekerti tinggi dan bersifat dermawan. Fatimah meninggal dunia di sisi Ali dan anaknya ketika berusia 28 tahun iaitu enam bulan selepas kewafatan Rasulullah.

Rasulullah pernah menyatakan, Fatimah akan menjadi 'ratu segenap wanita di syurga'. Ada kaum lelaki dan ada pula kaum perempuan. Begitulah unik dan rahmat Allah menjadikan alam ini untuk hamba-Nya renungi.

Sebab itu, Rasulullah memberi bimbingan kepada manusia agar memilih pasangan atas empat perkara iaitu kecantikan, keturunan, kekayaan dan agamanya.

Namun, lebih utama dari empat perkara berkenaan adalah agama yang menjadi tunjang kepada kebahagiaan rumah tangga yang dibina.

Pernikahan adalah alat mencipta keluarga bahagia. Ia bukan sekadar memenuhi keperluan syahwat semata-mata tetapi pengisian nilai agama sangat penting dalam membentuk keluarga yang harmoni.

Ekonomi kukuh, mengenali pasangan dengan lebih rapat, kesabaran serta persediaan psikologi adalah persediaan penting dalam mengharungi cabaran alam rumah tangga.

Maka, sesiapa yang mampu dan bersedia untuk berkahwin elok mereka segera berbuat demikian. Kalau hendak difikirkan soal duit, sampai bila-bila pun ia sentiasa tidak mencukupi. Allah sudah menjanjikan pelbagai nikmat dan ganjaran bagi mereka yang melakukan ibadah kahwin ini.

Hadis Rasulullah yang diriwayatkan Imam Al-Bukhari mengatakan bahawa: "Sesiapa yang mampu, berkahwinlah kerana ia lebih memelihara mata dan menjaga faraj. Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin hendaklah ia berpuasa kerana puasa adalah penahan hawa nafsu...."

Pensyarah Jabatan Asas Pendidikan dan Kemanusiaan, Universiti Malaya (UM), Rahimi Saad, berkata perkahwinan perlu dirancang kerana ada perbezaan hukum kahwin iaitu harus, sunat, wajib bahkan haram.


"Perlu lihat kemampuan untuk menguruskan tanggungjawab selepas kahwin. Kebaikan kahwin awal dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan salah laku nafsu disamping mempercepatkan kematangan.


"Keburukan kahwin awal adalah akan wujudnya hubungan 'fragile' jika sebarang masalah tidak dapat diurus dengan baik," katanya.


Rahimi berkata perkahwinan adalah jalan keluar bagi menghalalkan hubungan tetapi kemampuan melaksanakan tanggungjawab itu tidak terletak pada umur tetapi terletak pada sikap serta kematangan.

"Kerana itu penilaian terhadap kemampuan untuk membina rumah tangga perlu dilihat secara menyeluruh.


"Tidak dinafikan bahawa keselesaan (bukan kemewahan) hidup penting dalam kehidupan rumah tangga. Jadi, kos untuk mewujudkan keselesaan hidup berbeza antara dulu dan sekarang," katanya.


Beliau berkata berkenaan rezeki selepas berkahwin tidak perlu dirisaukan kerana Allah memberi jaminan terhadapnya.

"Bab rezeki memang tidak perlu dibimbangi kerana itu adalah jaminan Allah kepada hamba-Nya tetapi kita perlu berusaha mencari nafkah buat keluarga," katanya.



“Sesiapa yang tidak peduli urusan umat Islam, dia bukan dari kalangan mereka”. (Hadis)

GAMBAR-GAMBAR BAYI DIBUANG

Sunday, April 18, 2010

Lelaki elak tanggungjawab patut dikenakan hukuman


2010/04/19

PENSYARAH Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Mariani Md Nor, berpendapat sudah tiba masanya kerajaan menyelesaikan isu ini secara adil dengan menyediakan sistem yang menghalang lelaki daripada menjadikan wanita tempat memuaskan nafsu.

Katanya, undang-undang sedia ada juga perlu dilaksanakan dengan tegas dan berkesan selain mengguna pakai saluran yang ada sebagai sokongan padu kepada isu ini.

“Kita ada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan NGO untuk menyatakan suara dan hak orang ramai mengenai isu berkenaan. Mengapa tidak ada cara yang khusus untuk memastikan pihak lelaki yang tidak bertanggungjawab itu dikenakan tindakan. Mengapa lelaki terus ghaib dan tiada tindakan dikenakan pada mereka.



a
“Masyarakat sekarang hanya nampak perempuan saja yang salah. Mengambil tindakan terhadap perempuan sahaja. Hanya mencemuh wanita yang mengandung anak luar nikah itu sahaja, sedangakan perkara ini berlaku melibatkan pihak lelaki juga. Tanpa lelaki durjana itu tidak akan berlakulah perkara ini. Oleh sesuatu mesti dilakukan untuk memastikan pihak lelaki yang menjadi punca berlakunya perkara ini dikenakan tindakan sewajarnya” katanya.

Buang Bayi






Posted in Kisah Pengajaran
at 9:45 am

MENYAYAT HATI… Mayat seorang bayi lelaki terdampar di atas rumput dan dipercayai meninggal dunia dalam tempoh lebih 24 jam di Flat Lobak, Seremban, Negeri Sembilan, semalam.

Beliau berkata, cadangan menubuhkan pusat perlindungan bagi wanita terlanjur sebagai cara menangani masalah pembuangan bayi, mempunyai kebaikan dan keburukan.

Penubuhan pusat itu ternyata dapat membantu wanita menghadapi masalah, tetapi bagaimana pun dikhuatiri ianya akan menggalakkan remaja melakukan perzinaan kerana mereka tahu akan adanya pihak-pihak tertentu yang prihatin terhadap nasib bayi dilahirkan hasil perbuatan zina mereka itu.


Seorang bayi lelaki lengkap berpakaian yang ditinggalkan di sebuah pondok di Sepang.



Mariani berkata, secara psikologinya, orang ramai akan ada rangsangan melakukan gerak balas apabila menyedari wujud pihak yang bersedia menjadi penyelamat untuk membantu mereka menyelesaikan masalah.


Oleh itu katanya, perlulah ada mekanisme untuk menangani isu berkenaan dengan seberapa segera untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai punca- punca berlakunya perbuatan zina yang menjurus kepada pembuangan bayi.


Sehubungan dengan proses mengenalpasti lelaki yang melakukan perbuatan terkutuk itu, Pensyarah Jabatan Sosiologi dan Antropologi Kulliyyah Sains Kemanusiaan dan Ilmu Wahyu, Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Fatimah Daud, pula berkata perempuan yang mengandung luar nikah itu boleh memastikan lelaki berkenaan, bertanggungjawab terhadap perbuatannya dengan membuat laporan polis.


Katanya, tindakan boleh dilakukan sama ada oleh ahli keluarga serta perempuan yang mengandung disebabkan perbuatan zina itu, jika lelaki berkenaan cuba mengelakkan daripada tanggungjawab, dengan membuat laporan bahawa dirinya dirogol.

“Langkah ini boleh diambil terhadap lelaki yang tidak mahu bertanggungjawab kerana perempuan itu tidak akan mengandung jika perbuatan tidak dilakukan bersama. Kenapa perempuan sahaja yang terima hukuman, tetapi yang lelakinya bebas tanpa sebarang tindakan, tanpa sebarang hukuman!” katanya.


Oleh itu beliau berkata, dalam kes pembuangan bayi atau mengandung hasil perbuatan zina ini, lelaki dan perempuan terbabit perlulah dikenakan tindakan secara adil supaya sama-sama memikul tanggungjawab terhadap perbuatan salah laku mereka.


Beliau berkata, pusat meninggalkan bayi (drop in baby) atau cadangan penubuhan bank bayi yang mendapat bantahan, perlu dinilai semula sebagai jalan penyelesaian jangka pendek sebagai usaha menyelamatkan bayi tidak berdosa dan mengelak perempuan melakukan kesilapan kedua



Bayi ditinggal di beranda rumah


WAJAH bayi yang ditinggalkan di beranda rumah.


TANAH MERAH - Seorang bayi lelaki seberat 3.3 kilogram ditemui ditinggalkan di beranda sebuah rumah di Jalan Wan Ahmad di sini malam kelmarin.

Bayi itu yang masih hidup dan dipercayai baru berusia dua hari dikatakan ditinggalkan dalam keadaan masih bertali pusat dan berbalut sehelai selimut di rumah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Supritendan Abdul Aziz Mahmud berkata, bayi berkenaan ditemui oleh pemilik rumah tersebut, Sukma Abdullah, 56, pada pukul 12.30 malam kelmarin sebelum dilaporkan kepada polis.


