Perkukuh institusi keluarga elak buang bayi
2010/05/05
Ianya begitu menyayatkan hati dan memilukan sesiapa sahaja yang memandangnya walaupun hanya melalui gambar sahaja. Apatah lagi sekiranya melihat sendiri depan mata. Tentunya sedih, pilu dan marah tidak terkira rasanya. tetapi ibubapa anak-anak yang tidak berdosa itu tak pula merasa apa-apa. Kalau tidak, tentu tidak dibuangnya merata-rata. Apa dah jadi? Adakah bangsaku sebegitu hina?
Faktor utama yang menyebabkan gejala buang bayi ini berleluasa adalah kerana berlakunya pergaulan bebas dan perzinaan secara berleluasa. Tanpa pergaulan bebas dan perzinaan secara berleluasa maka pastinya perkara seumpama ini tidak akan berlaku.
Pergaulan bebas dan perzinaan secara berleluasa berlaku kerana pelbagai sebab antaranya ialah rapuhnya institusi keluarga dan kurangnya penghayatan agama. Apatah lagi dalam keadaan yang serba canggih dan moden, dalam dunia tanpa sempadan yang mana terdapat pelbagai bahan yang menyebabkan nafsu anak-anak muda bahkan anak dara sunti terangsang untuk melakukan hubungan yang terlarang sehinggalah terjadinya perzinaan dan kemudiannya berlakulah pula pembuangan bayi.

Bukan sahaja setakat itu, kadangkala diselitkan dengan adegan-adegan peluk cium dan adegan-adegan yang menjurus kearah perhubungan terlarang. Begitu juga denagn kata-kata yang dituturkan oleh para pelakun didalam program-program TV itu. Ianya semuanya mengajar kita dan juga mengajar anak-anak kita menerima budaya pergaulan bebas dan hasilnya, anak-anak kecil yang tidak berdosa dibuang merata-rata dengan begitu hina.


Perkara seumpama ini makin mudah berlaku lagi seandainya keluarga yang berkenaan, keluarga anak-anak gadis itu sendiri tidak mempraktikkan amalan keagamaan. amar makruf wa nahi munkar dalam kehidupan harian mereka. Oleh itu kita dapati, latar belakang keluarga yang terjebak dalam perzinaan dan seterusnya pembuangan bayi adalah terdiri dari mereka yang tidak mengamalkan solat lima waktu bahkan nak membaca Al Qur'an pun tidak tahu. Yang lebih teruknya tak tahu pun nak membaca alfatihah. Jadi bagi mereka segala-galanya bebas apatah lagi sudah tertanam dengan budaya pergaulan bebas yang disajikan setiap hari melaui program TV.
Jadi, jika dinisbahkan dengan hari, maka pada setiap 5 hari 1 jam ada seorang bayi yang dibuang. Allahu akbar, beginilah reality masyarakat kita hari ini.

Sebenarnya, dluar sana begitu ramai anak-anak muda yang hanya menunggu mangsa untuk menjadikan anak-anak gadis yang tidak tahu apa-apa itu untuk dijadikan mangsanya sama ada atas nama untuk membuktikan cinta kononnya atauapun sempena pesta-pesta seperti Sambutan Tahun baru, Sambutan hari kekasih, Sambutan Hari kemerdekaan, Pesta jom heboh, konsert itu, konsert ini dan sebaginya yang dijalankan dari semasa kesemasa.

Program-program itu tidaklah salah, tetapi ada lelaki-lelaki muda yang menunggunya untuk menjadikan anak-anak gadis sebagai mangsa mereka. Oleh itu berlakulah perzinaan secara berleluasa di waktu-waktu puncak itu, diwaktu pesta-pesta itu. Maka selepas itu tunggulah masanya pula untuk musim membuang bayi disana-sini, merata-rata.
Yalah masakan tidak, apabila dah melahirkan bayi, masa itulah baru timbulnya perasaan takut, malu kepada keluarga serta masyarakat serta takut untuk menanggung bebanan mental, masa dan juga kewangan untuk menjaga bayi yang baru lahir itu, apatah lagi si teman lelaki dah pun lesap menghilangkan diri atau berbuat tidak tahu apa yang terjadi. Kesiannya anak-anak gadis kita yang jadi mangsanya. Jadi tanpa berfikir panjang lagi, mereka hanya mahu membuang bayi yang mereka lahirkan itu tanpa mengira apa yang akan jadi, juga tanpa mengira tempatnya.
Secara ringkasnya, pembuangan bayi adalah kerana tekanan dan malu yang terpaksa ditanggung oleh si-ibu bayi itu yang melakukan perzinaan dan mengandung di luar perkahwinan.

