SESIAPA saja mempunyai naluri ingin hidup berpasangan dengan pilihan hati masing-masing. Hanya melalui ikatan perkahwinan saja seseorang itu dapat memenuhi tuntutan syahwatnya melalui cara yang halal.

SEMOGA KEKAL SELAMANYA...perkahwinan bukan sekadar memenuhi keperluan syahwat tetapi pengisian nilai agama sangat penting dalam membentuk keluarga harmoni.
SEMOGA KEKAL SELAMANYA...perkahwinan bukan sekadar memenuhi keperluan syahwat tetapi pengisian nilai agama sangat penting dalam membentuk keluarga harmoni.
Dalam Islam, hubungan yang dihalalkan melalui pernikahan itu bukan sekadar memenuhi hawa nafsu semata-mata tetapi ia adalah ibadah bertujuan melahirkan generasi dan zuriat soleh sebagai penyambung keturunan.

Al-Quran menjelaskan pernikahan adalah untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan.

Allah berfirman yang bermaksud: "Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah itu bahawa Dia jadikan bagi kamu pasangan hidup agar kamu mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan bersamanya. Kemudian Allah ciptakan di antara kamu berdua mawaddah dan rahmah." (Surah al-Rum ayat 21).

Begitu indah perencanaan Allah yang menjadikan manusia melalui fitrahnya untuk hidup berkasih sayang bersama pasangannya.

Allah menciptakan manusia berpasang-pasangan agar manusia dapat hidup lebih teratur selain dapat berkongsi suka duka bersama.

Namun bukan mudah untuk memenuhi tuntutan sebagai pasangan suami isteri kerana perkahwinan perlu pengorbanan dan tanggungjawab.

Perkembangan dunia moden sekarang tidak menidakkan setiap orang amat mudah berjumpa dan mengenali 'calon berpotensi' untuk dijadikan teman hidup.


Malangnya, kebebasan dengan budaya berpasangan dibimbangi mengundang banyak masalah terutama aktiviti seks sebelum berkahwin.

Adalah amai bersetuju sekiranya perkahwinan dipercepatkan. Namun, kita mungkin biasa dengar ada yang mengatakan; "Kejar cita-cita dulu baru kejar cinta", "esok anak dengan bini kamu nak bagi makan pasir?" apabila menyatakan hasrat mahu mendirikan rumah tangga dalam keadaan belum bersedia.

Malah, ada beranggapan berkahwin pada usia muda mendatangkan pelbagai masalah. Lebih buruk, ia membabitkan campur tangan ahli keluarga bakal pasangan seperti adik beradik yang mempengaruhi keputusan ibu bapa dalam menyatakan soal sesuai atau tidak pasangan terbabit.

Bagaimanapun, ia terpulang kepada diri masing-masing yang membawa haluan. Yang penting mereka perlu bijak dan bersedia mental dan fizikal sebelum melangkah ke alam yang penuh dugaan dan tanggungjawab itu.

Perkahwinan dalam usia muda memang baik bagi mengelak perilaku sumbang pasangan yang sedang bercinta.


Perkahwinan adalah sunnah Rasulullah. Tidak kira pada usia berapa pun, jika sampai jodoh dan ketentuan Ilahi, apa saja kehendak-Nya pasti akan berlaku.

Pada zaman dahulu, pasangan muda mendirikan rumah tangga dianggap perkara biasa, namun tidak pula pada zaman sekarang.

Ramai anak gadis menamatkan zaman bujang ketika usia belasan tahun. Mereka menganggap jika lambat kahwin nanti tidak 'laku' selain ibu bapa bimbang anak mereka melakukan perbuatan luar batasan.

Tidak dinafikan peluang melanjutkan pelajaran tidak seluas sekarang. Tidak hairanlah anak gadis di zaman dulu tamat saja persekolahan peringkat menegah terus mendirikan rumah tangga.

Mereka dinilai jika pandai melakukan kerja rumah seperti memasak, mengemas rumah dan menjaga adik-beradik sudah dikira layak untuk berkahwin.

Hari ini ramai menyambung yang pengajian ke peringkat lebih tinggi dan mahu mengecapi kejayaan dahulu sebelum memikirkan soal perkahwinan.

Pujian dan galakan perlu diberikan kepada mereka yang 'berani' meninggalkan keseronokan hidup membujang dengan membuat keputusan untuk berkahwin muda.

Sesetengah pihak beranggapan remaja berusia bawah 20 tahun masih 'mentah' untuk mengharungi kehidupan berumahtangga.

Tetapi, perasaan itu pasti bertukar apabila mereka sudah mengalami sendiri pengalaman memikul tanggungjawab sebagai suami isteri.