Laporan Khas: Mengkaji penyelesaian konkrit tangani isu buang bayi
Oleh Jami’ah Shukri dan Hasliza Hassan
bhrencana@bharian.com.my
2010/04/19

Kementerian wajar tubuh jawatankuasa khas bincang pandangan, cadangan pelbagai pihak

GEJALA membuang bayi yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini, memerlukan penyelesaian lebih konkrit daripada semua pihak sama ada pihak berkuasa, agensi berkaitan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta kalangan ibu bapa sendiri.


Tidak guna menuding jari mencari kesalahan orang lain, tetapi tidak tampil dengan cadangan bagaimana jalan penyelesaian terbaik. Benar, perbuatan itu salah, berdosa dan tidak bermoral. Benar, sesetengah remaja terlanjur. Benar, sesetengah ibu muda sanggup membuang bayi bagi menutup kes daripada menanggung malu.


Tetapi kita perlu melihat dengan lebih jauh. Cari punca remaja menjadi liar, bebas bergaul dan akhirnya berlaku seks bebas. Setiap ibu bapa tidak akan rela melihat anak terjebak dalam perlakuan jijik seperti itu.

Malah, ada yang mendakwa bukan pilihan remaja untuk terjerumus ke lembah kehinaan seperti itu, tetapi dipaksa pihak ketiga atau ditipu. Oleh itu, perkara ini juga perlu dikaji dan ditangani sebaik mungkin.

Setakat ini, sudah beberapa cadangan ditampilkan pelbagai pihak dan ada yang bersetuju, tetapi ada juga membantah.

Misalnya, cadangan penubuhan pusat menerima bayi daripada perbuatan zina, menyediakan rumah perlindungan perempuan mengandung tanpa ikatan perkahwinan dan memberi pendidikan seks kepada pelajar sekolah.

.


Ada yang menyifatkan cadangan itu sebagai lahir daripada pemikiran dangkal, yang mana langkah itu bakal mencetuskan masalah baru, kerana tidak menangani punca sebenar atau akar permasalahan.


Malah, ada yang menyarankan supaya wujud pusat meninggalkan bayi (drop in baby) atau cadangan penubuhan bank bayi, tetapi mendapat bantahan ramai, meskipun masih ada suara yang mahu supaya idea itu dinilai semula sebagai jalan penyelesaian jangka pendek, dalam usaha menyelamatkan bayi tidak berdosa dan mengelak perempuan melakukan kesilapan kedua.


Sepatutnya, kerajaan terutama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menubuhkan jawatankuasa khas untuk membincang lanjut bagaimana menangani masalah ini dan segala cadangan dilontarkan pelbagai pihak dimasukkan dalam agenda.

Wakil pelbagai agensi, NGO, jabatan agama dan mereka yang berkepentingan hendaklah dijemput sama. Biarlah segala rumusan itu nanti berupaya untuk menangani gejala ini bagi jangka panjang kerana kes buang bayi berlaku saban masa setiap tahun.

.
.

Bayangkan, sepanjang tahun lalu saja, seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN, manakala pada 2007 seramai 16,100 orang.


Dalam tempoh lima tahun lalu, JPN mencatatkan 74,723 pendaftaran anak luar nikah membabitkan orang Melayu/Islam. Ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).


Sementara itu, statistik menunjukkan insiden pembuangan bayi meningkat akibat kehamilan yang tidak diingini sehingga mereka sanggup melakukan perbuatan itu tanpa rasa bersalah dan berperikemanusiaan.


Laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM), menunjukkan kadar purata kes pembuangan bayi antara 2001 hingga 2005 ialah sebanyak 86.4 kes setahun, manakala JKM ialah sejumlah 315 bagi tempoh 2001 hingga 2004.


.
.

Tahun lalu saja sebanyak 83 kes dikesan. Kes pembuangan bayi sebenarnya mungkin ada kaitan dengan aktiviti rogol dan hubungan seks terlarang serta aktiviti seks bebas. Malah 84 peratus perogol dikenali mangsa dan hampir 20 peratus perogol pula ada pertalian saudara dengan mangsa (bapa, bapa tiri, datuk atau abang).


Kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Negara (LPPKN) menunjukkan aktiviti seks di kalangan remaja berumur 13 hingga 16 tahun meningkat daripada 0.9 peratus kepada 2.2 peratus pada 2004.


Pengetahuan mengenai kesihatan reproduktif seperti organ reproduktif dan penyakit jangkitan kelamin di kalangan remaja di bawah umur 15 tahun masih rendah iaitu lingkungan 50 peratus.


Justeru, pentingnya Dasar Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Kebangsaan dilaksanakan dengan lebih terancang serta menyediakan hala tuju dalam melaksanakan program itu. Ini penting supaya dapat melahirkan individu berpengetahuan dan mempunyai sikap positif dalam bidang kesihatan reproduktif dan sosial.


.
.
tidak kasihankah mereka yg tergamak membuangnya??? manakah nilai insani yg wujud sejak berabad lamanya?? pudarkah nilai itu?? padam kah nilai itu?? apa salah anak ini sehingga diperlakukan sedemikian???


Salah satu langkah berkesan dalam menangani masalah buang bayi ialah dengan cara mengurangkan berlakunya perzinaan. Dan caranya yang mudah dan berkesan ialah menggalakkan pasangan remaja itu berkahwin walaupun usia mereka masih muda dan pada masa yang sama masyarakat hendaklah bersama-sama mengurangkan kos perkahwinan. Media massa pula janganlah sesekali membesarkan cerita-cerita mengenai wang hantaran artis yang jumlahnya berpuluh-puluh ribu ringgit dan begitu besar sekali jumlahnya itu. Pihak kerajaan boleh campur tangan dengan mengenakan larangan keatas media menyiarkan malumat mengenai jumlah wang hantaran perkahwinan.


Dengan cara menggalakkan pasangan remaja berkahwin dan merendahkan kos perkahwinan itu pastinya dapat mengurangkan berlakunya perzinaan dan seterusnya mengentikan gejala buang bayi.


Sesungguhnya setiap pasangan mempunyai hasrat untuk berumah tangga. Bagaimana pun kebanyakan mereka terbelenggu oleh masalah tidak cukup duit untuk berkahwin ataupun umur mereka terlalu muda untuk berkahwin. Oleh itu, untuk tidak membebankan golongan muda yang masih tidak mempunyai simpanan mencukupi untuk berkahwin itu, maka masyarakat hendaklah bersedia menurunkan kos perkahwinan seperti mas lahwin dan wang hantaran.


.


Saidina Umar berkata: "Awas! Janganlah kamu melampau dalam memberi mas kahwin kepada wanita kerana sesungguhnya jika wanita itu seorang yang mulia di dunia atau seorang yang bertakwa di sisi Allah, nescaya Rasulullah s.a.w orang yang paling utama berbanding kamu dalam memberi mas kahwin yang banyak. Padahal aku tidak pernah mengetahui Rasulullah s.a.w berkahwin dengan mana-mana isterinya atau mengahwinkan mana-mana puterinya dengan mas kahwin lebih daripada 12 waqyah." (Hadis riwayat Al-Tirmizi )




Tuesday, April 13, 2010

Belajar daripada keterlanjuran


MENJAHIT... Kemahiran yang menjamin masa depan penghuni KDS.


KAMI datang dengan harapan, kami pulang dengan kejayaan. Itulah moto Kompleks Dar-Assa'adah (KDS) yang kini sedang memberikan perlindungan dan bimbingan kepada seramai 37 gadis bermasalah. KDS yang beroperasi di Kampung Batu, Batu 5, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur sejak dua tahun lalu, hakikatnya menyimpan rahsia pelbagai peristiwa hitam para penghuninya.

Tina (bukan nama sebenar) tidak menyangka tempoh dua tahunnya sudah sampai ke penghujung. Dia akan keluar pada minggu ini.

Itulah detik keramat dalam diri Tina, kerana dia kini bukan Tina dulu tetapi Tina yang baru.

Kalau dahulu, Tina mudah termakan pujuk rayu lelaki tidak bertanggungjawab. Sekarang sudah tidak lagi, kerana Tina sudah tahu batasan agama, mana yang baik, mana yang buruk, mana dosa dan mana pahala.