Apakah faktor-faktor lain yang mendorong berlakunya perzinaan yang membawa kepada lahirnya bayi tanpa nikah, tanpa perkahwinan dan tidak sah taraf itu?
Penyebaran filem-filem berunsur lucah, penyebaran gamabr-gambar lucah mealu telefon bimbit, penghantaran mesj-mesej lucah serta program hiburan melampau juga menjadi faktor berlakunya zina seterusnya membawa kepada lahirnya bayi tidak sah taraf.
Bagaimanpun perkara-perkara ini memerlukan komitmen pihak kerajaan sebagai pihak yang berkuasa. Tanpa komitmen pihak kerajaan, maka segala apa yang kita lakukan adalah sia-sia, seumpama mencurahkan air kedaun keladi. tak nampak kesannya. Ini adalah kerana apa yng kita lakukan hanya memberikan kesan yang minima. Tetapi bagaimanapun, ianya lebih baik dari tidak melakukan ap-apa.

Oleh itu alangkah baiknya kiranya kita semua bangkit mendesak kerajaan melaksanakan hukum hudud, memperbanyakkan program-program bina diri dan keagamaan di TV, mengelakkan penyiaran program-program yang bertentangan dengan nilai budaya Islam serta mengurangkan aktiviti-aktiviti yang menjurus kearah berlakunya pegaulan bebas, perzinaan dan pembuangan bayi. Jika tidak hapuslah bangsa kita. Jika tidak akan terhapuslah bangsa melayu ini. Dahlah bilangan orang melayu ini dah pun kecil, dilanda pula dengan masalah-masalah macam ini. Jadi pastinya terhapuslah bangsa Melayu di muka bumi ini.
Oleh itu, kita tidak boleh lagi membiarkan perkara in berlaku, seandainya kita sayangkan bangsa melayu, tidak mahu bangsa melayu pupus di dunia. lakukanlah sesuatu. Hapuskan UMNo dan BN yang tidak melakukan apa, UMNo dan BN hanya membiarkannya sahaja, tanpa melakukan apa-apa, UMNO/BN hanyut dengan labu-labunya. Bahkan UMNO/BN lah yang menggalakkan perkara ini berlaku, menggalakan berlakunya pergaulan bebas, mengubah cara kita berfikir dan bertindak mealui pelbagai program yang ditaja, di anjur dan digalakkanya. Akibatnya pupyslah Bngsa melayu.
Jadi
HIDUP UMNO, PUPUS MELAYU. HAPUS UMNO, HIDUP MELAYU
HIDUP MELAYU, HAPUSKAN UMNO!
Jadi berjuanglah
berjuanglah bangsaku
bangsa melayu
Berjuanglah untuk memastikan melayu,
melayu tidak akan hilang di dunia ini,
berjaunglah, berjuanglah,
bangsaku,
Bangsaku,
Ingatlah segala-galanya,
Segala-galanya atas kehendak kita sendiri,
untuk memastikan melayu tidak akan hilang di dunia ini,
Ya Bangsaku,
Ingatlah segala-galanya,
Segala-galanya atas kehendak kita,
Kita yang akan menentukannya,
Ya Ingatlah segala-galanya,
Segala-galanya atas kehendak kita,
Segala-galanya atas tindakan kita,
Ya segala-galanya atas tindakan kita,
Kita yang akan menentukan sama ada Melayu terus ada didunia atau tiada!
HANCUR UMNO, MUSNAHKAN UMNO,
itulah tekad ku
agar Hidup Bangsaku,
HIDUP MELAYU!
HIDUP MELAYU!
HIDUP MELAYU!!
No comments:
Post a Comment