Jika ditentukan kita berkahwin dalam usia muda, mungkin itu jalan terbaik yang Allah tentukan untuk kita.


Perkahwinan pada usia muda adalah cabaran besar kerana ia membabitkan sensitiviti, emosi serta perasaan cemburu tidak kiralah suami atau isteri.

Justeru, perlu wujud persefahaman dalam memahami keperluan masing-masing. Bagi pasangan yang bercadang mendirikan rumah tangga pada usia muda, kisah puteri kesayangan Rasulullah, Fatimah az-Zahra serta Saidina Ali boleh dijadikan contoh.

Ketika berkahwin, Fatimah berusia 18 tahun mendapat bekas air diperbuat daripada kulit, sebuah kendi tanah, sehelai tikar dan batu penggiling jagung sebagai mahar daripada ayahnya.


Nabi juga pernah berkata kepada puterinya, "Anakku, aku menikahkanmu dengan lelaki yang kepercayaannya lebih kuat dan lebih tinggi daripada yang lainnya, dan seorang yang menonjol dalam hal moral dan kebijaksanaan." Fatimah melaksanakan tugasnya sebagai isteri seperti mengambil air telaga dan menggiling jagung manakala Ali pula keluar bekerja mencari nafkah.

Mereka terkenal dengan budi pekerti tinggi dan bersifat dermawan. Fatimah meninggal dunia di sisi Ali dan anaknya ketika berusia 28 tahun iaitu enam bulan selepas kewafatan Rasulullah.

Rasulullah pernah menyatakan, Fatimah akan menjadi 'ratu segenap wanita di syurga'. Ada kaum lelaki dan ada pula kaum perempuan. Begitulah unik dan rahmat Allah menjadikan alam ini untuk hamba-Nya renungi.

Sebab itu, Rasulullah memberi bimbingan kepada manusia agar memilih pasangan atas empat perkara iaitu kecantikan, keturunan, kekayaan dan agamanya.

Namun, lebih utama dari empat perkara berkenaan adalah agama yang menjadi tunjang kepada kebahagiaan rumah tangga yang dibina.

Pernikahan adalah alat mencipta keluarga bahagia. Ia bukan sekadar memenuhi keperluan syahwat semata-mata tetapi pengisian nilai agama sangat penting dalam membentuk keluarga yang harmoni.

Ekonomi kukuh, mengenali pasangan dengan lebih rapat, kesabaran serta persediaan psikologi adalah persediaan penting dalam mengharungi cabaran alam rumah tangga.

Maka, sesiapa yang mampu dan bersedia untuk berkahwin elok mereka segera berbuat demikian. Kalau hendak difikirkan soal duit, sampai bila-bila pun ia sentiasa tidak mencukupi. Allah sudah menjanjikan pelbagai nikmat dan ganjaran bagi mereka yang melakukan ibadah kahwin ini.

Hadis Rasulullah yang diriwayatkan Imam Al-Bukhari mengatakan bahawa: "Sesiapa yang mampu, berkahwinlah kerana ia lebih memelihara mata dan menjaga faraj. Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin hendaklah ia berpuasa kerana puasa adalah penahan hawa nafsu...."

Pensyarah Jabatan Asas Pendidikan dan Kemanusiaan, Universiti Malaya (UM), Rahimi Saad, berkata perkahwinan perlu dirancang kerana ada perbezaan hukum kahwin iaitu harus, sunat, wajib bahkan haram.


"Perlu lihat kemampuan untuk menguruskan tanggungjawab selepas kahwin. Kebaikan kahwin awal dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan salah laku nafsu disamping mempercepatkan kematangan.


"Keburukan kahwin awal adalah akan wujudnya hubungan 'fragile' jika sebarang masalah tidak dapat diurus dengan baik," katanya.


Rahimi berkata perkahwinan adalah jalan keluar bagi menghalalkan hubungan tetapi kemampuan melaksanakan tanggungjawab itu tidak terletak pada umur tetapi terletak pada sikap serta kematangan.

"Kerana itu penilaian terhadap kemampuan untuk membina rumah tangga perlu dilihat secara menyeluruh.


"Tidak dinafikan bahawa keselesaan (bukan kemewahan) hidup penting dalam kehidupan rumah tangga. Jadi, kos untuk mewujudkan keselesaan hidup berbeza antara dulu dan sekarang," katanya.


Beliau berkata berkenaan rezeki selepas berkahwin tidak perlu dirisaukan kerana Allah memberi jaminan terhadapnya.