Tambahan pula, air mata keinsafan ketika berdua-dua dengan Allah SWT dalam setiap solat lima waktu dan sujud tawaduk ketika solat sunat taubat, tahajud, hajat dan istikharah, telah menjadi kekuatan buat Tina menempuh masa depan yang lebih mencabar.

malah ia spt bayang dosa yg akan mengikut kita sepanjang hayat..
.
.


"Bohonglah kalau saya katakan saya tidak gementar. Sebenarnya, bermacam-macam perasaan bermain dalam benak saya ini. Namun, wajah comel anak kecil yang perlukan kasih sayang seorang ibu serta harapan menggunung keluarga, telah mengembalikan semangat diri saya.

"Saya tidak mahu lagi kecewakan ibu. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Saya mahu menjadi anak yang bertanggungjawab dan dapat berbakti kepada orang tua yang telah banyak berkorban selama ini.

"Malah, kini saya telah bergelar ibu kepada bayi lelaki yang tidak berdosa. Saya mesti pastikan anak itu terbela dan terpelihara masa depannya. Saya tidak mahu lagi lakukan kesilapan yang bodoh itu," cerita Tina anak kelima dari tujuh adik-beradik yang berasal dari Negeri Sembilan itu.

Berkongsi kisah hitam lebih dua tahun lalu, Tina tidak menyangka teman sekerja lelaki sanggup meletakkan bahan yang telah membuatkannya tidak sedarkan diri, sebelum melakukan perbuatan terkutuk ke atas dirinya.

Selang beberapa bulan sejak insiden itu, Tina dapat merasakan yang dia sudah berbadan dua, namun merahsiakannya kerana bimbang dengan penerimaan keluarga, terutamanya ibu.

Namun, lama-kelamaan perutnya semakin membesar dan sukar disembunyikan. Lantas dia pergi ke pejabat agama dan meminta dirujuk ke mana-mana pusat penjagaan untuk wanita mengandung luar nikah.

Menjejakkan kaki di KDS dengan keazaman untuk berubah dan mendalami agama demi persediaan mengharungi masa depan, memudahkan penghijrahan diri Tina sepanjang dua tahun di KDS.

"Saya lebih kenal Allah SWT. Segala apa yang dilakukan di sini adalah perkara-perkara yang bermanfaat. Pada sebelah malam pula, diisi dengan ceramah agama, mengaji al-Quran dan solat malam.

"Kalau dahulu, saya cuma tahu pergi kerja, balik kerja tetapi di sini saya sudah tahu menjahit dan insya-Allah akan menjadikan bidang ini kerjaya tetap bila keluar kelak dan cukup modalnya," katanya.

Nasihat Tina agar gadis-gadis di luar sana lebih berhati-hati apabila berkawan dengan lelaki kerana kita tidak tahu niat sebenar mereka.

Sementara itu, Linda, 25 tahun, (bukan nama sebenar) pernah berusaha membunuh bayi yang tidak berdosa ketika usia kandungannya antara tiga hingga enam bulan.

.
.

Kata gadis kelahiran negeri di selatan tanah air itu lagi, dia sanggup minum air tapai, makan jamu dan makanan yang tajam-tajam dan berbahaya bagi wanita mengandung, dengan harapan janin tersebut akan jatuh.

"Semuanya kerana saya bertemu semula dengan bekas kekasih saya. Saya cuba larikan diri daripadanya tetapi tidak berjaya. Tambah memburukkan keadaan, bila saya disahkan mengandung anak daripada benihnya. Selama lapan bulan saya cuba sembunyikan kandungan.

"Bila emak suruh pulang ke kampung, pelbagai alasan yang saya berikan, semuanya gara-gara takut rahsia saya terbongkar. Namun, apabila ayah jatuh sakit, saya sudah tidak ada cara lain untuk mengelak. Saya pulang tetapi berusaha menyembunyikannya, waima ibu mula curiga.

"Apabila kembali semula ke rumah sewa, saya macam hendak gila memikirkan keadaan saya yang semakin genting. Saya bagai hilang arah. Saya hubungi ibu menerusi telefon dan akhirnya membuat pengakuan. Sayangnya, pengakuan itu tidak meringankan tetapi tambah membebankan," kata Linda yang mula mendaftarkan diri di KDS pada Ogos 2008.

Akui Linda, pesanan ibu sebelum pulang selepas menghantarnya ke KDS menjadi azimat dan pegangannya sampai bila-bila. Kata ibu: "Sebelum emak balik, emak tidak buang awak. Anggaplah duduk di sini sebagai belajar".

"Banyak hikmah yang saya peroleh di sini. Saya sudah boleh melakukan hafalan, tilawah dan tadarus. Sesungguhnya, banyak baik daripada buruk sepanjang berada di sini.

"Saya hendak mula hidup baru, buka buku baru. Saya ingat kata-kata emak dan ayah. Saya tidak mungkin akan kembali semula kepada teman lelaki, kerana dia sendiri pernah memberi kata dua kepada saya iaitu keluarga atau dia. Cincang air tidak akan putus, saya pilih keluarga.

"Bagaimanapun, Allah mungkin telah memberi pengajaran paling bermakna kepada saya. Ketika melahirkan, saya terpaksa bertarung sembilan hari sembilan malam kerana bersalin secara pembedahan. Saat itu, barulah saya sedar betapa besarnya pengorbanan insan bernama ibu," kata Linda yang melahirkan anak lelaki pada Oktober 2008.

Didikan agama yang diperoleh Anum (bukan nama sebenar) sehingga tahap Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tidak menjamin keselamatan diri seseorang dalam berhadapan kerakusan jenayah sosial yang tidak mengenal mangsanya.

Sekali alpa, selamanya kita terpaksa menanggung dosa yang dilakukan. Walaupun bukan atas kerelaan diri atau termakan tipu daya syaitan yang bertopengkan manusia.

"Sambutan kemerdekaan negara mencatat detik hitam kepada saya. Apa tidaknya, kerana terlalu percayakan kawan baik yang dikenali sejak di bangku sekolah, akhirnya mahkota diri saya diragut jantan durjana. Saya dikhianati teman sejenis.

"Malangnya, semua perbuatan keji itu dilakukan ke atas saya ketika saya sendiri tidak sedarkan diri. Perkara akhir yang saya ingat, saya minum air mineral yang diberikan teman itu tadi. Selepas itu, dunia saya gelap.

.

"Sedar pada paginya, saya di dalam bilik seorang teman perempuan yang juga turut sama meraikan detik kemerdekaan itu. Saya cuma rasa sakit di bahagian alat sulit dan ada kesan darah di seluar dalam. Tetapi tidak terlintas langsung, yang saya sebenarnya telah diperkosa," cerita Anum, anak sulung daripada empat adik-beradik.


Kata gadis kelahiran negeri Melaka ini lagi, sejak kejadian itu dia mula tidak datang haid. Pada awalnya, perubahan itu dianggap biasa kerana memang tidak mengesyaki dirinya mengandung.

"Tetapi apabila perut semakin membesar, nenek cuba merasa perut saya. Dia kata saya mengandung. Apa lagi, seluruh ahli keluarga terkejut. Saya dibawa ke hospital dan doktor mengesahkan kehamilan tersebut dan usia kandungan saya sudah masuk lima bulan.

"Saya minta keluarga hantar saya ke mana-mana pusat. Pada bulan Februari 2009 saya mula mendaftar sebagai pelatih KDS dan empat bulan kemudian melahirkan bayi perempuan. Bayi itu sekarang berada dalam jagaan keluarga saya.


bhnews@bharian.com.my
2010/05/05

 BAYI berusia sekitar sebulan   ditemui penduduk  di pondok dekat surau Kampung Jenderam Hulu, Sepang, pagi semalam.

"Saya tidak pernah menyalahkan bayi tersebut. Sebaliknya, saya berharap pengajaran yang saya lalui ini dapat menjadi iktibar kepada gadis di luar sana agar lebih berhati-hati dalam memilih kawan," kata Anum yang sentiasa mengukir senyuman sepanjang perbualan kami, lewat petang itu.

Nita (bukan nama sebenar), 20, gadis yang berasal dari Pahang ini sedang mengandung empat bulan memberitahu dia melakukan perbuatan terkutuk itu atas dasar suka sama suka dengan pasangan yang dikenali sejak di sekolah menengah lagi.

Apa yang dilakukan ini mungkin satu tanda memberontak terhadap bapanya yang tidak mahu membenarkan mereka berkahwin dengan alasan usia yang masih terlalu muda.


SEMOGA KEKAL SELAMANYA...perkahwinan bukan sekadar memenuhi keperluan syahwat tetapi pengisian nilai agama sangat penting dalam membentuk keluarga harmoni.
PERKAHWINAN...dapat mengatasi gejala masalah sosial dan kes buang bayi yang melanda negara! Oleh itu, ianya hendaklah disegerakan dan dipermudahkan.


