SESIAPA saja mempunyai naluri ingin hidup berpasangan dengan pilihan hati masing-masing. Hanya melalui ikatan perkahwinan saja seseorang itu dapat memenuhi tuntutan syahwatnya melalui cara yang halal.

SEMOGA KEKAL SELAMANYA...perkahwinan bukan sekadar memenuhi keperluan syahwat tetapi pengisian nilai agama sangat penting dalam membentuk keluarga harmoni.
SEMOGA KEKAL SELAMANYA...perkahwinan bukan sekadar memenuhi keperluan syahwat tetapi pengisian nilai agama sangat penting dalam membentuk keluarga harmoni.
Dalam Islam, hubungan yang dihalalkan melalui pernikahan itu bukan sekadar memenuhi hawa nafsu semata-mata tetapi ia adalah ibadah bertujuan melahirkan generasi dan zuriat soleh sebagai penyambung keturunan.

Al-Quran menjelaskan pernikahan adalah untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan.

Allah berfirman yang bermaksud: "Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah itu bahawa Dia jadikan bagi kamu pasangan hidup agar kamu mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan bersamanya. Kemudian Allah ciptakan di antara kamu berdua mawaddah dan rahmah." (Surah al-Rum ayat 21).

Begitu indah perencanaan Allah yang menjadikan manusia melalui fitrahnya untuk hidup berkasih sayang bersama pasangannya.

Allah menciptakan manusia berpasang-pasangan agar manusia dapat hidup lebih teratur selain dapat berkongsi suka duka bersama.

Namun bukan mudah untuk memenuhi tuntutan sebagai pasangan suami isteri kerana perkahwinan perlu pengorbanan dan tanggungjawab.

Perkembangan dunia moden sekarang tidak menidakkan setiap orang amat mudah berjumpa dan mengenali 'calon berpotensi' untuk dijadikan teman hidup.


Malangnya, kebebasan dengan budaya berpasangan dibimbangi mengundang banyak masalah terutama aktiviti seks sebelum berkahwin.

Adalah amai bersetuju sekiranya perkahwinan dipercepatkan. Namun, kita mungkin biasa dengar ada yang mengatakan; "Kejar cita-cita dulu baru kejar cinta", "esok anak dengan bini kamu nak bagi makan pasir?" apabila menyatakan hasrat mahu mendirikan rumah tangga dalam keadaan belum bersedia.

Malah, ada beranggapan berkahwin pada usia muda mendatangkan pelbagai masalah. Lebih buruk, ia membabitkan campur tangan ahli keluarga bakal pasangan seperti adik beradik yang mempengaruhi keputusan ibu bapa dalam menyatakan soal sesuai atau tidak pasangan terbabit.

Bagaimanapun, ia terpulang kepada diri masing-masing yang membawa haluan. Yang penting mereka perlu bijak dan bersedia mental dan fizikal sebelum melangkah ke alam yang penuh dugaan dan tanggungjawab itu.

Perkahwinan dalam usia muda memang baik bagi mengelak perilaku sumbang pasangan yang sedang bercinta.


Perkahwinan adalah sunnah Rasulullah. Tidak kira pada usia berapa pun, jika sampai jodoh dan ketentuan Ilahi, apa saja kehendak-Nya pasti akan berlaku.

Pada zaman dahulu, pasangan muda mendirikan rumah tangga dianggap perkara biasa, namun tidak pula pada zaman sekarang.

Ramai anak gadis menamatkan zaman bujang ketika usia belasan tahun. Mereka menganggap jika lambat kahwin nanti tidak 'laku' selain ibu bapa bimbang anak mereka melakukan perbuatan luar batasan.

Tidak dinafikan peluang melanjutkan pelajaran tidak seluas sekarang. Tidak hairanlah anak gadis di zaman dulu tamat saja persekolahan peringkat menegah terus mendirikan rumah tangga.