"Bab rezeki memang tidak perlu dibimbangi kerana itu adalah jaminan Allah kepada hamba-Nya tetapi kita perlu berusaha mencari nafkah buat keluarga," katanya.



“Sesiapa yang tidak peduli urusan umat Islam, dia bukan dari kalangan mereka”. (Hadis)

GAMBAR-GAMBAR BAYI DIBUANG

Thursday, May 6, 2010

ADUH DUH DUH, SUSAHNYA NAK KAHWIN DI MALAYSIA NI!

kes 1, Mahu kahwin tetapi ditentang keluarga atas alasan masih belajar dan kekasih tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Enggan terus berzina


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

Soalan

SAYA pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) berusia 22 tahun dan mempunyai masalah yang sudah setahun menghantui hidup saya.

Saya mempunyai kekasih dan dia tidak mempunyai pekerjaan tetap. Bagaimanapun, dia mempunyai pendapatan lumayan hasil daripada kerjanya sebagai pemandu pelancong dan pemandu kenderaan apabila ada orang ingin melancong ke negara jiran.




Buat pengetahuan Dr, kami sudah pun berulang kali terlanjur. Saya ada menyatakan hasrat untuk berkahwin bagi mengelakkan kami terus dibelenggu dosa dan dia dah pun bersetuju.


Namun, apabila saya menyuarakan hasrat untuk berkahwin, keluarga menentang dengan alasan saya masih belajar dan kekasih saya pula tidak mempunyai pekerjaan tetap. aduh, duh, duh.

Disebabkan tentangan keluarga itu, saya pernah terfikir untuk bernikah di Siam. Namun, apabila memikirkan saya memerlukan pernikahan yang diresui oleh keluarga, maka saya pun telah membatalkan hasrat di Siam.

Walaupun saya telah berulang kali memujuk keluarga tetapi tetap tidak berhasil. Saya dan kekasih cuma inginkan hubungan yang halal bagi kami dan ingin mengakhiri episod dosa yang kami lakukan.

Dr, apa yang harus saya lakukan? Adakah saya patut bernikah saja di Siam tanpa pengetahuan keluarga atau kami terus dengan hidup yang penuh dosa jika saya perlu menunggu pihak keluarga memberikan restu kepada hubungan kami.

Gadis Keliru.
KEDAH

JAWAPAN:
ZINA adalah terlarang dan perlu dijauhi. Firman Allah dalam surah Al-Israa, ayat 32 yang bermaksud: "Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)".


Memandangkan adik dan kekasih sudah terlanjur, pengurusan masalah perlu dilakukan dengan sebaik mungkin dan berlandaskan agama. Niat adik untuk berkahwin itu adalah baik.

Perkahwinan disyariatkan oleh al-Quran, Sunnah dan Ijmak Ulama. Firman Allah, "Dan kahwinilah orang-orang bujang (lelaki & perempuan) dari kalangan kamu dan orang-orang yang soleh dari kalangan hamba-hamba kamu lelaki dan perempuan..." (Surah An-Nur : 32) .



URUSAN PERKAHWINAN PERLU DIMUDAHKAN
Written by ferocidious
Thursday, 03 July 2008 08:00
PDF Print E-mail

Oleh: Hairil Irza bin Ramli



“KUALA LUMPUR, 18 Jun 2008 (Harakah)- Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendaftarkan 70,430 anak luar nikah bagi tempoh lima tahun iaitu daripada 1999 hingga 2003, kata Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Dato' Azmi Khalid.


Menjawab soalan Senator Ustaz Haji Hassan Shukri, beliau memberitahu Dewan Negara daripada jumlah tersebut berdasarkan statistik mengikut agama, anak luar nikah orang Islam paling ramai didaftarkan dengan

1. Selangor seramai 12,836 orang diikuti

2. Perak (9,788),

3. Kuala Lumpur (9,439),

4. Johor (8,920),

5. Sabah (8,435),

6. Negeri Sembilan (4,108),

7. Pahang (3,677),

8. Kedah (3,496),

9. Pulau Pinang (3,412)

10. Melaka (2,707),

11. Kelantan (1,730),

12. Perlis (691),

13. Sarawak (617) dan

14. Terengganu (574) orang anak luar nikah.


Beliau juga mengemukakan statistik pendaftaran anak luar nikah mengikut bangsa dengan Melayu/Bumiputera Sabah dan Sarawak sebanyak 20,949 orang, India (19,581), Cina (18,111) dan kaum-kaum lain sebanyak 11,789 orang.