"Saya sebelum ini pernah dimasukkan ke sebuah rumah khas untuk gadis-gadis yang terlanjur tetapi ia tidak bertahan lama kerana pengisian agamanya amat kurang dan kebajikan gadis-gadis di situ tidak terbela langsung.


"Alhamdulillah, sungguhpun belum sebulan tinggal di KDS, jiwa saya tenang. Kawan-kawan pun ramai serta banyak bimbingan dan motivasi yang disalurkan, secara tidak langsung membuat saya rasa tidak terasing," kata Nita yang berazam mahu mendalami al-Quran di KDS.


Nota:

Itulah hakikatnya masa kini. Tidak ramai yang bersetuju agar pasangan remaja berkahwin. Sebab itulah macam-macam masalah timbul dalam masyarakat kita. Suara orang muda dan kehendak orang muda kita tak hendak dengar, kita tidak berikan perhatian apatah lagi untuk menunaikannya. Oleh itu berlakulah perzinaan secara berleluasa dan kes buang bayi makin meningkat.



Bukankah kita biasa dengar ramai yang berkata atau akan mengatakan; "Kejar dulu cita-cita kamu itu, baru kejar cinta kamu", "esok anak dengan bini kamu nak makan apa?, nak bagi makan pasir?" apabila ada remaja menyatakan hasrat mereka mahu mendirikan rumah tangga.


Malah, akibat propaganda secara berterusan telah berjaya menanam pemikiran bahawa berkahwin pada usia yang muda akan mendatangkan pelbagai masalah. Tetapi mereka lupa, apa sahaja penentangan terhadap fitrah manusia akan mendatangkan masalah yang lebih besar seperti berleluasanya perzinaan dan pembuangan bayi! Golongan yang membuat propaganda supaya berkahwin di usia lewat adalh golongan yang terpengaruh dengan cara pemikiran dan budaya barat yang langsung tidak sesuai dngan budaya timur dan agama Islam.



x

Seharusnya perkahwinan dalam usia muda digalakkan terutamanya kepada mereka-mereka yang sudah mampu dari segi kewangan, bagaimanpun kita janganlah pula menghalang mereka yang nampaknya kurang mampu dari segi kewangan untuk melaksanakan perkahwinan yang mereka inginkan. Mungkin itu yang terbaik untuk mereka. Kalau tunggu pun, sampai bila pun golongan yang kurang mampu dari kewangan tu tetap tidak mampu! Oleh itu segerakanlah perkahwinan mereka. Ianya memang baik terutamanya bagi mengelak perilaku sumbang pasangan yang sedang bercinta.


Perkahwinan adalah sunnah Rasulullah. Tidak kira pada usia berapa pun, jika sampai jodoh dan ketentuan Ilahi, apa saja kehendak-Nya pasti akan berlaku. Oleh itu segerakanlah perkahwinan mereka.


Pada zaman dahulu, pasangan muda mendirikan rumah tangga dianggap perkara biasa, namun tidak pula pada zaman sekarang. Sebab itulah tidak ada masalah sosial, tidak ada berlakunya perzinaan secara berleluasa dan tidak ada kes buang bayi! Tetapi zaman sekarang! Huh, perkahwinan dilarang dengan pelbagai alasan ! Oleh itu perzinaan berlaku secara berleluasa dan terang-terangan tanpa malu-malu dan segan silu, akibatnya gejala buang bayi pun meningkat kerana mereka tu masih ada perasaan malu.


Pada zaman dahulu, kebanyakkan anak-anak gadis menamatkan zaman bujang mereka ketika usia belasan tahun lagi. Mereka, ibu bapa mereka dan masyarakat menganggap anak-anak gadis yang lambat kahwin sebagi tidak 'laku' selain idari kebimbangan bu bapa tentang kemungkinan anak mereka melakukan perbuatan luar batasan. Oleh itu bersegeralah ibu bapa anak-anak gadis remaja itu menjodohkan anak-anak mereka. Maka tentulah tidak timbulnya masalah remaja, kerana semuanya terjaga dan terpelihara!


Tetapi zaman sekarang, anak-anak gadis dibiarkan menjadi anak dara tua walaupun anak-anak gadis itu tidaklah melanjutkan pelajaran sehingga ke universiti. Ini adalah kerana terpengaruh dengan pemikiran barat supaya lambat mendirikan rumah tangga, walaupun sudah bekerja.


Mungkin usia bawah 20 tahun boleh dianggap masih 'mentah' untuk mengharungi kehidupan berumahtangga. Tetapi kalau dah bekerja tu, eloklah kahwinkan segera, nak tunggu apa lagi. Kalau tunggu lagi, lainlah pula yang jadi. Itulah yang menyebabkan terjadinya kes-kes buang bayi.


Sesungguhnya jika anak-anak kita yang masih muda ingin berkahwin, galakkan lah mereka dan janganlah pula menyediakan pelbagai halangan untuk mereka berkahwin, mungkin itu jalan terbaik yang Allah tentukan untuk mereka dan juga untuk kita.



Monday, April 12, 2010

RENCANA Utusan malaysia 13 APRIL 2010

Tidak cukup bersedih menatap gambar bayi kaku

berapa harga bayi ini???
.
.


KEMPEN Kami Prihatin belum seminggu berlangsung, tetapi satu lagi kes pembuangan bayi berlaku di Sungai Choh, Hulu Selangor, Selangor, kelmarin.

Isu buang bayi bukan perkara baru. Ia telah berakar umbi sejak berpuluh tahun lalu. Sungguhpun begitu, kita masih dibelenggu cara untuk membendung masalah ini yang begitu ketara sekarang.

Ada pelbagai pandangan dikemukakan tentang penyumbang besar gejala ini. Antaranya seks bebas, pergaulan tanpa batasan dan ke-alpaan ibu bapa dan masyarakat yang tidak ambil peduli.

Jadi, jika dinisbahkan dengan hari, maka pada setiap 5 hari 1 jam ada seorang bayi yang dibuang. Allahu akbar, beginilah reality masyarakat kita hari ini.

Ini merupakan kesan dan impak daripada peningkatan kebejatan atau kerosakan akhlak dikalangan masyarakat kita hari ini. Apabila manusia hidup tanpa pegangan agama yang kuat, kehidupan menjadi purak peranda.


Melihat tubuh bayi tidak berdosa tergolek dengan kesan gigitan nyamuk, dihurungi langau, digonggong anjing, terperosok dalam timbunan sampah dan tersangkut di dalam longgokan sampah di sungai, apakah kita perlu berdiam diri?

.
.

Adakah kita harus membiarkan satu demi satu kes buang bayi bertambah setiap hari? Sudah tentu tidak.

Sesiapa pun akan berasa pilu melihat fenomena tidak berhati perut ini. Kita perlu sedar dan insaf. Kita ada tanggungjawab untuk disempurnakan.

byi.jpg

Kempen Kami Prihatin nampaknya perlu mendapat sokongan semua rakyat dan kerajaan negeri.

Selain penekanan diberikan tentang kesedaran pembuangan bayi dan penderaan terhadap kanak-kanak, kita mahu masyarakat memberi penekanan terhadap usaha mencegah persetubuhan di luar nikah bagi menangani masalah pembuangan bayi.

Barangkali kaedah pembelajaran Pendidikan Agama Islam dan Moral perlu dikaji semula memandangkan ia boleh membantu mengurangkan masalah sosial.

Jika penekanan betul diberikan dalam sistem pendidikan agama dan moral, kita tidak sepatutnya berhadapan dengan isu yang begitu rumit ini.

Di mana silapnya? Apa pula yang kurang? Untuk itu dicadangkan supaya dikumpulkan semua pihak yang terlibat untuk mencari jawapan kepada persoalan ini. Perkara ini tidak boleh dilepaskan kepada orang agama sahaja.

Mungkin juga masyarakat perlu mengamalkan dan meniru cara yang diamalkan oleh keluarga zaman dahulu dalam mendidik, mengasuh serta mendisiplinkan anak-anak.

Walaupun nampak kolot, namun ia terbukti berkesan dalam menangani segala permasalahan yang dihadapi baik dalam sesebuah keluarga, remaja atau masyarakat yang berada di kampung.

Kalau ada pun berlaku pada tahun 1960-an dan 1970-an, tetapi tidak pula kita dengar laporan tentang buang bayi, penderaan, rogol, zina, penagihan dadah dan sebagainya.

