Taubat tauke dadah

AIR mata Roslan, 22, (bukan nama sebenar) mengalir deras semasa ditemu bual Jurnal di Pusat Pemulihan Akhlak S.I.D.I.M yang terletak di Bukit Beruntung, Rawang, Selangor Selasa lalu.
Baru berusia 22 tahun, dia menjadi seorang penagih sejak umur belasan tahun lagi.
Syabu, ganja dan pil khayal merupakan kegemarannya malah dia turut menjadi pengedar dadah jenis itu. Soal wanita dan seks usah cerita. Roslan juga pernah pukul orang dan ‘menyita’ rumah mangsa.
Menurut Roslan, dia terpengaruh dengan najis dadah sejak bersekolah menengah di Terengganu.
“Semuanya kerana kesalahan saya sendiri yang terlalu mengikutkan nafsu. Semasa di sekolah rendah lagi saya belajar menghisap rokok,” kata anak sulung daripada empat adik-beradik ini.
Asalnya cerita
Menurut Roslan, dia berasal daripada keluarga berada yang memudahkan dia mendapatkan wang untuk membeli dadah.
“Duit yang diberikan ayah saya gunakan untuk membeli dadah, ponteng sekolah dan melepak di rumah rakan sambil menyedut benda haram itu.
“Pernah satu ketika, saya menghisap dadah bersama lebih 10 rakan sekolah termasuk seorang wanita. Kerana khayal, kami melakukan hubungan seks dengan wanita itu secara bergilir-gilir,” ujarnya.
Langkah Roslan semakin panjang sebaik sahaja mengikuti keluarganya berpindah ke Ampang, Selangor selepas tamat tingkatan lima. Di Ampang, dia mengenali seorang pengedar dan pembekal dadah dari Asia Barat bernama Kamal (bukan nama sebenar).
“Biasalah pada masa itu saya ketagihan dadah dan perlu mencari stok daripada pembekal. Kamal menyewa di kondominium yang sama dengan keluarga saya tinggal.
“Bagai pucuk dicita ulam mendatang, saya terus mendapatkan bekalan daripada Kamal secara berterusan sehingga menjadi salah seorang pengedar untuknya,” kata Roslan.
Ujar Roslan, kehidupan Kamal cukup mewah hasil jualan dadah. Kamal menyalahgunakan visa pelajarnya untuk membuat bisnes dadah di negara ini.
Hidup mewah
Walaupun baru dua bulan menetap di negara ini, Kamal hidup mewah sehingga mampu membeli sebuah kereta BMW 7 Series secara tunai.
Kata Roslan lagi, Kamal memperoleh bekalan dadah dari Iran dan Thailand yang diseludup masuk ke negara ini.
Lebih mengejutkan, Kamal juga memiliki makmal memproses dadah di rumahnya. Salah seorang orang kepercayaan Kamal ialah Roslan sendiri.
“Bukan sukar untuk menjual dadah terutama syabu. Pelanggan akan telefon untuk mendapatkan stok.
“Saya atau orang suruhan akan menghantarnya kepada mereka.
“Kami akan berjumpa pelanggan di restoran ataupun pusat beli-belah. Pelanggan akan membayar wang dahulu dan barang akan diserahkan kemudian,” katanya.
Tambahnya, stok dadah yang siap dibungkus dengan plastik akan diberikan semasa pelanggan memberhentikan kenderaan di lampu isyarat jalan raya.
‘Kerjaya’ Roslan sebagai pengedar dadah membolehkan dia hidup mewah.
Malah, semasa berumur 18 tahun dia telah mempunyai 10 orang ‘anak buah’ yang membantunya menjalankan kegiatan pengedaran dadah di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
Orang bawahan Roslan juga terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah serta pelajar universiti.
Wang tidak menjadi soal baginya. Dia memperoleh RM12,000 seminggu hasil jualan bahan terlarang itu sehingga terpaksa membeli mesin pengira wang untuk mengira ‘keuntungannya’ itu.
“Bayangkan sampai satu peringkat saya pernah tidur dengan duit puluhan ribu ringgit.