Manakala statistik pendaftaran mengikut pecahan agama pula, orang Islam mencatat bilangan tertinggi mendaftarkan anak luar nikah seramai 30,978 orang, 18,085 bagi penganut Hindu, 17,236 bagi penganut Buddha, seramai 3395 orang Kristian dan 736 orang anak luar nikah daftarkan mengikut agama-agama lain”.

Manakala satu hasil kajian Persepsi Mahasiswa Terhadap Isu– isu di IPT yang dijalankan oleh Prof. Madya Dr. Sufian Hashim dari UKM yang menunjukkan 58.3% daripada 880 orang responden setuju hubungan seks luar nikah sesama mahasiswa berlaku secara berleluasa di Institut Pengajian Tinggi (IPT) sekarang. Manakala 12% responden tidak bersetuju dengan penyataan ini dan 29.5% responden tidak pasti.


Petikan keratan akhbar dan kajian di atas telah membayangkan kepada kita betapa seriusnya kerosakan masyarakat Islam Malaysia hari ini khususnya golongan muda-mudi. Kadar peningkatan anak luar nikah sudah tentu berkait rapat dengan aktiviti perzinaan dan pelacuran yang rata–ratanya melibatkan golongan muda.

Antara faktor penting yang menggalakkan aktiviti zina ialah kurangnya penghayatan terhadap agama, rakan–rakan yang tidak berakhlaq, sikap ibubapa yang tidak mengambil berat hal–ehwal anak mereka, penganjuran program hiburan yang melampau dan media yang hanya memikirkan keuntungan semata–mata dengan menyiarkan gambar, drama dan filem separa lucah.


Namun, di sana hakikatnya terdapat satu lagi faktor yang juga menyumbang kepada penzinaan tetapi ianya dipandang sepi disebabkan ia sudah sebati di dalam masyarakat Malaysia khususnya Melayu Islam. Faktor tersebut adalah penetapan maskahwin dan wang hantaran yang terlalu tinggi, yang menyusahkan urusan perkahwinan anak-anak muda dengan mengadakan pelbagai peraturan tambahan yang sebenarnya adalah tidak perlu dan menyusahkan bahkan menghalang niat anak-anak gadis berkahwin pada usia awal.


Oleh itu apabila jalan untuk mereka berkahwin disekat dan dihalang dengan pelbagai cara dan dengan pelbagai alasan, maka sudah pasti ada sebahagian daripada remaja itu yang tidak mampu menahan nafsu mereka. Maka terjadilah perhubungan haram yang sangat-sangat dibenci Allah SWT itu dan kemudiannya berakhir dengan pembuangan bayi seperti yang kelihatan begitu ketara sekarang ini.

Rasulullah SAW berpesan di dalam satu hadith: “Dari ‘Abdullah bin Mas’ud katanya: Telah bersabda Rasulullah SAW kepada kami: Wahai pemuda, barang siapa diantara kamu telah mampu mengeluarkan belanja, maka hendaklah ia berkahwin kerana sesungguhnya perkahwinan itu lebih menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Sekiranya tidak mampu, hendaklah ia berpuasa kerana puasa itu perisai (dari perlakuan maksiat)” (Hadith Sahih.Riwayat al – Bukhari dan Muslim).

“Buatlah walimah walaupun sekadar seekor kambing” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Benar kenyataan ini kerana ia adalah saranan baginda SAW sendiri. Namun, jika dilihat dari waqi’ (keadaan) yang ada hari ini tidak memungkinkan ia dilakukan dengan sebaiknya. Penyakit Ummiyatu Diniyyah (Buta Agama) dikalangan umat Islam sangat ketara.

Mereka hanya Islam pada nama mereka sahaja. Begitu juga dengan persekitaran di Malaysia yang penuh dengan maksiat. Pusat – pusat hiburan, judi, arak dan pelacuran tumbuh bagaikan cendawan.


Begitu juga keadaan didalam rumah kita juga tidak dapat dihindari sepenuhnya kerana terdapatnya pelbagai alat komunikasi yang begitu berpengaruh dan terpaksa kita gunakan. Contohnya siaran televisyen, radio dan kemudahan internet juga merupakan faktor yang menyumbang ke arah kerosakan akhlak anak-anak kita tanpa kita sedari. Apabila anak-anak remaja sering terdedah kepada kemudahan-kemudahan alat komunikasi yang begitu berpengaruh seperti televisyen, radio dan kemudahan internet, maka akan berlakulah perubahan cara pemikiran dan pencemaran budaya. Dengan itu sama ada kita sedari atau tanpa kita sedari sedikit sebanyak anak-anak kita akan menerima budaya pergaulan bebas itu sebagai satu cara hidup yang diterima mereka. Maka dengan itu, rosaklah pemuda-pemudi kita jadinya.