Mereka dinilai jika pandai melakukan kerja rumah seperti memasak, mengemas rumah dan menjaga adik-beradik sudah dikira layak untuk berkahwin.

Hari ini ramai menyambung yang pengajian ke peringkat lebih tinggi dan mahu mengecapi kejayaan dahulu sebelum memikirkan soal perkahwinan.

Pujian dan galakan perlu diberikan kepada mereka yang 'berani' meninggalkan keseronokan hidup membujang dengan membuat keputusan untuk berkahwin muda.

Sesetengah pihak beranggapan remaja berusia bawah 20 tahun masih 'mentah' untuk mengharungi kehidupan berumahtangga.

Tetapi, perasaan itu pasti bertukar apabila mereka sudah mengalami sendiri pengalaman memikul tanggungjawab sebagai suami isteri.

Jika ditentukan kita berkahwin dalam usia muda, mungkin itu jalan terbaik yang Allah tentukan untuk kita.


Perkahwinan pada usia muda adalah cabaran besar kerana ia membabitkan sensitiviti, emosi serta perasaan cemburu tidak kiralah suami atau isteri.

Justeru, perlu wujud persefahaman dalam memahami keperluan masing-masing. Bagi pasangan yang bercadang mendirikan rumah tangga pada usia muda, kisah puteri kesayangan Rasulullah, Fatimah az-Zahra serta Saidina Ali boleh dijadikan contoh.

Ketika berkahwin, Fatimah berusia 18 tahun mendapat bekas air diperbuat daripada kulit, sebuah kendi tanah, sehelai tikar dan batu penggiling jagung sebagai mahar daripada ayahnya.


Nabi juga pernah berkata kepada puterinya, "Anakku, aku menikahkanmu dengan lelaki yang kepercayaannya lebih kuat dan lebih tinggi daripada yang lainnya, dan seorang yang menonjol dalam hal moral dan kebijaksanaan." Fatimah melaksanakan tugasnya sebagai isteri seperti mengambil air telaga dan menggiling jagung manakala Ali pula keluar bekerja mencari nafkah.

Mereka terkenal dengan budi pekerti tinggi dan bersifat dermawan. Fatimah meninggal dunia di sisi Ali dan anaknya ketika berusia 28 tahun iaitu enam bulan selepas kewafatan Rasulullah.

Rasulullah pernah menyatakan, Fatimah akan menjadi 'ratu segenap wanita di syurga'. Ada kaum lelaki dan ada pula kaum perempuan. Begitulah unik dan rahmat Allah menjadikan alam ini untuk hamba-Nya renungi.

Sebab itu, Rasulullah memberi bimbingan kepada manusia agar memilih pasangan atas empat perkara iaitu kecantikan, keturunan, kekayaan dan agamanya.

Namun, lebih utama dari empat perkara berkenaan adalah agama yang menjadi tunjang kepada kebahagiaan rumah tangga yang dibina.

Pernikahan adalah alat mencipta keluarga bahagia. Ia bukan sekadar memenuhi keperluan syahwat semata-mata tetapi pengisian nilai agama sangat penting dalam membentuk keluarga yang harmoni.

Ekonomi kukuh, mengenali pasangan dengan lebih rapat, kesabaran serta persediaan psikologi adalah persediaan penting dalam mengharungi cabaran alam rumah tangga.

Maka, sesiapa yang mampu dan bersedia untuk berkahwin elok mereka segera berbuat demikian. Kalau hendak difikirkan soal duit, sampai bila-bila pun ia sentiasa tidak mencukupi. Allah sudah menjanjikan pelbagai nikmat dan ganjaran bagi mereka yang melakukan ibadah kahwin ini.

Hadis Rasulullah yang diriwayatkan Imam Al-Bukhari mengatakan bahawa: "Sesiapa yang mampu, berkahwinlah kerana ia lebih memelihara mata dan menjaga faraj. Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin hendaklah ia berpuasa kerana puasa adalah penahan hawa nafsu...."

