SESIAPA saja mempunyai naluri ingin hidup berpasangan dengan pilihan hati masing-masing. Hanya melalui ikatan perkahwinan saja seseorang itu dapat memenuhi tuntutan syahwatnya melalui cara yang halal.

SEMOGA KEKAL SELAMANYA...perkahwinan bukan sekadar memenuhi keperluan syahwat tetapi pengisian nilai agama sangat penting dalam membentuk keluarga harmoni.
SEMOGA KEKAL SELAMANYA...perkahwinan bukan sekadar memenuhi keperluan syahwat tetapi pengisian nilai agama sangat penting dalam membentuk keluarga harmoni.
Dalam Islam, hubungan yang dihalalkan melalui pernikahan itu bukan sekadar memenuhi hawa nafsu semata-mata tetapi ia adalah ibadah bertujuan melahirkan generasi dan zuriat soleh sebagai penyambung keturunan.

Al-Quran menjelaskan pernikahan adalah untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan.

Allah berfirman yang bermaksud: "Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah itu bahawa Dia jadikan bagi kamu pasangan hidup agar kamu mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan bersamanya. Kemudian Allah ciptakan di antara kamu berdua mawaddah dan rahmah." (Surah al-Rum ayat 21).

Begitu indah perencanaan Allah yang menjadikan manusia melalui fitrahnya untuk hidup berkasih sayang bersama pasangannya.

Allah menciptakan manusia berpasang-pasangan agar manusia dapat hidup lebih teratur selain dapat berkongsi suka duka bersama.

Namun bukan mudah untuk memenuhi tuntutan sebagai pasangan suami isteri kerana perkahwinan perlu pengorbanan dan tanggungjawab.

Perkembangan dunia moden sekarang tidak menidakkan setiap orang amat mudah berjumpa dan mengenali 'calon berpotensi' untuk dijadikan teman hidup.


Malangnya, kebebasan dengan budaya berpasangan dibimbangi mengundang banyak masalah terutama aktiviti seks sebelum berkahwin.

Adalah amai bersetuju sekiranya perkahwinan dipercepatkan. Namun, kita mungkin biasa dengar ada yang mengatakan; "Kejar cita-cita dulu baru kejar cinta", "esok anak dengan bini kamu nak bagi makan pasir?" apabila menyatakan hasrat mahu mendirikan rumah tangga dalam keadaan belum bersedia.

Malah, ada beranggapan berkahwin pada usia muda mendatangkan pelbagai masalah. Lebih buruk, ia membabitkan campur tangan ahli keluarga bakal pasangan seperti adik beradik yang mempengaruhi keputusan ibu bapa dalam menyatakan soal sesuai atau tidak pasangan terbabit.

Bagaimanapun, ia terpulang kepada diri masing-masing yang membawa haluan. Yang penting mereka perlu bijak dan bersedia mental dan fizikal sebelum melangkah ke alam yang penuh dugaan dan tanggungjawab itu.

Perkahwinan dalam usia muda memang baik bagi mengelak perilaku sumbang pasangan yang sedang bercinta.


Perkahwinan adalah sunnah Rasulullah. Tidak kira pada usia berapa pun, jika sampai jodoh dan ketentuan Ilahi, apa saja kehendak-Nya pasti akan berlaku.

Pada zaman dahulu, pasangan muda mendirikan rumah tangga dianggap perkara biasa, namun tidak pula pada zaman sekarang.

Ramai anak gadis menamatkan zaman bujang ketika usia belasan tahun. Mereka menganggap jika lambat kahwin nanti tidak 'laku' selain ibu bapa bimbang anak mereka melakukan perbuatan luar batasan.

Tidak dinafikan peluang melanjutkan pelajaran tidak seluas sekarang. Tidak hairanlah anak gadis di zaman dulu tamat saja persekolahan peringkat menegah terus mendirikan rumah tangga.

Mereka dinilai jika pandai melakukan kerja rumah seperti memasak, mengemas rumah dan menjaga adik-beradik sudah dikira layak untuk berkahwin.

Hari ini ramai menyambung yang pengajian ke peringkat lebih tinggi dan mahu mengecapi kejayaan dahulu sebelum memikirkan soal perkahwinan.

Pujian dan galakan perlu diberikan kepada mereka yang 'berani' meninggalkan keseronokan hidup membujang dengan membuat keputusan untuk berkahwin muda.