Mereka mengamalkan tanggungjawab bersama dalam mengawasi anak-anak mereka di sesebuah kampung atau taman perumahan.

Sebenarnya jika rasa tanggungjawab bersama itu diamalkan sekarang, ia akan memudahkan ibu bapa mengawasi anak-anak khasnya kalangan remaja daripada terjebak ke kancah tidak sihat. Semuanya terserah kepada kita.

Perlu diingat, jika kita tidak bertindak sekarang, jangan dikesal kalau isu buang bayi ini bertukar menjadi bencana sosial yang dahsyat pada masa akan datang.

Sebelum terlambat elok bertindak sekarang. Jangan biarkan rasa sedih sehingga menitis air mata apabila menatap gambar jasad bayi tidak berdosa terdampar kaku.


PERSOALANNYA;

Dimanakah peranan kerajaan untuk mengatasi masalah pembungan bayi ini? Tidak nampak pun apa-apa langkah yang dimbil oleh kerajaan yang dikuasai oleh BN untuk mengatasi masalah ini. Kenapa kerajaan tidak bertindak? Atau pun kerajaan mahukan rakyat bangkit mempersoalkan keprihatinan kerajaan dan kemampuan kerajaan mengatasi masalah sosial, baru hendak bertindak?




Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama, janganlah tunggu sehingga rakayat bangkit baru hendak bertindak. Ianya mungkin sudah terlewat. Ingatlah undi ditangan rakyat. Walaupun rakayat Malaysia yang terkenal dengan sopan santun ini tidak akan bertindak diluar batasan tetapi ingat undi ditangan mereka. jangan tunggu rakyat menjatuhkan hukuman dengan tidak mengundi BN, ianya pasti sudah terlewat.

Ingatlah isu pembuangan bayi ini sekarang berlegar-legar dalam pemikiran rakyat dan rakyat hanya menunggu masa membuang undi untuk menjatuhkan BN hanya semata-mata untuk membolehkan rakyat yang prihatin mengambil alih kerajaan dan mengatasi masalah pembuangan bayi dan anak luar nikah.


PENDAPAT yang mengatakan ibu-bapa perlu mengawasi anak-anak mereka itu memanglah betul tetapi sayangnya hanya sedikit sahaja dari ibu-bapa yang boleh ataupun mahu mengawal pergerakan anak-anak mereka.



Bagaimanapun jika pihak berkuasa melaksanakan undang-undang yang mengenakan hukuman yang berat ke atas ibu bapa yang anaknya mengandung diluar nikah apatah lagi membuang bayi, maka pastinya ibu-bapa akan mencegah dan mengawasi anak-anak mereka dari terjebak dalam masalah sosial yang memungkinkan berlakunya mengandung anak luar nikah. maka dengan sendirinya masalah sosial yang melanda ini akan berakhir.

Tetapi tanpa undang-undang, maka perkara ini akan berterusan kerana ada ibu-bapa yang tidak kisah anaknya pergi kemana, anak keluar malam dan sebagainya. Bahkan anak mereka mengandung tanpa nikah pun ada yang tak kisah. Maka masalah ini akan berterusan tanpa henti, tanpa ada pengakhiranya dan akhirnya akan diterima sebagai nilai norma sosial budaya masyarakat.

Pelajar sekolah agama buang bayi


Mayat seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat dijumpai di rumah sewa seorang pekerja kilang di Taman Balok Makmur semalam.


RENCANA 2

KERJASAMA MASYARAKAT DIPERLUKAN UNTUK MENGATASI GEJALA MEMBUANG BAYI

Menurut setiausaha Agung Kelab Belia Graduan 1Malaysia, Ezaruddin Abd. Rahman "tanpa kerjasama masyarakat dalam membantu menangani gejala sosial mengandung luar nikah, maka masalah membuang bayi itu bukan sahaja akan berterusan, malah akan bertambah teruk"

Justeru itu katanya, sikap masyarakat yang tidak suka mengambil tahu apa yang berlaku di kawasan kediaman masing-masing perlu diubah. Menurutnya, masyarakat yang prihatin adalah masyarakat yang mengambil tahu apa yang berlaku di sekitarnya.


Namun, katanya, memandangkan masyarakat hari ini tidak lagi mengamalkan hidup bermasyarakat seperti zaman dahulu, tidak mengambil tahu apa yang berlaku dikawasan kejiranan mereka dan sebagainya maka adalah perlu ada nya usaha-usaha untuk mengembalikan dan seterusnya mengukuhkan amalan hidup bermasyarakat dan sentiasa mengambil tahu perkara-perkara dan peristiwa-peristiwa yang berlaku disekelingnya


"Kita boleh 'memaksa' masyarakat melalui undang-undang dan juga menyediakan peruntukkan-peruntukan kewangan agar anggota masayarakat kembali kepada landasan hidup bermasyarakat. Antara yang boleh dilakukan adalah pihak berkuasa tempatan mewajibkan pasukan Rukun Tetangga diwujudkan di setiap kawasan perumahan.


"Tugas anggota Rukun Tetangga itu bukan sekadar mengawal pada waktu malam, malah mengadakan aktiviti yang boleh merapatkan silaturahim komuniti. Menerusinya, ukhuwah dan perpaduan masyarakat setempat bukan sahaja dapat diperkukuhkan, malah semangat kejiranan yang tinggi dapat diwujudkan.


"Dengan memiliki semangat itu, barulah setiap anggota komuniti saling mengambil tahu antara satu sama lain," ujarnya.


Selain itu, katanya, memandangkan pelajar universiti semakin banyak terlibat dalam gejala sosial tersebut, maka kawasan perumahan di luar kampus yang didiami pelajar perlu juga mempunyai seorang penyelia atau penggawa kediaman yang dilantik daripada kalangan penduduk.

''Pihak universiti boleh memberikan elaun kepada mereka dan pastinya penduduk-penduduk yang dipilih mewakili pihak universit i tu merasa bangga dengan perlantikan mereka untuk memastikan kawasan kediaman mereka bebas daripada gejala sosial," katanya.

Beliau mengemukakan cadangan itu berdasarkan pengalamannya sebagai pelajar di sebuah universiti tempatan di Selangor.

Katanya sepanjang tempohnya menjadi pelajar, beliau mendapati terdapat pelajar-pelajar yang bersekedudukan sehingga melahirkan anak. "Jadi, jika ada seorang penggawa dari kalangan penduduk, maka gejala itu dapat dibendung," katanya.


Naib Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Pahang, Datuk Rosni Zahari yakin sikap masyarakat boleh diubah jika kempen seperti Kami Prihatin anjuran akhbar Utusan Malaysia diperbanyakkan.

Katanya, kadang kala masyarakat memerlukan satu kejutan untuk menyedarkan mereka daripada tidur lena akibat leka dengan urusan peribadi.

"Saya yakin masyarakat ada kesedaran, cuma ia mengambil masa sedikit untuk berubah," ujarnya.

Bagaimanapun, jika kempen yang diadakan masih tidak berkesan, maka tindakan lebih tegas seperti meminda seksyen Kanun Keseksaan boleh dilakukan.

Beliau berkata, akta berkaitan yang ada sekarang boleh dipinda agar ada ketakutan dalam diri mereka yang ingin melakukan perbuatan membuang bayi atau mendera kanak-kanak.

"Memandangkan ia adalah satu jenayah, maka hukuman yang lebih keras dan setimpal dengan perbuatan kejam mereka wajar diperkenalkan," katanya.


Banyakkan rencana agama

MEMBACA akhbar Utusan Malaysia yang sering mempaparkan gejala buang bayi, saya berharap pihak tuan akan menyiarkan satu artikel dari perspektif agama mengenai kesan, akibat dan balasan ke atas manusia yang melakukan perbuatan yang tidak berperikemanusiaan itu.


Mudah-mudahan informasi mahupun maklumat itu dapat menyedarkan kita, manusia- manusia yang daif dan hina di sisi Allah Subahanahu Wata'ala ini agar tidak akan tergamak memikirkan apatah lagi melakukan perbuatan terkutuk sedemikian.


Sememangnya perbuatan itu menjanjikan para pelakunya dan mereka yang bersubahat dengannya tinggal abadi di neraka jahanam. Na'uzubillah Minzalik.

MOHAMAD ALI

Brunei Darussalam





RENCANA

Wajib bendung kemungkaran zina

MASYARAKAT kita semakin terdedah kepada nilai-nilai kebebasan. Kebebasan yang melampau atau tanpa kekangan boleh menyebabkan nilai-nilai agama dan adat terhakis sama ada secara drastik atau beransur-ansur. Kebebasan didambakan oleh pemburunya dalam segenap aspek kehidupan.