Oleh itu, mahu tidak mahu jalan penyelesaian yang terbaik ialah dengan cara menggalakan anak-anak muda kahwin cepat dan memudahkan urusan perkahwinan. Oleh itu seharusnyalah kita sangat bersetuju apa yang disebut oleh Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, bekas Pensyarah Pengajian Islan USM dan bekas Mufti Perlis di dalam kertas kerja bertajuk Perkahwinan boleh Menghalang Maksiat. Kata beliau: “Urusan perkahwinan pula hendaklah dipermudahkan dengan berpandukan syariat. Kadangkala kesukaran menuju ke gerbang perkahwinan itu menyebabkan sebahagian manusia mencari ruang yang haram"

Ini disebabkan kelemahan diri dan tidak terdaya melawan tuntutan nafsu. Segala adat istiadat perkahwinan yang menyanggahi sunnah hendaklah dihapuskan agar perkahwinan dipermudahkan. Antaranya, meninggikan hantaran perkahwinan, ini sangat menyusahkan urusan yang halal sedangkan agama meminta agar mahar tidak ditinggikan.




Ibn Taimiyah dalam al-Fatwa al-Kubra berkata: "Menjadi suatu sunnah agar dimurahkan mahar." Kembalilah kepada sunnah Rasulullah SAW. Allah SWT apabila Dia mengharamkan zina, dimudahkan pula perkahwinan. Sangat pelik apa yang berlaku hari ini, pernikahan sangat sukar dengan wang hantaran sehingga mencecah puluhan ribu sedangkan zina sangat senang didapati walaupun dengan harga RM10 bahkan ada yang serendah RM5!. Apakah ini tuntutan Islam?


Perkahwinan halal disisi agama Islam bahkan dituntut ke arahnya. Begitu banyak nas – nas dari al – Quran dan as – Sunnah yang menyentuh bab ini. Sesiapapun tidak boleh menafikannya. Firman Allah SWT:


“Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya Kami dan mengingati (kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami)” (Surah adz – Dzariyaat: 49),


“Maha suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya” (Surah Yaasin: 36).


Wahai sekalian manusia! bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut nama-Nya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana Sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawasi) kamu” (Surah al – Nisaa’: 1).


Baginda SAW juga telah menyebut di dalam hadithnya yang menyeru dan menggalakkan umat Islam berkahwin. Antara hadith – hadith tersebut: “

Apabila sesorang hamba berkahwin, ia telah melengkapi separuh dari agamanya. Maka hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dalam memelihara yang lainnya” (Riwayat at – Thabrani dan al – Hakim).

“Ada tiga golongan yang berhak mendapat pertolongan Allah. Iaitu seorang Mujahid di jalan Allah, seorang budak (hamba) yang hendak menebus dirinya supaya merdeka dan seseorang yang ingin berkahwin untuk menjaga kehormatan dirinya” (Riwayat Ahmad).

Bahkan satu ketika, datang 3 orang sahabat r.a menemui isteri Nabi SAW untuk bertanyakan perihal ‘ibadah baginda SAW. Setelah diberitahu, salah seorang daripada mereka berkata: “Adapun aku akan menjauhi wanita dan tidak akan berkahwin selama – lamanya”.

Kata – kata tersebut didengari oleh Rasulullah SAW. Lantas baginda marah, lalu bersabda: “Sesiapa yang tidak menyukai sunnahku, maka ia bukan dari golonganku” (Muttafaqun ‘Alaih). Jelas, Islam menolak perkara – perkara yang menyanggahi fitrah manusia kerana Islam itu sendiri adalah fitrah. Cuma, Islam menyusunnya supaya ia memberi manfaat kepada manusia dan menuju keredhaan Allah SWT.

Islam menghalalkan beribu – ribu jenis minuman kerana minum adalah fitrah manusia, akan tetapi pada masa yang sama ia mengharamkan arak kerana ia jelas memberi mudharat kepada manusia. Begitu juga fitrah hidup berpasangan. Islam meraikannya dan membuka pintu seluas – luasnya kerana fitrah ini jika tidak diraikan dan dikawal akan mengakibatkan mudharat besar yang boleh menghancurkan keturunan manusia akibat merebaknya zina.

Islam bukan sahaja menutup pintu zina bahkan melarang perbuatan – perbuatan yang menghampirinya. Firman Allah SWT:

“Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina adalah perbuatan keji dan jalan yang buruk” (Surah al – Isra’: 32).

“Katakanlah kepada kaum mukminin supaya mereka menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan mereka” (Surah an – Nur: 30).