Sesetengah pihak beranggapan remaja berusia bawah 20 tahun masih 'mentah' untuk mengharungi kehidupan berumahtangga.

Tetapi, perasaan itu pasti bertukar apabila mereka sudah mengalami sendiri pengalaman memikul tanggungjawab sebagai suami isteri.

Jika ditentukan kita berkahwin dalam usia muda, mungkin itu jalan terbaik yang Allah tentukan untuk kita.


Perkahwinan pada usia muda adalah cabaran besar kerana ia membabitkan sensitiviti, emosi serta perasaan cemburu tidak kiralah suami atau isteri.

Justeru, perlu wujud persefahaman dalam memahami keperluan masing-masing. Bagi pasangan yang bercadang mendirikan rumah tangga pada usia muda, kisah puteri kesayangan Rasulullah, Fatimah az-Zahra serta Saidina Ali boleh dijadikan contoh.

Ketika berkahwin, Fatimah berusia 18 tahun mendapat bekas air diperbuat daripada kulit, sebuah kendi tanah, sehelai tikar dan batu penggiling jagung sebagai mahar daripada ayahnya.


Nabi juga pernah berkata kepada puterinya, "Anakku, aku menikahkanmu dengan lelaki yang kepercayaannya lebih kuat dan lebih tinggi daripada yang lainnya, dan seorang yang menonjol dalam hal moral dan kebijaksanaan." Fatimah melaksanakan tugasnya sebagai isteri seperti mengambil air telaga dan menggiling jagung manakala Ali pula keluar bekerja mencari nafkah.

Mereka terkenal dengan budi pekerti tinggi dan bersifat dermawan. Fatimah meninggal dunia di sisi Ali dan anaknya ketika berusia 28 tahun iaitu enam bulan selepas kewafatan Rasulullah.

Rasulullah pernah menyatakan, Fatimah akan menjadi 'ratu segenap wanita di syurga'. Ada kaum lelaki dan ada pula kaum perempuan. Begitulah unik dan rahmat Allah menjadikan alam ini untuk hamba-Nya renungi.

Sebab itu, Rasulullah memberi bimbingan kepada manusia agar memilih pasangan atas empat perkara iaitu kecantikan, keturunan, kekayaan dan agamanya.

Namun, lebih utama dari empat perkara berkenaan adalah agama yang menjadi tunjang kepada kebahagiaan rumah tangga yang dibina.

Pernikahan adalah alat mencipta keluarga bahagia. Ia bukan sekadar memenuhi keperluan syahwat semata-mata tetapi pengisian nilai agama sangat penting dalam membentuk keluarga yang harmoni.

Ekonomi kukuh, mengenali pasangan dengan lebih rapat, kesabaran serta persediaan psikologi adalah persediaan penting dalam mengharungi cabaran alam rumah tangga.

Maka, sesiapa yang mampu dan bersedia untuk berkahwin elok mereka segera berbuat demikian. Kalau hendak difikirkan soal duit, sampai bila-bila pun ia sentiasa tidak mencukupi. Allah sudah menjanjikan pelbagai nikmat dan ganjaran bagi mereka yang melakukan ibadah kahwin ini.

Hadis Rasulullah yang diriwayatkan Imam Al-Bukhari mengatakan bahawa: "Sesiapa yang mampu, berkahwinlah kerana ia lebih memelihara mata dan menjaga faraj. Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin hendaklah ia berpuasa kerana puasa adalah penahan hawa nafsu...."

Pensyarah Jabatan Asas Pendidikan dan Kemanusiaan, Universiti Malaya (UM), Rahimi Saad, berkata perkahwinan perlu dirancang kerana ada perbezaan hukum kahwin iaitu harus, sunat, wajib bahkan haram.


"Perlu lihat kemampuan untuk menguruskan tanggungjawab selepas kahwin. Kebaikan kahwin awal dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan salah laku nafsu disamping mempercepatkan kematangan.


"Keburukan kahwin awal adalah akan wujudnya hubungan 'fragile' jika sebarang masalah tidak dapat diurus dengan baik," katanya.


Rahimi berkata perkahwinan adalah jalan keluar bagi menghalalkan hubungan tetapi kemampuan melaksanakan tanggungjawab itu tidak terletak pada umur tetapi terletak pada sikap serta kematangan.

"Kerana itu penilaian terhadap kemampuan untuk membina rumah tangga perlu dilihat secara menyeluruh.