Dalam persoalan mengenai seks misalnya, ramai mula terpengaruh dengan pandangan bahawa seks adalah persoalan individu semata-mata. Individu adalah bebas dan berhak untuk menentukan aktiviti seksnya.

Kesan daripada pandangan tersebut menyebabkan 'seks bebas' mula menular dan mejadi sebahagian dari budaya masyarakat kita hari ini. Budaya keji itu berkembang bersama kebebasan bersosial, pesta-pesta hiburan dan pertemuan-pertemuan sosial yang melibatkan kebebasan pergaulan lelaki dan perempuan tanpa batas.

Di sisi Islam, seks bebas tanpa nikah itu adalah 'zina'. Zina mempunyai impak psikologi sama ada dari sudut agama mahupun moral kepada pelakunya. Jiwa penzina biasanya tertekan dan tidak tenteram kesan daripada perbuatan keji itu. Jika golongan ini tidak bertaubat dan kembali kepada jalan kehidupan yang bermoral maka mereka akan terus terbenam dalam kancah maksiat yang merosakkan hidupnya.

Tanpa menafikan golongan dewasa turut terlibat dalam perbuatan seks bebas, fenomena itu kini lebih menonjol di kalangan remaja kita yang terbabas dalam mencari erti kebebasan hidup. Bukan mereka tidak tahu hukum berzina di sisi agama tetapi kemungkaran yang dilakukan itu adalah berpunca daripada iman yang rapuh dan kurangnya penguatkuasaan undang-undang yang mencegah pergaulan bebas. Tanpa undand-undang sedemikian tambahan pula dengan Iman yang rapuh memudahkan proses 'pereputan' jati diri dan kerosakan diri.

Kesan daripada mengambil secara membuta tuli fahaman kebebasan itu menjadikan masyarakat kita bersifat 'nafsi nafsi' atau istilah modennya individualistik. Justeru, tidak hairanlah lahir kefahaman atau pendapat seperti dosa masing-masing tanggung atau kubur masing-masing jaga. Pandangan itu boleh menyebabkan sesuatu kemungkaran itu dipandang ringan.

Ramai juga yang gagal memahami bahawa budaya pergaulan bebas mempunyai hubungan rapat dengan perbuatan zina. Bagi masyarakat Barat, remajanya diberi kebebasan dalam pergaulan lelaki dan wanita.

Pendidikan seks di Barat hanya mengajar bagaimana mencegah berlaku kehamilan, bukannya mengajar mengenai salahnya perlakuan zina itu. Ini tidak menghairankan kerana agama bukan lagi menjadi roh kehidupan masyarakat Barat walaupun agama Kristian mengharamkan perbuatan zina.

Di antara perkara-perkara yang mendedahkan kita kepada 'mendekati zina' adalah pergaulan bebas , berdua-duaan antara lelaki dan wanita, melihat wanita dengan bernafsu dan gambar atau video pornografi.

Secara fitrahnya, seks adalah satu bentuk anugerah dan nikmat kurniaan Allah kepada manusia. Malah, naluri itu turut diberikan kepada binatang dan tumbuh-tumbuhan.

Fitrah atau naluri inilah menyebabkan keturunan manusia berkembang biak. Bagi Islam, seks untuk manusia hanya boleh dilakukan secara halal iaitu melalui perkahwinan yang sah. Secara tabiinya, hubungan seks akan menyebabkan wanita mengandung dan melahirkan anak. Keturunan manusia akan menjadi apabila nasab keturunannya dilahirkan secara sah.

Zina pula akan melahirkan keturunan yang tidak diketahui nasab keturunannya sehingga boleh menimbulkan pelbagai masalah lain seperti keruntuhan keluarga dan masyarakat.

Menurut perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), sebanyak 17,303 anak luar nikah di kalangan Melayu-Islam didaftarkan pada tahun 2009, berbanding tahun sebelumnya iaitu 2008 sebanyak 16,541 kes, manakala tahun 2007 seramai 16,100.


Dari perangkaan itu, jelas kepada kita bahawa gejala zina semakin berleluasa di kalangan bangsa kita sendiri yang menganut agama Islam. Malah, masyarakat kini dikejutkan dengan fenomena pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi. Secara logiknya, pembuangan bayi adalah kesan daripada perbuatan zina.


Justeru, kebimbangan perlu ada pada kita tentang masa depan bangsa. Tidak wajar kita berpeluk tubuh menyaksikan segala kemungkaran yang melanda generasi muda hari ini.


Bayangkan bagaimana nanti keadaan generasi yang kita tinggalkan itu seandainya mereka berada dalam keadaan yang rendah akal budi dan jauh dari kehidupan yang mulia dan berakhlak. Kumpulan yang sedar ini seharusnya menjadi penggerak kepada usaha membetulkan keadaan. Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu harus memainkan peranan yang efisien dan efektif dalam hal ini.


Ibu bapa juga tidak boleh lepas tangan kerana anak-anak remaja adalah golongan yang masih berada di bawah tanggungjawab mereka. Ibu bapa harus sedar bahawa kurangnya perhatian terhadap didikan agama menyebabkan anak-anak mudah terjebak kepada kehidupan tidak bermoral. Oleh itu sekiranya anak mereka melakukan hubungan luar nikah sehingga melahirkan bayi, maka mereka semestinya dipertanggungjawabkan!.


Kesan kekeliruan yang berlaku akibat keinginan untuk memburu kehidupan bebas tanpa mempedulikan nilai-nilai tradisi dan agama menyebabkan mereka mudah terjebak dengan amalan-amalan maksiat yang merosakkan kehidupan mereka.


Kesimpulannya, gejala sosial dan keruntuhan akhlak adalah sebahagian daripada kesan kekeliruan yang berlaku akibat keinginan untuk memburu kehidupan bebas tanpa mempedulikan nilai-nilai tradisi dan agama.


Sebenarnya, bukan sahaja perbuatan zina semakin berkembang dalam masyarakat Islam di negara kita tetapi pelbagai kemungkaran lain seperti meminum arak turut meningkat.


PENULIS ialah Ketua Unit Komunikasi Media, Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Komunikasi dan Kebudayaan



JENAYAH

Bapa bayi dibuang harus dipersalahkan

KUALA LUMPUR 13 April – Bagi Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin, kes buang bayi yang semakin menjadi-jadi di negara ini merupakan gejala membimbangkan dan perlu segera ditangani.

Walaupun bergelar orang nombor satu dalam menangani jenayah di negara ini selain banyak pengalaman dalam kes buang bayi, beliau sendiri tidak dapat menerima hakikat bahawa kes ini masih berlaku.

“Kita sebelum ini pernah mendengar peribahasa ‘tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia’.

“Bagi saya, peribahasa ini kian luput di kalangan wanita hari ini yang tergamak melakukan kekejaman termasuk membuang anak yang dikandung dalam tong sampah,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Menurut Mohd. Bakri, insan bergelar ibu itu diberi tanggungjawab murni dan diberi amanah oleh Tuhan untuk memberi identiti kepada kandungannya tapi sebaliknya pula yang berlaku.

“Mereka bertindak seperti binatang dan sanggup melakukan apa saja bagi ‘menyelimutkan’ kesalahan mereka,” katanya.

Sebagai seorang bapa dan suami, Mohd. Bakri mempersoalkan tindakan masyarakat yang lebih gemar menuding jari kepada kaum wanita berikutan kes buang bayi yang berlaku.

Dalam situasi ini, katanya, bapa kepada kandungan itu juga pada masa yang sama seharusnya dipersalahkan.

“Mereka seharusnya bersyukur dengan kurniaan Tuhan. Ini kerana ada sesetengah pasangan suami isteri yang tidak berpeluang mendapat anugerah itu,” tambahnya.

ULASAN:

Sepatutnya bukan sahaja kedua-dua pesalahlaku yang terlibat dalam kes buang bayi itu dipersalahkan dan diambil tindakan. tetapi kedua-dua ibu bapa mereka seharusnya turut dipersalahkan kerana gagal memberi pendidikan keagamaan dan bimbingan sewajarnya bagi mengelakkan perkara semacam itu berlaku.

Kalaulah hanya setakat ibu mengandung yang membuang bayi itu dan pasangan lelakinya sahaja yang dikenakan tindakan, perkara ini tidak akan berakhir, tidak akan ada noktahnya. Tetapi dengan mengambil tindakan terhadap kedua ibubapa pasangan itu akan menghasilkan sifat bertanggungjawab ibu bapa remaja-remaja dan seterusnya dapat menghentikan terjadinya perkara itu.