Pensyarah Jabatan Asas Pendidikan dan Kemanusiaan, Universiti Malaya (UM), Rahimi Saad, berkata perkahwinan perlu dirancang kerana ada perbezaan hukum kahwin iaitu harus, sunat, wajib bahkan haram.


"Perlu lihat kemampuan untuk menguruskan tanggungjawab selepas kahwin. Kebaikan kahwin awal dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan salah laku nafsu disamping mempercepatkan kematangan.


"Keburukan kahwin awal adalah akan wujudnya hubungan 'fragile' jika sebarang masalah tidak dapat diurus dengan baik," katanya.


Rahimi berkata perkahwinan adalah jalan keluar bagi menghalalkan hubungan tetapi kemampuan melaksanakan tanggungjawab itu tidak terletak pada umur tetapi terletak pada sikap serta kematangan.

"Kerana itu penilaian terhadap kemampuan untuk membina rumah tangga perlu dilihat secara menyeluruh.


"Tidak dinafikan bahawa keselesaan (bukan kemewahan) hidup penting dalam kehidupan rumah tangga. Jadi, kos untuk mewujudkan keselesaan hidup berbeza antara dulu dan sekarang," katanya.


Beliau berkata berkenaan rezeki selepas berkahwin tidak perlu dirisaukan kerana Allah memberi jaminan terhadapnya.

"Bab rezeki memang tidak perlu dibimbangi kerana itu adalah jaminan Allah kepada hamba-Nya tetapi kita perlu berusaha mencari nafkah buat keluarga," katanya.



“Sesiapa yang tidak peduli urusan umat Islam, dia bukan dari kalangan mereka”. (Hadis)

GAMBAR-GAMBAR BAYI DIBUANG

Monday, April 12, 2010

RENCANA Utusan malaysia 13 APRIL 2010

Tidak cukup bersedih menatap gambar bayi kaku

berapa harga bayi ini???
.
.


KEMPEN Kami Prihatin belum seminggu berlangsung, tetapi satu lagi kes pembuangan bayi berlaku di Sungai Choh, Hulu Selangor, Selangor, kelmarin.

Isu buang bayi bukan perkara baru. Ia telah berakar umbi sejak berpuluh tahun lalu. Sungguhpun begitu, kita masih dibelenggu cara untuk membendung masalah ini yang begitu ketara sekarang.

Ada pelbagai pandangan dikemukakan tentang penyumbang besar gejala ini. Antaranya seks bebas, pergaulan tanpa batasan dan ke-alpaan ibu bapa dan masyarakat yang tidak ambil peduli.

Jadi, jika dinisbahkan dengan hari, maka pada setiap 5 hari 1 jam ada seorang bayi yang dibuang. Allahu akbar, beginilah reality masyarakat kita hari ini.

Ini merupakan kesan dan impak daripada peningkatan kebejatan atau kerosakan akhlak dikalangan masyarakat kita hari ini. Apabila manusia hidup tanpa pegangan agama yang kuat, kehidupan menjadi purak peranda.


Melihat tubuh bayi tidak berdosa tergolek dengan kesan gigitan nyamuk, dihurungi langau, digonggong anjing, terperosok dalam timbunan sampah dan tersangkut di dalam longgokan sampah di sungai, apakah kita perlu berdiam diri?

.
.

Adakah kita harus membiarkan satu demi satu kes buang bayi bertambah setiap hari? Sudah tentu tidak.

Sesiapa pun akan berasa pilu melihat fenomena tidak berhati perut ini. Kita perlu sedar dan insaf. Kita ada tanggungjawab untuk disempurnakan.

byi.jpg

Kempen Kami Prihatin nampaknya perlu mendapat sokongan semua rakyat dan kerajaan negeri.

Selain penekanan diberikan tentang kesedaran pembuangan bayi dan penderaan terhadap kanak-kanak, kita mahu masyarakat memberi penekanan terhadap usaha mencegah persetubuhan di luar nikah bagi menangani masalah pembuangan bayi.