"Tidak dinafikan bahawa keselesaan (bukan kemewahan) hidup penting dalam kehidupan rumah tangga. Jadi, kos untuk mewujudkan keselesaan hidup berbeza antara dulu dan sekarang," katanya.


Beliau berkata berkenaan rezeki selepas berkahwin tidak perlu dirisaukan kerana Allah memberi jaminan terhadapnya.

"Bab rezeki memang tidak perlu dibimbangi kerana itu adalah jaminan Allah kepada hamba-Nya tetapi kita perlu berusaha mencari nafkah buat keluarga," katanya.



“Sesiapa yang tidak peduli urusan umat Islam, dia bukan dari kalangan mereka”. (Hadis)

GAMBAR-GAMBAR BAYI DIBUANG

Sunday, April 18, 2010

Lelaki elak tanggungjawab patut dikenakan hukuman


2010/04/19

PENSYARAH Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Mariani Md Nor, berpendapat sudah tiba masanya kerajaan menyelesaikan isu ini secara adil dengan menyediakan sistem yang menghalang lelaki daripada menjadikan wanita tempat memuaskan nafsu.

Katanya, undang-undang sedia ada juga perlu dilaksanakan dengan tegas dan berkesan selain mengguna pakai saluran yang ada sebagai sokongan padu kepada isu ini.

“Kita ada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan NGO untuk menyatakan suara dan hak orang ramai mengenai isu berkenaan. Mengapa tidak ada cara yang khusus untuk memastikan pihak lelaki yang tidak bertanggungjawab itu dikenakan tindakan. Mengapa lelaki terus ghaib dan tiada tindakan dikenakan pada mereka.



a
“Masyarakat sekarang hanya nampak perempuan saja yang salah. Mengambil tindakan terhadap perempuan sahaja. Hanya mencemuh wanita yang mengandung anak luar nikah itu sahaja, sedangakan perkara ini berlaku melibatkan pihak lelaki juga. Tanpa lelaki durjana itu tidak akan berlakulah perkara ini. Oleh sesuatu mesti dilakukan untuk memastikan pihak lelaki yang menjadi punca berlakunya perkara ini dikenakan tindakan sewajarnya” katanya.

Buang Bayi






Posted in Kisah Pengajaran
at 9:45 am

MENYAYAT HATI… Mayat seorang bayi lelaki terdampar di atas rumput dan dipercayai meninggal dunia dalam tempoh lebih 24 jam di Flat Lobak, Seremban, Negeri Sembilan, semalam.

Beliau berkata, cadangan menubuhkan pusat perlindungan bagi wanita terlanjur sebagai cara menangani masalah pembuangan bayi, mempunyai kebaikan dan keburukan.

Penubuhan pusat itu ternyata dapat membantu wanita menghadapi masalah, tetapi bagaimana pun dikhuatiri ianya akan menggalakkan remaja melakukan perzinaan kerana mereka tahu akan adanya pihak-pihak tertentu yang prihatin terhadap nasib bayi dilahirkan hasil perbuatan zina mereka itu.


Seorang bayi lelaki lengkap berpakaian yang ditinggalkan di sebuah pondok di Sepang.



Mariani berkata, secara psikologinya, orang ramai akan ada rangsangan melakukan gerak balas apabila menyedari wujud pihak yang bersedia menjadi penyelamat untuk membantu mereka menyelesaikan masalah.


Oleh itu katanya, perlulah ada mekanisme untuk menangani isu berkenaan dengan seberapa segera untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai punca- punca berlakunya perbuatan zina yang menjurus kepada pembuangan bayi.


Sehubungan dengan proses mengenalpasti lelaki yang melakukan perbuatan terkutuk itu, Pensyarah Jabatan Sosiologi dan Antropologi Kulliyyah Sains Kemanusiaan dan Ilmu Wahyu, Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Fatimah Daud, pula berkata perempuan yang mengandung luar nikah itu boleh memastikan lelaki berkenaan, bertanggungjawab terhadap perbuatannya dengan membuat laporan polis.


Katanya, tindakan boleh dilakukan sama ada oleh ahli keluarga serta perempuan yang mengandung disebabkan perbuatan zina itu, jika lelaki berkenaan cuba mengelakkan daripada tanggungjawab, dengan membuat laporan bahawa dirinya dirogol.