“Hasil wang haram itu saya gunakan untuk membeli barangan mewah seperti telefon bimbit, pakaian dan jam tangan berjenama.
“Perempuan pula ibarat pakai dan buang sahaja. Setelah puas melakukan hubungan seks dan mempermainkan mereka, mereka saya tinggalkan,” bicaranya.
Cacing kepanasan
Roslan memberitahu, dia juga melakukan hubungan seks dengan penagih di kalangan wanita yang tidak mempunyai wang untuk membayar bekalan dadah.
“Pelanggan perempuan yang sudah khayal pula saya dan kawan-kawan ‘kerjakan’ sehingga ada yang menjadi perempuan simpanan semata-mata untuk memuaskan nafsu dengan upahnya hanyalah bekalan syabu,” katanya.
Roslan memberitahu, dia pernah menyita barangan pasangan suami isteri yang tidak mampu melunaskan bayaran stok dadah yang mereka beli.
“Saya ambil semua barangan mereka.
“Televisyen, perabot dan pakaian sehingga mereka tinggal sehelai sepinggang sahaja.
“Bahkan ada penagih yang saya suruh mereka memukul ibu dan keluarga mereka untuk mendapatkan wang, meragut, menjual motosikal dan kereta.
“Ada juga yang menjual anak mereka kepada ah long kerana terpaksa membayar hutang bekalan dadah,” kata Roslan.
Namun, Allah S.W.T masih memberikan ruang untuk Roslan insaf. Kamal telah ditangkap polis kerana mengedar dadah.
Tumbuk ayah
Roslan bernasib baik kerana dia tertidur di rumah anak buahnya semasa penangkapan itu.
“Sebenarnya sejak terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah hidup saya seperti cacing kepanasan.
“Setiap masa saya berasa terlalu takut dan resah. Bayangkan siren kereta peronda polis menyebabkan saya lari bersembunyi.
“Saya juga pernah turun naik tangga dari pagi hingga ke lewat malam di rumah kerana takut ditangkap polis dan sering bermimpi akan digantung kerana kesalahan mengedar dadah,” ujarnya.
Tetapi tidak lama selepas itu Roslan ditahan pihak berkuasa kerana bersubahat dengan Kamal.
“Ayah telah menjamin saya. Sebelum ini beribu kali dia nasihatkan saya tetapi tidak pernah diendahkan malah saya tumbuk dan pukul dia pula.
“Dia meminta saya memasuki pusat pemulihan S.I.D.IM untuk menjalani rawatan.
“Entah mengapa saya bersetuju pada masa itu dan kini saya telah dua bulan berada di sini (Rumah S.I.D.IM)
“Banyak kesalahan telah saya lakukan.
“Adakah dosa saya akan diampunkan kerana merosakkan individu, keluarga, masyarakat dan agama sendiri,” katanya sebak.
ULASAN
Sememangnya dalam kebanyakan kes kelahiran anak luar nikah bermula dengan pelajar-pelajar sekolah ponteng sekolah ikut teman lelaki, kemudiannya hisap rokok dan pergi kesana sini dan akhirnya terjerat dalam jerat dadah. Akhirnya dengan rela hati menyerahkan maruah diri untuk mendapatkan dadah.
Apatah lagi kerajaan pimpinan UMNO begitu menggalakkan program-program hiburan yang menjurus kearah penerimaan budaya pergaulan bebas sebagai corak hidup. Maka dengan itu, anak-anak remaja tidak menganggap hubungan luar nikah itu sebagai bersalah dan dengan itu mereka tidak ada rasa takut-takut untuk melakukannya. Hanya apabila bayi dah lahir barulah rasa malu dan barulah memikirkan bebanan kewangan yang terpaksa ditanggungnya. Oleh sebab itulah bay-bayi yang dilahirkan mereka itu, dibuangnya begitu sahaja.
Jadi sekali jelaslah bahawa, gejala sosial dan buang bayi ini aadalah berpunca dari UMNo. Marilah kita hancurkan UMNo, barulah selamat negara kita.
No comments:
Post a Comment