Barangkali kaedah pembelajaran Pendidikan Agama Islam dan Moral perlu dikaji semula memandangkan ia boleh membantu mengurangkan masalah sosial.

Jika penekanan betul diberikan dalam sistem pendidikan agama dan moral, kita tidak sepatutnya berhadapan dengan isu yang begitu rumit ini.

Di mana silapnya? Apa pula yang kurang? Untuk itu dicadangkan supaya dikumpulkan semua pihak yang terlibat untuk mencari jawapan kepada persoalan ini. Perkara ini tidak boleh dilepaskan kepada orang agama sahaja.

Mungkin juga masyarakat perlu mengamalkan dan meniru cara yang diamalkan oleh keluarga zaman dahulu dalam mendidik, mengasuh serta mendisiplinkan anak-anak.

Walaupun nampak kolot, namun ia terbukti berkesan dalam menangani segala permasalahan yang dihadapi baik dalam sesebuah keluarga, remaja atau masyarakat yang berada di kampung.

Kalau ada pun berlaku pada tahun 1960-an dan 1970-an, tetapi tidak pula kita dengar laporan tentang buang bayi, penderaan, rogol, zina, penagihan dadah dan sebagainya.

Mereka mengamalkan tanggungjawab bersama dalam mengawasi anak-anak mereka di sesebuah kampung atau taman perumahan.

Sebenarnya jika rasa tanggungjawab bersama itu diamalkan sekarang, ia akan memudahkan ibu bapa mengawasi anak-anak khasnya kalangan remaja daripada terjebak ke kancah tidak sihat. Semuanya terserah kepada kita.

Perlu diingat, jika kita tidak bertindak sekarang, jangan dikesal kalau isu buang bayi ini bertukar menjadi bencana sosial yang dahsyat pada masa akan datang.

Sebelum terlambat elok bertindak sekarang. Jangan biarkan rasa sedih sehingga menitis air mata apabila menatap gambar jasad bayi tidak berdosa terdampar kaku.


PERSOALANNYA;

Dimanakah peranan kerajaan untuk mengatasi masalah pembungan bayi ini? Tidak nampak pun apa-apa langkah yang dimbil oleh kerajaan yang dikuasai oleh BN untuk mengatasi masalah ini. Kenapa kerajaan tidak bertindak? Atau pun kerajaan mahukan rakyat bangkit mempersoalkan keprihatinan kerajaan dan kemampuan kerajaan mengatasi masalah sosial, baru hendak bertindak?




Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama, janganlah tunggu sehingga rakayat bangkit baru hendak bertindak. Ianya mungkin sudah terlewat. Ingatlah undi ditangan rakyat. Walaupun rakayat Malaysia yang terkenal dengan sopan santun ini tidak akan bertindak diluar batasan tetapi ingat undi ditangan mereka. jangan tunggu rakyat menjatuhkan hukuman dengan tidak mengundi BN, ianya pasti sudah terlewat.

Ingatlah isu pembuangan bayi ini sekarang berlegar-legar dalam pemikiran rakyat dan rakyat hanya menunggu masa membuang undi untuk menjatuhkan BN hanya semata-mata untuk membolehkan rakyat yang prihatin mengambil alih kerajaan dan mengatasi masalah pembuangan bayi dan anak luar nikah.


PENDAPAT yang mengatakan ibu-bapa perlu mengawasi anak-anak mereka itu memanglah betul tetapi sayangnya hanya sedikit sahaja dari ibu-bapa yang boleh ataupun mahu mengawal pergerakan anak-anak mereka.



Bagaimanapun jika pihak berkuasa melaksanakan undang-undang yang mengenakan hukuman yang berat ke atas ibu bapa yang anaknya mengandung diluar nikah apatah lagi membuang bayi, maka pastinya ibu-bapa akan mencegah dan mengawasi anak-anak mereka dari terjebak dalam masalah sosial yang memungkinkan berlakunya mengandung anak luar nikah. maka dengan sendirinya masalah sosial yang melanda ini akan berakhir.