Islam adalah agama yang mudah dipraktikkan. Firman Allah SWT:

“.....Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmat-Nya kepada kamu, supaya kamu bersyukur (Surah al – Maaidah: 6).


“......Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.....” (Surah al – Baqarah: 185)


x

“Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukum-Nya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah” (Surah an – Nisaa’: 28).


Ini diperkuatkan lagi dengan hadith – hadith Rasulullah SAW yang menyeru umat Islam agar memudahkan sesuatu urusan selagi ia tidak melanggar syara’. Kata seorang sahabat r.a: “(Rasulullah SAW) tidak memilih di antara dua perkara melainkan baginda memilih perkara yang paling mudah selagi ia tidak berdosa” (Riwayat al – Bukhari).


Sabda Rasulullah SAW:

“Sesungguhnya agama itu mudah. Dan tidaklah sesekali seseorang yang menyusahkan urusan agama melainkan ia akan tewas...” (Riwayat al – Bukhari)

“Mudahkanlah janganlah menyusahkan...” (Riwayat al – Bukhari).

Oleh itu apabila ada sesuatu perkara yang menyukarkan pelaksanaan perkara-perkara yang dihalalkan Islam, maka permudahkanlahnya. Manusia apabila dah bersih hatinya, pastinya akan menggemari kepada perkara-perkara yang halal, tetapi sejauh manakah kesabaran itu boleh mengekang nafsu fitrah manusia yang sukakan jantina yang berlainan dengannya.

Maka urusan perkahwinan hari ini khususnya di Malaysia sudah sampai masanya dilonggarkan dan dipermudahkan sebagaimana zaman datuk nenek kita dahulu dan juga sebagaimana di zaman Rasulullah SAW.



Lihatlah sebuah hadith panjang yang diriwayatkan oleh Sahl bin Sa’id as – Sa’idi r.a katanya: Telah datang seorang perempuan kepada Rasulullah SAW, lalu ia berkata: “Wahai Rasulullah, saya datang untuk memberikan diriku kepada tuan. Lalu Rasulullah SAW melihat kepadanya, iaitu baginda memandangnya dari bawah ke atas dan dari atas ke bawah. Kemudian Rasulullah SAW menundukkan pandangannya, lalu perempuan itu menganggap bahawa Rasulullah tidak memutuskan apa – apa tentang dirinya. Kerana itu dia duduk, lalu berdirilah seorang di antara sahabat dan berkata: Wahai Rasulullah, sekiranya engkau tidak berhajat kepadanya, maka kahwinkanlah saya kepadanya.

Lalu baginda bersabda: Apakah engkau mempunyai sesuatu? ia menjawab: Tidak,demi Allah,wahai Rasulullah. Sabdanya: Pergilah kepada keluargamu dan lihat apakah engkau dapat memperoleh sesuatu daripadanya. Lalu ia pergi dan kembali, lalu berkata: Tidak ada, demi Allah, saya tidak mendapatkan apa-apa. Lalu Rasulullah SAW bersabda: Lihatlah, walau sebentuk cincin besi. Maka, ia pun pergi dan kembali semula dan berkata: Tidak. Tidak ada, demi Allah walaupun sebentuk cincin besi, tetapi aku hanya mempunyai kainku ini. Sahl berkata: Ia mempunyai selendang untuk bakal isterinya separuh.


Lalu Rasulullah SAW bersabda: Apa yang engkau lakukan dengan kainmu itu? Jika engkau memakainya, tentu perempuan itu tidak dapat memakainya, dan jika ia memakainya, tentu engkau tidak dapat memakainya. Lalu lelaki itu pun duduklah sehingga beberapa lama, kemudian dia berdiri lagi dan Rasulullah SAW lihat dia berpaling (hendak pergi). Lalu Rasulullah SAW menyuruh orang memanggilnya. Lalu dia pun dipanggil (semula). Maka,apabila dia datang baginda bertanya: Apakah engkau menghafaz sebahagian al-Qur’an? Katanya: Bersamaku ada beberapa surah, dan dia menyebut bilangannya. Tanya baginda: Bolehkah engkau membacanya daripada luar hati engkau (membaca tanpa melihat tulisan)? Jawabnya: Ya!. Sabda baginda: Pergilah, sesungguhnya aku telah menikahkan dia kepadamu dengan (mas kahwin) ayat – ayat al-Qur’an yang telah kamu hafaz itu”. (Hadith Sahih.Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Kata as-Syeikh Sayyid Sabiq satu tajuk perbahasan Kebencian (Islam) terhadap Sikap Melampau di dalam Mahar, kitab Fiqh as-Sunnah jilid ke-2, mukasurat 109: “Dan kebanyakan manusia jahil dalam pendidikan ini, dan menyeleweng daripadanya dan terikut – ikut dengan adat Jahiliyyah yang melampau di dalam kadar mahar...”.