“Langkah ini boleh diambil terhadap lelaki yang tidak mahu bertanggungjawab kerana perempuan itu tidak akan mengandung jika perbuatan tidak dilakukan bersama. Kenapa perempuan sahaja yang terima hukuman, tetapi yang lelakinya bebas tanpa sebarang tindakan, tanpa sebarang hukuman!” katanya.


Oleh itu beliau berkata, dalam kes pembuangan bayi atau mengandung hasil perbuatan zina ini, lelaki dan perempuan terbabit perlulah dikenakan tindakan secara adil supaya sama-sama memikul tanggungjawab terhadap perbuatan salah laku mereka.


Beliau berkata, pusat meninggalkan bayi (drop in baby) atau cadangan penubuhan bank bayi yang mendapat bantahan, perlu dinilai semula sebagai jalan penyelesaian jangka pendek sebagai usaha menyelamatkan bayi tidak berdosa dan mengelak perempuan melakukan kesilapan kedua



Bayi ditinggal di beranda rumah


WAJAH bayi yang ditinggalkan di beranda rumah.


TANAH MERAH - Seorang bayi lelaki seberat 3.3 kilogram ditemui ditinggalkan di beranda sebuah rumah di Jalan Wan Ahmad di sini malam kelmarin.

Bayi itu yang masih hidup dan dipercayai baru berusia dua hari dikatakan ditinggalkan dalam keadaan masih bertali pusat dan berbalut sehelai selimut di rumah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Supritendan Abdul Aziz Mahmud berkata, bayi berkenaan ditemui oleh pemilik rumah tersebut, Sukma Abdullah, 56, pada pukul 12.30 malam kelmarin sebelum dilaporkan kepada polis.


Laporan Khas: Mengkaji penyelesaian konkrit tangani isu buang bayi
Oleh Jami’ah Shukri dan Hasliza Hassan
bhrencana@bharian.com.my
2010/04/19

Kementerian wajar tubuh jawatankuasa khas bincang pandangan, cadangan pelbagai pihak

GEJALA membuang bayi yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini, memerlukan penyelesaian lebih konkrit daripada semua pihak sama ada pihak berkuasa, agensi berkaitan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta kalangan ibu bapa sendiri.


Tidak guna menuding jari mencari kesalahan orang lain, tetapi tidak tampil dengan cadangan bagaimana jalan penyelesaian terbaik. Benar, perbuatan itu salah, berdosa dan tidak bermoral. Benar, sesetengah remaja terlanjur. Benar, sesetengah ibu muda sanggup membuang bayi bagi menutup kes daripada menanggung malu.


Tetapi kita perlu melihat dengan lebih jauh. Cari punca remaja menjadi liar, bebas bergaul dan akhirnya berlaku seks bebas. Setiap ibu bapa tidak akan rela melihat anak terjebak dalam perlakuan jijik seperti itu.

Malah, ada yang mendakwa bukan pilihan remaja untuk terjerumus ke lembah kehinaan seperti itu, tetapi dipaksa pihak ketiga atau ditipu. Oleh itu, perkara ini juga perlu dikaji dan ditangani sebaik mungkin.

Setakat ini, sudah beberapa cadangan ditampilkan pelbagai pihak dan ada yang bersetuju, tetapi ada juga membantah.

Misalnya, cadangan penubuhan pusat menerima bayi daripada perbuatan zina, menyediakan rumah perlindungan perempuan mengandung tanpa ikatan perkahwinan dan memberi pendidikan seks kepada pelajar sekolah.

.


Ada yang menyifatkan cadangan itu sebagai lahir daripada pemikiran dangkal, yang mana langkah itu bakal mencetuskan masalah baru, kerana tidak menangani punca sebenar atau akar permasalahan.


Malah, ada yang menyarankan supaya wujud pusat meninggalkan bayi (drop in baby) atau cadangan penubuhan bank bayi, tetapi mendapat bantahan ramai, meskipun masih ada suara yang mahu supaya idea itu dinilai semula sebagai jalan penyelesaian jangka pendek, dalam usaha menyelamatkan bayi tidak berdosa dan mengelak perempuan melakukan kesilapan kedua.


Sepatutnya, kerajaan terutama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menubuhkan jawatankuasa khas untuk membincang lanjut bagaimana menangani masalah ini dan segala cadangan dilontarkan pelbagai pihak dimasukkan dalam agenda.

Wakil pelbagai agensi, NGO, jabatan agama dan mereka yang berkepentingan hendaklah dijemput sama. Biarlah segala rumusan itu nanti berupaya untuk menangani gejala ini bagi jangka panjang kerana kes buang bayi berlaku saban masa setiap tahun.

.
.

Bayangkan, sepanjang tahun lalu saja, seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN, manakala pada 2007 seramai 16,100 orang.


Dalam tempoh lima tahun lalu, JPN mencatatkan 74,723 pendaftaran anak luar nikah membabitkan orang Melayu/Islam. Ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).


Sementara itu, statistik menunjukkan insiden pembuangan bayi meningkat akibat kehamilan yang tidak diingini sehingga mereka sanggup melakukan perbuatan itu tanpa rasa bersalah dan berperikemanusiaan.


Laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM), menunjukkan kadar purata kes pembuangan bayi antara 2001 hingga 2005 ialah sebanyak 86.4 kes setahun, manakala JKM ialah sejumlah 315 bagi tempoh 2001 hingga 2004.


.
.

Tahun lalu saja sebanyak 83 kes dikesan. Kes pembuangan bayi sebenarnya mungkin ada kaitan dengan aktiviti rogol dan hubungan seks terlarang serta aktiviti seks bebas. Malah 84 peratus perogol dikenali mangsa dan hampir 20 peratus perogol pula ada pertalian saudara dengan mangsa (bapa, bapa tiri, datuk atau abang).


Kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Negara (LPPKN) menunjukkan aktiviti seks di kalangan remaja berumur 13 hingga 16 tahun meningkat daripada 0.9 peratus kepada 2.2 peratus pada 2004.


Pengetahuan mengenai kesihatan reproduktif seperti organ reproduktif dan penyakit jangkitan kelamin di kalangan remaja di bawah umur 15 tahun masih rendah iaitu lingkungan 50 peratus.


Justeru, pentingnya Dasar Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Kebangsaan dilaksanakan dengan lebih terancang serta menyediakan hala tuju dalam melaksanakan program itu. Ini penting supaya dapat melahirkan individu berpengetahuan dan mempunyai sikap positif dalam bidang kesihatan reproduktif dan sosial.


.
.
tidak kasihankah mereka yg tergamak membuangnya??? manakah nilai insani yg wujud sejak berabad lamanya?? pudarkah nilai itu?? padam kah nilai itu?? apa salah anak ini sehingga diperlakukan sedemikian???


Salah satu langkah berkesan dalam menangani masalah buang bayi ialah dengan cara mengurangkan berlakunya perzinaan. Dan caranya yang mudah dan berkesan ialah menggalakkan pasangan remaja itu berkahwin walaupun usia mereka masih muda dan pada masa yang sama masyarakat hendaklah bersama-sama mengurangkan kos perkahwinan. Media massa pula janganlah sesekali membesarkan cerita-cerita mengenai wang hantaran artis yang jumlahnya berpuluh-puluh ribu ringgit dan begitu besar sekali jumlahnya itu. Pihak kerajaan boleh campur tangan dengan mengenakan larangan keatas media menyiarkan malumat mengenai jumlah wang hantaran perkahwinan.


Dengan cara menggalakkan pasangan remaja berkahwin dan merendahkan kos perkahwinan itu pastinya dapat mengurangkan berlakunya perzinaan dan seterusnya mengentikan gejala buang bayi.


Sesungguhnya setiap pasangan mempunyai hasrat untuk berumah tangga. Bagaimana pun kebanyakan mereka terbelenggu oleh masalah tidak cukup duit untuk berkahwin ataupun umur mereka terlalu muda untuk berkahwin. Oleh itu, untuk tidak membebankan golongan muda yang masih tidak mempunyai simpanan mencukupi untuk berkahwin itu, maka masyarakat hendaklah bersedia menurunkan kos perkahwinan seperti mas lahwin dan wang hantaran.


.


Saidina Umar berkata: "Awas! Janganlah kamu melampau dalam memberi mas kahwin kepada wanita kerana sesungguhnya jika wanita itu seorang yang mulia di dunia atau seorang yang bertakwa di sisi Allah, nescaya Rasulullah s.a.w orang yang paling utama berbanding kamu dalam memberi mas kahwin yang banyak. Padahal aku tidak pernah mengetahui Rasulullah s.a.w berkahwin dengan mana-mana isterinya atau mengahwinkan mana-mana puterinya dengan mas kahwin lebih daripada 12 waqyah." (Hadis riwayat Al-Tirmizi )




No comments:

Post a Comment