Tetapi tanpa undang-undang, maka perkara ini akan berterusan kerana ada ibu-bapa yang tidak kisah anaknya pergi kemana, anak keluar malam dan sebagainya. Bahkan anak mereka mengandung tanpa nikah pun ada yang tak kisah. Maka masalah ini akan berterusan tanpa henti, tanpa ada pengakhiranya dan akhirnya akan diterima sebagai nilai norma sosial budaya masyarakat.

Pelajar sekolah agama buang bayi


Mayat seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat dijumpai di rumah sewa seorang pekerja kilang di Taman Balok Makmur semalam.


RENCANA 2

KERJASAMA MASYARAKAT DIPERLUKAN UNTUK MENGATASI GEJALA MEMBUANG BAYI

Menurut setiausaha Agung Kelab Belia Graduan 1Malaysia, Ezaruddin Abd. Rahman "tanpa kerjasama masyarakat dalam membantu menangani gejala sosial mengandung luar nikah, maka masalah membuang bayi itu bukan sahaja akan berterusan, malah akan bertambah teruk"

Justeru itu katanya, sikap masyarakat yang tidak suka mengambil tahu apa yang berlaku di kawasan kediaman masing-masing perlu diubah. Menurutnya, masyarakat yang prihatin adalah masyarakat yang mengambil tahu apa yang berlaku di sekitarnya.


Namun, katanya, memandangkan masyarakat hari ini tidak lagi mengamalkan hidup bermasyarakat seperti zaman dahulu, tidak mengambil tahu apa yang berlaku dikawasan kejiranan mereka dan sebagainya maka adalah perlu ada nya usaha-usaha untuk mengembalikan dan seterusnya mengukuhkan amalan hidup bermasyarakat dan sentiasa mengambil tahu perkara-perkara dan peristiwa-peristiwa yang berlaku disekelingnya


"Kita boleh 'memaksa' masyarakat melalui undang-undang dan juga menyediakan peruntukkan-peruntukan kewangan agar anggota masayarakat kembali kepada landasan hidup bermasyarakat. Antara yang boleh dilakukan adalah pihak berkuasa tempatan mewajibkan pasukan Rukun Tetangga diwujudkan di setiap kawasan perumahan.


"Tugas anggota Rukun Tetangga itu bukan sekadar mengawal pada waktu malam, malah mengadakan aktiviti yang boleh merapatkan silaturahim komuniti. Menerusinya, ukhuwah dan perpaduan masyarakat setempat bukan sahaja dapat diperkukuhkan, malah semangat kejiranan yang tinggi dapat diwujudkan.


"Dengan memiliki semangat itu, barulah setiap anggota komuniti saling mengambil tahu antara satu sama lain," ujarnya.


Selain itu, katanya, memandangkan pelajar universiti semakin banyak terlibat dalam gejala sosial tersebut, maka kawasan perumahan di luar kampus yang didiami pelajar perlu juga mempunyai seorang penyelia atau penggawa kediaman yang dilantik daripada kalangan penduduk.

''Pihak universiti boleh memberikan elaun kepada mereka dan pastinya penduduk-penduduk yang dipilih mewakili pihak universit i tu merasa bangga dengan perlantikan mereka untuk memastikan kawasan kediaman mereka bebas daripada gejala sosial," katanya.

Beliau mengemukakan cadangan itu berdasarkan pengalamannya sebagai pelajar di sebuah universiti tempatan di Selangor.

Katanya sepanjang tempohnya menjadi pelajar, beliau mendapati terdapat pelajar-pelajar yang bersekedudukan sehingga melahirkan anak. "Jadi, jika ada seorang penggawa dari kalangan penduduk, maka gejala itu dapat dibendung," katanya.


Naib Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Pahang, Datuk Rosni Zahari yakin sikap masyarakat boleh diubah jika kempen seperti Kami Prihatin anjuran akhbar Utusan Malaysia diperbanyakkan.

Katanya, kadang kala masyarakat memerlukan satu kejutan untuk menyedarkan mereka daripada tidur lena akibat leka dengan urusan peribadi.

"Saya yakin masyarakat ada kesedaran, cuma ia mengambil masa sedikit untuk berubah," ujarnya.

Bagaimanapun, jika kempen yang diadakan masih tidak berkesan, maka tindakan lebih tegas seperti meminda seksyen Kanun Keseksaan boleh dilakukan.

Beliau berkata, akta berkaitan yang ada sekarang boleh dipinda agar ada ketakutan dalam diri mereka yang ingin melakukan perbuatan membuang bayi atau mendera kanak-kanak.

"Memandangkan ia adalah satu jenayah, maka hukuman yang lebih keras dan setimpal dengan perbuatan kejam mereka wajar diperkenalkan," katanya.


Banyakkan rencana agama

MEMBACA akhbar Utusan Malaysia yang sering mempaparkan gejala buang bayi, saya berharap pihak tuan akan menyiarkan satu artikel dari perspektif agama mengenai kesan, akibat dan balasan ke atas manusia yang melakukan perbuatan yang tidak berperikemanusiaan itu.


Mudah-mudahan informasi mahupun maklumat itu dapat menyedarkan kita, manusia- manusia yang daif dan hina di sisi Allah Subahanahu Wata'ala ini agar tidak akan tergamak memikirkan apatah lagi melakukan perbuatan terkutuk sedemikian.


Sememangnya perbuatan itu menjanjikan para pelakunya dan mereka yang bersubahat dengannya tinggal abadi di neraka jahanam. Na'uzubillah Minzalik.

MOHAMAD ALI

Brunei Darussalam





RENCANA

Wajib bendung kemungkaran zina

MASYARAKAT kita semakin terdedah kepada nilai-nilai kebebasan. Kebebasan yang melampau atau tanpa kekangan boleh menyebabkan nilai-nilai agama dan adat terhakis sama ada secara drastik atau beransur-ansur. Kebebasan didambakan oleh pemburunya dalam segenap aspek kehidupan.

Dalam persoalan mengenai seks misalnya, ramai mula terpengaruh dengan pandangan bahawa seks adalah persoalan individu semata-mata. Individu adalah bebas dan berhak untuk menentukan aktiviti seksnya.

Kesan daripada pandangan tersebut menyebabkan 'seks bebas' mula menular dan mejadi sebahagian dari budaya masyarakat kita hari ini. Budaya keji itu berkembang bersama kebebasan bersosial, pesta-pesta hiburan dan pertemuan-pertemuan sosial yang melibatkan kebebasan pergaulan lelaki dan perempuan tanpa batas.

Di sisi Islam, seks bebas tanpa nikah itu adalah 'zina'. Zina mempunyai impak psikologi sama ada dari sudut agama mahupun moral kepada pelakunya. Jiwa penzina biasanya tertekan dan tidak tenteram kesan daripada perbuatan keji itu. Jika golongan ini tidak bertaubat dan kembali kepada jalan kehidupan yang bermoral maka mereka akan terus terbenam dalam kancah maksiat yang merosakkan hidupnya.

Tanpa menafikan golongan dewasa turut terlibat dalam perbuatan seks bebas, fenomena itu kini lebih menonjol di kalangan remaja kita yang terbabas dalam mencari erti kebebasan hidup. Bukan mereka tidak tahu hukum berzina di sisi agama tetapi kemungkaran yang dilakukan itu adalah berpunca daripada iman yang rapuh dan kurangnya penguatkuasaan undang-undang yang mencegah pergaulan bebas. Tanpa undand-undang sedemikian tambahan pula dengan Iman yang rapuh memudahkan proses 'pereputan' jati diri dan kerosakan diri.

Kesan daripada mengambil secara membuta tuli fahaman kebebasan itu menjadikan masyarakat kita bersifat 'nafsi nafsi' atau istilah modennya individualistik. Justeru, tidak hairanlah lahir kefahaman atau pendapat seperti dosa masing-masing tanggung atau kubur masing-masing jaga. Pandangan itu boleh menyebabkan sesuatu kemungkaran itu dipandang ringan.

Ramai juga yang gagal memahami bahawa budaya pergaulan bebas mempunyai hubungan rapat dengan perbuatan zina. Bagi masyarakat Barat, remajanya diberi kebebasan dalam pergaulan lelaki dan wanita.

Pendidikan seks di Barat hanya mengajar bagaimana mencegah berlaku kehamilan, bukannya mengajar mengenai salahnya perlakuan zina itu. Ini tidak menghairankan kerana agama bukan lagi menjadi roh kehidupan masyarakat Barat walaupun agama Kristian mengharamkan perbuatan zina.

Di antara perkara-perkara yang mendedahkan kita kepada 'mendekati zina' adalah pergaulan bebas , berdua-duaan antara lelaki dan wanita, melihat wanita dengan bernafsu dan gambar atau video pornografi.

Secara fitrahnya, seks adalah satu bentuk anugerah dan nikmat kurniaan Allah kepada manusia. Malah, naluri itu turut diberikan kepada binatang dan tumbuh-tumbuhan.

Fitrah atau naluri inilah menyebabkan keturunan manusia berkembang biak. Bagi Islam, seks untuk manusia hanya boleh dilakukan secara halal iaitu melalui perkahwinan yang sah. Secara tabiinya, hubungan seks akan menyebabkan wanita mengandung dan melahirkan anak. Keturunan manusia akan menjadi apabila nasab keturunannya dilahirkan secara sah.

Zina pula akan melahirkan keturunan yang tidak diketahui nasab keturunannya sehingga boleh menimbulkan pelbagai masalah lain seperti keruntuhan keluarga dan masyarakat.

Menurut perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), sebanyak 17,303 anak luar nikah di kalangan Melayu-Islam didaftarkan pada tahun 2009, berbanding tahun sebelumnya iaitu 2008 sebanyak 16,541 kes, manakala tahun 2007 seramai 16,100.


Dari perangkaan itu, jelas kepada kita bahawa gejala zina semakin berleluasa di kalangan bangsa kita sendiri yang menganut agama Islam. Malah, masyarakat kini dikejutkan dengan fenomena pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi. Secara logiknya, pembuangan bayi adalah kesan daripada perbuatan zina.


Justeru, kebimbangan perlu ada pada kita tentang masa depan bangsa. Tidak wajar kita berpeluk tubuh menyaksikan segala kemungkaran yang melanda generasi muda hari ini.


Bayangkan bagaimana nanti keadaan generasi yang kita tinggalkan itu seandainya mereka berada dalam keadaan yang rendah akal budi dan jauh dari kehidupan yang mulia dan berakhlak. Kumpulan yang sedar ini seharusnya menjadi penggerak kepada usaha membetulkan keadaan. Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu harus memainkan peranan yang efisien dan efektif dalam hal ini.


Ibu bapa juga tidak boleh lepas tangan kerana anak-anak remaja adalah golongan yang masih berada di bawah tanggungjawab mereka. Ibu bapa harus sedar bahawa kurangnya perhatian terhadap didikan agama menyebabkan anak-anak mudah terjebak kepada kehidupan tidak bermoral. Oleh itu sekiranya anak mereka melakukan hubungan luar nikah sehingga melahirkan bayi, maka mereka semestinya dipertanggungjawabkan!.


Kesan kekeliruan yang berlaku akibat keinginan untuk memburu kehidupan bebas tanpa mempedulikan nilai-nilai tradisi dan agama menyebabkan mereka mudah terjebak dengan amalan-amalan maksiat yang merosakkan kehidupan mereka.


Kesimpulannya, gejala sosial dan keruntuhan akhlak adalah sebahagian daripada kesan kekeliruan yang berlaku akibat keinginan untuk memburu kehidupan bebas tanpa mempedulikan nilai-nilai tradisi dan agama.


Sebenarnya, bukan sahaja perbuatan zina semakin berkembang dalam masyarakat Islam di negara kita tetapi pelbagai kemungkaran lain seperti meminum arak turut meningkat.


PENULIS ialah Ketua Unit Komunikasi Media, Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Komunikasi dan Kebudayaan



JENAYAH

Bapa bayi dibuang harus dipersalahkan

KUALA LUMPUR 13 April – Bagi Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin, kes buang bayi yang semakin menjadi-jadi di negara ini merupakan gejala membimbangkan dan perlu segera ditangani.

Walaupun bergelar orang nombor satu dalam menangani jenayah di negara ini selain banyak pengalaman dalam kes buang bayi, beliau sendiri tidak dapat menerima hakikat bahawa kes ini masih berlaku.

“Kita sebelum ini pernah mendengar peribahasa ‘tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia’.

“Bagi saya, peribahasa ini kian luput di kalangan wanita hari ini yang tergamak melakukan kekejaman termasuk membuang anak yang dikandung dalam tong sampah,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Menurut Mohd. Bakri, insan bergelar ibu itu diberi tanggungjawab murni dan diberi amanah oleh Tuhan untuk memberi identiti kepada kandungannya tapi sebaliknya pula yang berlaku.

“Mereka bertindak seperti binatang dan sanggup melakukan apa saja bagi ‘menyelimutkan’ kesalahan mereka,” katanya.

Sebagai seorang bapa dan suami, Mohd. Bakri mempersoalkan tindakan masyarakat yang lebih gemar menuding jari kepada kaum wanita berikutan kes buang bayi yang berlaku.

Dalam situasi ini, katanya, bapa kepada kandungan itu juga pada masa yang sama seharusnya dipersalahkan.

“Mereka seharusnya bersyukur dengan kurniaan Tuhan. Ini kerana ada sesetengah pasangan suami isteri yang tidak berpeluang mendapat anugerah itu,” tambahnya.

ULASAN:

Sepatutnya bukan sahaja kedua-dua pesalahlaku yang terlibat dalam kes buang bayi itu dipersalahkan dan diambil tindakan. tetapi kedua-dua ibu bapa mereka seharusnya turut dipersalahkan kerana gagal memberi pendidikan keagamaan dan bimbingan sewajarnya bagi mengelakkan perkara semacam itu berlaku.

Kalaulah hanya setakat ibu mengandung yang membuang bayi itu dan pasangan lelakinya sahaja yang dikenakan tindakan, perkara ini tidak akan berakhir, tidak akan ada noktahnya. Tetapi dengan mengambil tindakan terhadap kedua ibubapa pasangan itu akan menghasilkan sifat bertanggungjawab ibu bapa remaja-remaja dan seterusnya dapat menghentikan terjadinya perkara itu.


Satu lagi perkara yang boleh diperlakukan ialah dengan mengenakan hukuman rejam di khalayak ramai, pastinya akan menakutkan anak-anak muda dari melakukan perbuatan tidak bermoral itu. Bahan-bahan yang boleh digunakan untuk hukuman rejam itu terhad kepada bungkusan-bungkusan kertas yang dibekalkan oleh pihak bertanggungjawab untuk mengelakkan berlakunya kecedraan atau pun kematian. Katakan hukuman rejam dengan kertas itu walaupun satu hari sudah cukup memalukan dan ianya pasti menggerunkan anak-anak remaja dari melakukan salah laku seks.

Pastinya tindakan ini dapat membendung dan mengelakkan gejala sosial ini dari berterusan. Jadi sekarang terpulanglah kepada pihak kerajaan untuk menggubal hukuman ini atau tidak.


No comments:

Post a Comment