Oleh itu walaupun pihak wanita berhak menetapkan nilai mahar (mas kahwin/wang hantaran) sepertimana firman Allah SWT: “Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya” (An-Nisaa’: 4).

Akan tetapi perlu diingat Islam menyekat pintu mahar yang melampau. Begitu juga dengan persoalan keizinan ibubapa. Terdapat juga dikalangan ibubapa yang sangat sukar memberikan keizinan kepada anaknya untuk berkahwin muda. Mereka akan berusaha sedaya upayanya melawan kehendak si anak untuk mengelakkan anak itu berkahwin dalam usia muda dengan mengemukakan pelbagai alasan seumpamanya

“Nanti nak bagi anak orang makan apa? Pasir?”,

“Tunggulah habis belajar dulu...nanti tak dapat memberikan tumpuan untuk belajar..”,

“Bagilah mak ayah rasa duit gaji kau dulu, baru kahwin”,

“Siapa nak tanggung adik-adik kau belajar?”,

“Takde RM 15000, janganlah nak cakap pasal kahwin!”,

“Abang dan kakak kau pun tak kahwin lagi, mana boleh kau langkah bendul”,

“Dia tu bukan orang Kelantan. Mak dengan ayah nak orang Kelantan jugak,”

“Kita keturunan Syed / Syarifah, carilah yang sama keturunan dengan kita” dan banyak lagi kata-kata ibu bapa yang kurang memahami konsep perkahwinan dalam Islam.


Hentikanlah, hentikanlah sikap yang tidak bermanfaat ini kerana keperluan kepada pasangan hidup itu adalah fitrah manusia. oleh itu tidak mungkin ada mana-mana manusia yang boleh menyekat fitrah semula jadi itu. Jika disekat-sekat, maka sudah tentunya manusia akan memberontak dan akhirnya berlakulah perkara-perkara yang tidak diingini seperti zina, rogol dan sumbang mahram.

Ingatlah, semua manusia mahukan kesempurnaan, tidak ada seorang pun yang tidak mahukan kesempurnaan. Akan tetapi, kita hanyalah mampu berusaha untuk mencari yang terbaik. dan sebaik-baiknya adalah dengan menikut sabda junjungan kita. Sabda Rasulullah SAW: “Dinikahi wanita kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka, pilihlah yang beragama, nescaya engkau beruntung” (Hadith Sahih,Muttafaqun ‘Alaih). Inilah neraca pertimbangan yang perlu dilihat oleh ibubapa dan sesiapa yang ingin berkahwin.

Kepayahan berkahwin di Malaysia tidak terhenti setakat itu sahaja.Ia ditambah lagi dengan perbelanjaan mengadakan walimatul ‘urus yang melebihi had. Sedangkan yang sebenarnya, yang dikehendakki ialah walimatul ‘Urus itu hendaklah diusahakan sesederhana mungkin mengikut kemampuan pasangan yang hendak berkahwin itu, bukannya untuk menunjuk-nunjuk bahawa anaknaya kahwin dengan hantaran kahwin yang begitu tinggi dan orang-orang miskin juga hendaklah dijemput untuk menyertai walimatul urus itu .


Rasulullah SAW bersabda tentang mengundang orang-orang kaya sahaja bererti makanan itu sejelek-jelek makanan. Ini seperti yang banyak berlaku akhir-akhir ini di Malaysia. Ramai golongan Muslim yang kaya-raya mengadakan majlis perkahwinan di hotel-hotel lima bintang dan dewan-dewan eksklusif. Islam tidaklah mengharamkan mengadakan walimah di tempat-tempat ini, akan tetapi kebiasaannya, para tetamu yang dijemput hanyalah di kalangan orang-orang kaya dan ternama.




Ingatlah sabda Nabi SAW: "Makanan paling buruk adalah makanan dalam walimah yang hanya mengundang orang-orang kaya sahaja untuk makan, sedangkan orang-orang miskin tidak diundang. Barangsiapa yang tidak menghadiri undangan walimah, maka ia derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya". (Hadith Sahih Riwayat Muslim dan al-Baihaqi dari Abu Hurairah).


Jelas larangan baginda SAW tentang hal ini. Semua manusia adalah sama disisi Allah SWT melainkan orang yang bertaqwa dan para ulama’. Firman Allah SWT: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu)” (al-Hujerat: 13)


Dan di dalam ayat yang lain, Allah SWT berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman! apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. dan (ingatlah), Allah Maha mendalam pengetahuannya tentang apa yang kamu lakukan” (al-Mujaadilah: 11).

Perkara terakhir yang ingin disentuh ialah mengada-adakan perkara yang jauh daripada prinsip Islam dan seolah-olah meniru tatacara perkahwinan agama lain. Hal ini berlaku dalam beberapa adat perkahwinan masyarakat Melayu seperti bersanding, menepung tawar, memakai pakaian yang tidak menutup ‘aurat khususnya wanita, tabarruj (berhias secara berlebihan), bersalaman antara lelaki dan wanita, berkaraoke atau berhibur secara melampau dan sebagainya.


Firman Allah SWT: " Apakah hukum jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin ?". (Al-Maaidah :50) dan sabda baginda SAW: “Barang siapa meniru sesuatu kaum (tasyabbuh), maka dia (juga) sebahagian dari kaum tersebut”.


Oleh itu jauhilah sikap ini sekalipun ia sudah lama berlaku di dalam adat masyarakat kita kerana banyak adat-adat yang bercanggah ini, asalnya dari agama Hindu yang suatu ketika dahulu menguasai kebanyakan kerajaan Nusantara.


Sikap toleransi yang kuat masyarakat Melayu dahulu sangat meninggalkan kesan buruk kepada perkembangan Islam hari ini. Mereka menerima Hindu, Buddha dan akhirnya menerima Islam. Akan tetapi malangnya pada masa yang sama, tidak mahu meninggalkan adat dan kepercayaan batil Hindu dan Buddha yang diamalkan dahulu bahkan cuba menerapkan unsur-unsur dari dua agama tersebut untuk diselaraskan dan diubahsuai supaya ‘nampak macam Islam’.

Maka, kita menyeru kepada masyarakat Islam Malaysia supaya mengubah sikap dan berlumba-lumba melaksanakan perintah Allah SWT supaya urusan perkahwinan kita diredhai dan diberkati serta dijauhkan dari maksiat. Sesungguhnya permulaaan yang baik menunjukkan kesudahan yang baik juga. Maka, permulaan proses hidup berumah tangga yang baik, akan menatijahkan satu keluarga yang soleh dan ta’at pada perintah Allah SWT. Wallahua’lam.


SUNGAI PETANI 30 Mac - Pihak berkuasa agama setiap negeri dicadang mempermudahkan urusan berkahwin di kalangan muda-mudi bagi menangani gejala negatif seperti kes buang bayi yang makin membimbangkan kebelakangan ini.


Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, langkah tersebut juga dilihat berkesan kerana dapat mengurangkan kes-kes pembuangan bayi terutamanya membabitkan remaja Islam.

Menurut beliau, syarat-syarat yang ketat semasa nikah merupakan punca generasi muda menjalinkan hubungan secara sulit dan sekali gus menyebabkan berlaku tekanan sehingga sanggup membuang bayi. "Semua itu berlaku kerana hubungan mereka tidak direstui.

Tambahan pula apabila hendak berkahwin, macam-macam syarat dan kekangan dikenakan sehingga ia menyusahkan. "Saya melihat daripada melarang hubungan itu, lebih baik kita kahwinkan mereka dengan cara yang mudah tetapi mengikut hukum syarak. "Apabila hubungan menjadi sah, maka tiada lagi tekanan perasaan untuk membuang bayi," katanya.

Sumber : Utusan Malaysia, 31/03/2010



Firman Allah SWT....dlm Surah Al Baqarah Ayat 120

"Dan org2 Yahudi dan Nasrani sekali kali tidak akan rela melihat ummat Islam Teguh dgn agamanya dan berusaha agar ummat Islam mengikut mereka"

Allah SWT telah byk memberikan amaran pd ummat Islam akan perkara2 yg akn dilakukan oleh musuh Islam ini. Byk hadis2 Nabi SAW yg memperkatakan ttg hal begini ...tetapi kita masih juga leka dan masih lena dgn keenakan dunia,ini adalah kerana kita tidak mengambil Islam sebagai Way of LIfe sepenuhnya.

Begitu juga dgn pemerintah kerajaan sekular ubn khasnya amnok di mesia ini begitu kemarok memperkenalkan gagasan 1mesia tanpa memikirkan pegertian yg luas ttg konsep beribadah dlm Islam.Kerajaan ubn malah sedau atau tdk hanya menyempitkan lagi dasar Islam iaitu mencari keredhaan Allah SWT.....Wallahualam.



belum dikemaskini


No comments:

Post a Comment