Satu lagi perkara yang boleh diperlakukan ialah dengan mengenakan hukuman rejam di khalayak ramai, pastinya akan menakutkan anak-anak muda dari melakukan perbuatan tidak bermoral itu. Bahan-bahan yang boleh digunakan untuk hukuman rejam itu terhad kepada bungkusan-bungkusan kertas yang dibekalkan oleh pihak bertanggungjawab untuk mengelakkan berlakunya kecedraan atau pun kematian. Katakan hukuman rejam dengan kertas itu walaupun satu hari sudah cukup memalukan dan ianya pasti menggerunkan anak-anak remaja dari melakukan salah laku seks.

Pastinya tindakan ini dapat membendung dan mengelakkan gejala sosial ini dari berterusan. Jadi sekarang terpulanglah kepada pihak kerajaan untuk menggubal hukuman ini atau tidak.


Lagi mayat bayi dibuang ditemui.

Mayat bayi dalam timbunan sampah


Mayat bayi lelaki cukup sifat yang dibuang di dalam timbunan sampah di Sungai Choh, Hulu Selangor, semalam.


HULU SELANGOR 11 April - Seorang bayi lelaki dilahirkan ke dunia ini dalam keadaan sempurna, selain memiliki raut wajah yang comel. Malang sekali, mungkin bimbang kelahirannya itu bakal membawa malu, bayi comel itu dibuang begitu sahaja dalam keadaan yang sangat memilukan.

Dia dibungkus dengan kertas surat khabar, kemudian dimasukkan ke dalam beg plastik sebelum dibuang dalam timbunan sampah.

Sekali lagi, penemuan mayat bayi dalam keadaan tragis ini - tiga hari selepas kempen Kami Prihatin dilancarkan - memperlihatkan masih ada orang yang sanggup bertindak kejam terhadap bayi tidak berdosa.

Mayat bayi dalam timbunan sampah


MAYAT bayi yang ditemui dalam plastik di tempat pembuangan sampah Sungai Choh, Rawang semalam.

KUALA LUMPUR - Lagi kes pembuangan bayi. Terbaru, satu mayat bayi lelaki ditemui dalam timbunan sampah-sarap di tempat pembuangan sampah di Sungai Choh, Rawang di sini semalam.

Mayat bayi yang dipercayai baru dilahirkan itu dijumpai pada pukul 8 pagi oleh seorang pekerja Majlis Daerah Hulu Selangor (MHDS) ketika dia menjalankan kerja-kerja pembersihan di kawasan tersebut.

Saturday, April 10, 2010

Selangor catat kes pembuangan bayi tertinggi - Shahrizat

UTUSAN MALAYSIA 07/04/2010 2:57pm

KUALA LUMPUR 7 April - Selangor mencatatkan jumlah kes pembuangan bayi dan penderaan kanak-kanak tertinggi di negara ini sejak lima tahun lepas bermula 2005, Persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, mengikut statistik Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Selangor mencatatkan 105 kes pembuangan bayi manakala statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula merekodkan 3,234 kes penderaan kanak-kanak.






"Secara keseluruhannya, 407 kes direkodkan berkaitan pembuangan bayi dan 10,758 kes penderaan kanak-kanak dan bayi dicatatkan sejak lima tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Ismail Abdul Muttalib (BN-Maran) yang ingin tahu jumlah kes pembuangan bagi dan penderaan bayi bagi tempoh 2005-2010 mengikut negeri dan sebab kejadian tersebut berlaku serta tindakan kerajaan dalam menangani gejala tersebut.

Selain Selangor, Johor mencatatkan 83 kes pembuangan bayi, Sabah (65), Sarawak (34), Negeri Sembilan (24), Pulau Pinang (22), Perak (19), Pahang dan Kedah (17), Kelantan (10), Terengganu (5), Melaka (3), Kuala Lumpur (2) dan Perlis (1). - Bernama

Tiada Undang-undang Cegah Zina Punca Gejala Buang Bayi - Sofi Wahab

Monday, 22 March 2010 11:51 AM Oleh Roziyah Mahamad (Emel penulis ini)

KUALA LUMPUR : Tiadanya undang-undang yang mampu mencegah perbuatan mungkar yang berlaku kini menyebabkan gejala buang bayi semakin berleluasa di negara kita.
Menurut Ketua Penerangan PAS Melaka, Sofi Wahab dalam kenyataan medianya undang-undang yang digunakan adalah ciptaan manusia yang langsung tidak menggerunkan manusia lain.
"Sedangkan Allah sudah menurunkan undang-undang-NYA untuk mencegah perbuatan zina dan maksiat ini. Malangnya kerajaan yang ada sekarang terus berdegil tidak mahu melaksanakan hukum Allah ini," jelas Sofi Wahab.
Bagi beliau persekitaran yang sudah rosak dengan program-program maksiat dan pergaluan bebas seperti konsert, kelab malam, dangdut, disko dan sebagainya selain berdua-duaan ke sana ke mari sudah menjadi tidak salah di sisi masyarakat dan ibubapa serta undang-undang menyebabkan gejala buang bayi ini tidak pernah surut.
Beliau juga mencadangkan agar menukar kerajaan yang ada hari ini kerana dengan menukar kerajaan kepada kerajaan Pakatan Rakyat (PR)
"Insya Allah undang-undang Islam akan ditegakkan, sistem pendidikan diubah dengan menekankan ilmu Islam, program Amar Mahruf dan nahi Mungkar akan ditingkatkan, tempat maksiat ditutup program maksiat serta pergaulan bebas dihentikan dan sebagainya," tegas beliau.
Bagi beliau selagi kerajaan BN memerintah selagi itulah mereka tidak akan menegakkan undang-undang islam dan mereka hanya memandang isu ini sebagai remeh.
"Dari itu, rakyat mesti menukarkan kerajaan yang ada pada hari ini iaitu kerajaan BN kepada Kerajaan PR," tegas beliau lagi.
Terdahulu, media melaporkan bahawa terdapat 17,303 orang anak luar nikah di daftarkan pada tahun 2009.
Kes terbaru buang bayi yang dilaporkan berlaku di semak berhampiran tempat pembuangan sampah di Jalan Medan Ipoh Satu. Bayi ini masih hidup walaupun basah kuyup ditimpa hujan.

KUALA LUMPUR : Tiadanya undang-undang yang mampu mencegah perbuatan mungkar yang berlaku kini menyebabkan gejala buang bayi semakin berleluasa di negara kita.

Menurut Ketua Penerangan PAS Melaka, Sofi Wahab dalam kenyataan medianya undang-undang yang digunakan adalah ciptaan manusia yang langsung tidak menggerunkan manusia lain.

"Sedangkan Allah sudah menurunkan undang-undang-NYA untuk mencegah perbuatan zina dan maksiat ini. Malangnya kerajaan yang ada sekarang terus berdegil tidak mahu melaksanakan hukum Allah ini," jelas Sofi Wahab.

Bagi beliau persekitaran yang sudah rosak dengan program-program maksiat dan pergaluan bebas seperti konsert, kelab malam, dangdut, disko dan sebagainya selain berdua-duaan ke sana ke mari sudah menjadi tidak salah di sisi masyarakat dan ibubapa serta undang-undang menyebabkan gejala buang bayi ini tidak pernah surut.


Beliau juga mencadangkan agar menukar kerajaan yang ada hari ini kerana dengan menukar kerajaan kepada kerajaan Pakatan Rakyat (PR).

"Insya Allah undang-undang Islam akan ditegakkan, sistem pendidikan diubah dengan menekankan ilmu Islam, program Amar Mahruf dan nahi Mungkar akan ditingkatkan, tempat maksiat ditutup program maksiat serta pergaulan bebas dihentikan dan sebagainya," tegas beliau.

buat-maksiat

Bagi beliau selagi kerajaan BN memerintah selagi itulah mereka tidak akan menegakkan undang-undang islam dan mereka hanya memandang isu ini sebagai remeh.

"Dari itu, rakyat mesti menukarkan kerajaan yang ada pada hari ini iaitu kerajaan BN kepada Kerajaan PR," tegas beliau lagi.

G

Terdahulu, media melaporkan bahawa terdapat 17,303 orang anak luar nikah di daftarkan pada tahun 2009.

Kes terbaru buang bayi yang dilaporkan berlaku di semak berhampiran tempat pembuangan sampah di Jalan Medan Ipoh Satu. Bayi ini masih hidup walaupun basah kuyup ditimpa hujan.






Thursday, April 1, 2010

GEJALA BUANG BAYI

Harakahdaily


KUALA LUMPUR, 23 Mac: Fenomena pembuangan bayi yang berleluasa berlaku kebelakangan ini menunjukkan gejala yang tidak bermoral itu semakin parah dan menggambarkan kegagalan kerajaan yang ada pada hari ini mendidik rakyat menjadi manusia yang berguna dan tahu tentang nilai hidup mereka.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, PAS melihat bahawa kerajaan Umno/BN pada hari ini tidak serius dalam menangani masalah itu yang bukan mencari jalan untuk menutup punca supaya gejala itu tidak berlaku tetapi lebih kepada program yang bersifat menyapu sampah di bawah karpet.


Katanya, program-program yang dilaksanakan adalah lebih beroreintasikan untuk mengujudkan perniagaan dan menghasilkan keuntungan sesama kroni berbanding dengan pencapaian matlamat untuk mengatasi masalah akhlak.


Contohnya projek Rakan Muda dan PLKN adalah beroreintasikan untuk menjanakan kekayaan untuk kroni-kroni sahaja bukannya untuk menghasilkan insan yang lebih baik, yang lebih bertanggungjawab. Dengan itu berbilion ringgit terpaksa dibelanjakan tetapi hasilnya apa?.


Gejala pembuangan bayi amat memalukan masyarakat Melayu dan akan merosakkan imej Islam pada pandangan orang bukan Islam di negara ini.


Sehubungan itu, PAS memandang berat gejala perbuatan durjana itu yang lebih teruk daripada zaman jahiliah sebelum Nabi Muhammad s.a.w. dibangkitkan menjadi rasul.

“Gejala ini amat memalukan negara, kebetulan majoriti yang terlibat ialah orang Melayu Islam,” katanya. Sepatutnya, kata beliau dalam menangani masalah pembuangan bayi, ia mesti bertindak sebagai mana kaedah Islam iaitu saddu zara’ik menutup pintu kerosakan.

Beliau berkata, kerajaan sepatutnya mengawal pusat hiburan, memperketatkan peraturan iklan yang mengghairahkan, mewajibkan pelajar Islam memakai tudung, mengawal pergaulan bebas, kempen menutup aurat, kempen jauhi zina dan sebagainya.




“Selain daripada mendidik dan mengawal, maka kaedah yang paling berkesan ialah mesti kembali kepada hukum yang Allah kenakan, kerana hukum Allah mempunyai roh iaitu nakalaminallah yang Allah akan melnimbulkan kegerunan dan ketakutan untuk pelaku maksiat, dengan itu menggalakkan orang ramai menjauhkan diri mereka dari melakukan perbuatan zina.

“Sudah banyak cadangan yang kerajaan cadangkan, tetapi tidak ada satu pun cadangan yang kita kemukakan itu diberi perhatian. apatah lagi untuk dilaksanakan.

Sofi Wahab
Size:400 × 400
Type:66KB JPG


GEJALA BUANG BAYI memang sudah lama berlaku. Sudah ratusan malah mungkin ribuan bayi yang tidak berdosa dibuang di merata tempat oleh manusia berhati iblis. Darjat manusia ini lebih teruk dari binatang kerana binatang pun tahu sayang kepada anaknya.

Hari ini (22 Mac) media sekali lagi melaporkan kejadian buang bayi yang berlaku dalam semak berhampiran tempat pembuangan sampah di Jalan Medan Ipoh Satu. Bayi ini masih hidup walaupun basah kuyup ditimpa hujan.


Semalam (21 Mac), media juga melaporkan bahawa terdapat 17,303 orang anak luar nikah didaftarkan pada tahun 2009.

Apa maknanya kedua-dua fakta di atas? Maknanya ialah gejala maksiat zina sudah menjadi perkara biasa di Malaysia. Kalau dikira purata anak luar nikah yang dilahirkan di Malaysia ialah 47 orang sehari, kira-kira dua orang setiap jam.


Saya lebih suka membicarakan punca kepada perkara sebelum kita berfikir tentang cara penyelesaiannya. Mengikut kaedah problem solving, sebelum kita membuat correctieve action atau langkah pembetulan kita mestilah lencari punca-punca yang menyebabkan timbulnya masalah ini.

Di bawah ini adalah punca-punca kepada gejala zina, buang bayi dan anak luar nikah:-

1) Tiadanya kesedaran agama di kalangan penzina kerana mereka sudah tidak takut kepada Allah sehingga sanggup melakukan dosa besar iaitu perzinaan. Mereka ini mungkin tidak mempunyai asas agama yang kuat.

2) Pergaulan bebas di antara lelaki dan wanita disebabkan ibu bapa tidak melarang mereka, keluar rumah dan bergaul bebas, kawan-kawan dan masyarakat tidak memberi nasihat dan membiarkan maksiat terus berlaku.



3) Persekitaran yang sudah rosak dengan program-program maksiat/pergaulan bebas seperti konsert, kelab malam, dangdut, disko dan sebagainya. Selain itu gejala berdua-duaan ke sana ke mari sudah menjadi tidak salah di sisi masyarakat dan ibu bapa serta undang-undang.

4) Gejala meminum arak dan dadah di kalangan muda-mudi juga sudah menjadi perkara biasa dan bila kepala sudah khayal maka mudah maksiat berlaku.

Gambar hiasan

5) Tiadanya undang-undang yang mampu mencegah perbuatan mungkar yang berlaku sekarang. Undang-undang yang ada sekarang adalah ciptaan manusia yang tidak mampu menggerunkan manusia. Sedangkan Allah sudahpun menurunkan undang-undang-Nya untuk mencegah perbuatan zina dan maksiat ini. Malangnya kerajaan yang ada sekarang terus berdegil tidak mahu melaksanakan hukum Allah ini.

6) Sistem pendidikan yang ada di negara kita sekarang gagal melahirkan pelajar yang beriman dan berakhlak kerana apa yang diutamakan ialah pencapaian akademik semata-mata sehingga mengabaikan kesedaran Islam dan kekuatan Iman di kalangan pelajar-pelajar. Sebab itulah generasi muda hari ini amat rapuh pegangan agamanya sehingga sanggup berzina dan bergaul bebas tanpa rasa berdosa.

7) Program mencegah kemungkaran dibuat sambil lewa sehingga membiarkan tempat-tempat hiburan, rumah pelacuran dan lain-lain dibiarkan beroperasi macam cendawan lepas hujan.

8) Banyak lagi punca-punca lain yang ada tetapi bagi saya fakta di atas adalah antara perkara asas yang menjadi penyebab kepada gejala ini.

Pagi tadi semasa saya mendengar siaran radio Ikim.FM saya mendapati 100% pendengar mahukan undang-undang Islam ditegakkan di Malaysia dan kata mereka itulah sahaja jalan penyelesaian yang mampu menyelesaikan masalah tersebut.

Ini kerana menurut mereka hanya undang-undang Allah yang ada keberkatan dan pencegahan dari Allah sedangkan akal manusia tidak mampu untuk berfikir bagi menyelesaikan masalah ini. Ada juga pendengar yang secara tegas menyatakan supaya ditukar kerajaan barulah selesai masalah anak luar nikah dan bayi dibuang.


Di bawah ini saya cadangkan beberapa jalan penyelesaian kepada perkara ini.
1) Tukar kerajaan yang ada hari ini kerana dengan menukar kerajaan kepada kerajaan PR, insya Allah undang-undang Islam akan ditegakkan; sistem pendidikan akan diubah dengan menekankan ilmu Islam; program amar makruf dan nahi mungkar akan ditingkatkan; tempat-tempat maksiat ditutup, program-program maksiat dan pergaulan bebas dihentikan dan sebagainya.

2) Ibubapa mestilah menghadkan pergaulan anak-anak dengan tidak membenarkan mereka keluar malam dan tidak membenarkan anak-anak gadis keluar secara bersendirian bila-bila.

3) Dan lain-lain.

BAGI SAYA, SELAGI KERAJAAN BN MEMERINTAH SELAGI ITULAH MEREKA TIDAK AKAN MENEGAKKAN UNDANG-UNDANG ISLAM DAN MEREKA HANYA MEMANDANG ISU INI SEBAGAI REMEH.

DARI ITU, RAKYAT MESTI MENUKARKAN KERAJAAN YANG ADA PADA HARI INI IAITU KERAJAAN BN KEPADA KERAJAAN PR.

Sofi Wahab adalah Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka.