SESIAPA saja mempunyai naluri ingin hidup berpasangan dengan pilihan hati masing-masing. Hanya melalui ikatan perkahwinan saja seseorang itu dapat memenuhi tuntutan syahwatnya melalui cara yang halal.

SEMOGA KEKAL SELAMANYA...perkahwinan bukan sekadar memenuhi keperluan syahwat tetapi pengisian nilai agama sangat penting dalam membentuk keluarga harmoni.
SEMOGA KEKAL SELAMANYA...perkahwinan bukan sekadar memenuhi keperluan syahwat tetapi pengisian nilai agama sangat penting dalam membentuk keluarga harmoni.
Dalam Islam, hubungan yang dihalalkan melalui pernikahan itu bukan sekadar memenuhi hawa nafsu semata-mata tetapi ia adalah ibadah bertujuan melahirkan generasi dan zuriat soleh sebagai penyambung keturunan.

Al-Quran menjelaskan pernikahan adalah untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan.

Allah berfirman yang bermaksud: "Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah itu bahawa Dia jadikan bagi kamu pasangan hidup agar kamu mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan bersamanya. Kemudian Allah ciptakan di antara kamu berdua mawaddah dan rahmah." (Surah al-Rum ayat 21).

Begitu indah perencanaan Allah yang menjadikan manusia melalui fitrahnya untuk hidup berkasih sayang bersama pasangannya.

Allah menciptakan manusia berpasang-pasangan agar manusia dapat hidup lebih teratur selain dapat berkongsi suka duka bersama.

Namun bukan mudah untuk memenuhi tuntutan sebagai pasangan suami isteri kerana perkahwinan perlu pengorbanan dan tanggungjawab.

Perkembangan dunia moden sekarang tidak menidakkan setiap orang amat mudah berjumpa dan mengenali 'calon berpotensi' untuk dijadikan teman hidup.


Malangnya, kebebasan dengan budaya berpasangan dibimbangi mengundang banyak masalah terutama aktiviti seks sebelum berkahwin.

Adalah amai bersetuju sekiranya perkahwinan dipercepatkan. Namun, kita mungkin biasa dengar ada yang mengatakan; "Kejar cita-cita dulu baru kejar cinta", "esok anak dengan bini kamu nak bagi makan pasir?" apabila menyatakan hasrat mahu mendirikan rumah tangga dalam keadaan belum bersedia.

Malah, ada beranggapan berkahwin pada usia muda mendatangkan pelbagai masalah. Lebih buruk, ia membabitkan campur tangan ahli keluarga bakal pasangan seperti adik beradik yang mempengaruhi keputusan ibu bapa dalam menyatakan soal sesuai atau tidak pasangan terbabit.

Bagaimanapun, ia terpulang kepada diri masing-masing yang membawa haluan. Yang penting mereka perlu bijak dan bersedia mental dan fizikal sebelum melangkah ke alam yang penuh dugaan dan tanggungjawab itu.

Perkahwinan dalam usia muda memang baik bagi mengelak perilaku sumbang pasangan yang sedang bercinta.


Perkahwinan adalah sunnah Rasulullah. Tidak kira pada usia berapa pun, jika sampai jodoh dan ketentuan Ilahi, apa saja kehendak-Nya pasti akan berlaku.

Pada zaman dahulu, pasangan muda mendirikan rumah tangga dianggap perkara biasa, namun tidak pula pada zaman sekarang.

Ramai anak gadis menamatkan zaman bujang ketika usia belasan tahun. Mereka menganggap jika lambat kahwin nanti tidak 'laku' selain ibu bapa bimbang anak mereka melakukan perbuatan luar batasan.

Tidak dinafikan peluang melanjutkan pelajaran tidak seluas sekarang. Tidak hairanlah anak gadis di zaman dulu tamat saja persekolahan peringkat menegah terus mendirikan rumah tangga.

Mereka dinilai jika pandai melakukan kerja rumah seperti memasak, mengemas rumah dan menjaga adik-beradik sudah dikira layak untuk berkahwin.

Hari ini ramai menyambung yang pengajian ke peringkat lebih tinggi dan mahu mengecapi kejayaan dahulu sebelum memikirkan soal perkahwinan.

Pujian dan galakan perlu diberikan kepada mereka yang 'berani' meninggalkan keseronokan hidup membujang dengan membuat keputusan untuk berkahwin muda.

Sesetengah pihak beranggapan remaja berusia bawah 20 tahun masih 'mentah' untuk mengharungi kehidupan berumahtangga.

Tetapi, perasaan itu pasti bertukar apabila mereka sudah mengalami sendiri pengalaman memikul tanggungjawab sebagai suami isteri.

Jika ditentukan kita berkahwin dalam usia muda, mungkin itu jalan terbaik yang Allah tentukan untuk kita.


Perkahwinan pada usia muda adalah cabaran besar kerana ia membabitkan sensitiviti, emosi serta perasaan cemburu tidak kiralah suami atau isteri.

Justeru, perlu wujud persefahaman dalam memahami keperluan masing-masing. Bagi pasangan yang bercadang mendirikan rumah tangga pada usia muda, kisah puteri kesayangan Rasulullah, Fatimah az-Zahra serta Saidina Ali boleh dijadikan contoh.

Ketika berkahwin, Fatimah berusia 18 tahun mendapat bekas air diperbuat daripada kulit, sebuah kendi tanah, sehelai tikar dan batu penggiling jagung sebagai mahar daripada ayahnya.


Nabi juga pernah berkata kepada puterinya, "Anakku, aku menikahkanmu dengan lelaki yang kepercayaannya lebih kuat dan lebih tinggi daripada yang lainnya, dan seorang yang menonjol dalam hal moral dan kebijaksanaan." Fatimah melaksanakan tugasnya sebagai isteri seperti mengambil air telaga dan menggiling jagung manakala Ali pula keluar bekerja mencari nafkah.

Mereka terkenal dengan budi pekerti tinggi dan bersifat dermawan. Fatimah meninggal dunia di sisi Ali dan anaknya ketika berusia 28 tahun iaitu enam bulan selepas kewafatan Rasulullah.

Rasulullah pernah menyatakan, Fatimah akan menjadi 'ratu segenap wanita di syurga'. Ada kaum lelaki dan ada pula kaum perempuan. Begitulah unik dan rahmat Allah menjadikan alam ini untuk hamba-Nya renungi.

Sebab itu, Rasulullah memberi bimbingan kepada manusia agar memilih pasangan atas empat perkara iaitu kecantikan, keturunan, kekayaan dan agamanya.

Namun, lebih utama dari empat perkara berkenaan adalah agama yang menjadi tunjang kepada kebahagiaan rumah tangga yang dibina.

Pernikahan adalah alat mencipta keluarga bahagia. Ia bukan sekadar memenuhi keperluan syahwat semata-mata tetapi pengisian nilai agama sangat penting dalam membentuk keluarga yang harmoni.

Ekonomi kukuh, mengenali pasangan dengan lebih rapat, kesabaran serta persediaan psikologi adalah persediaan penting dalam mengharungi cabaran alam rumah tangga.

Maka, sesiapa yang mampu dan bersedia untuk berkahwin elok mereka segera berbuat demikian. Kalau hendak difikirkan soal duit, sampai bila-bila pun ia sentiasa tidak mencukupi. Allah sudah menjanjikan pelbagai nikmat dan ganjaran bagi mereka yang melakukan ibadah kahwin ini.

Hadis Rasulullah yang diriwayatkan Imam Al-Bukhari mengatakan bahawa: "Sesiapa yang mampu, berkahwinlah kerana ia lebih memelihara mata dan menjaga faraj. Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin hendaklah ia berpuasa kerana puasa adalah penahan hawa nafsu...."

Pensyarah Jabatan Asas Pendidikan dan Kemanusiaan, Universiti Malaya (UM), Rahimi Saad, berkata perkahwinan perlu dirancang kerana ada perbezaan hukum kahwin iaitu harus, sunat, wajib bahkan haram.


"Perlu lihat kemampuan untuk menguruskan tanggungjawab selepas kahwin. Kebaikan kahwin awal dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan salah laku nafsu disamping mempercepatkan kematangan.


"Keburukan kahwin awal adalah akan wujudnya hubungan 'fragile' jika sebarang masalah tidak dapat diurus dengan baik," katanya.


Rahimi berkata perkahwinan adalah jalan keluar bagi menghalalkan hubungan tetapi kemampuan melaksanakan tanggungjawab itu tidak terletak pada umur tetapi terletak pada sikap serta kematangan.

"Kerana itu penilaian terhadap kemampuan untuk membina rumah tangga perlu dilihat secara menyeluruh.


"Tidak dinafikan bahawa keselesaan (bukan kemewahan) hidup penting dalam kehidupan rumah tangga. Jadi, kos untuk mewujudkan keselesaan hidup berbeza antara dulu dan sekarang," katanya.


Beliau berkata berkenaan rezeki selepas berkahwin tidak perlu dirisaukan kerana Allah memberi jaminan terhadapnya.

"Bab rezeki memang tidak perlu dibimbangi kerana itu adalah jaminan Allah kepada hamba-Nya tetapi kita perlu berusaha mencari nafkah buat keluarga," katanya.



“Sesiapa yang tidak peduli urusan umat Islam, dia bukan dari kalangan mereka”. (Hadis)

GAMBAR-GAMBAR BAYI DIBUANG

Saturday, May 15, 2010

Hamil sebelum nikah

Kaunselor
Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .


Bersama Dr Rubiah K Hamzah (Pakar Motivasi)
bminggu@bharian.com.my
2010/05/16

pix_gal0
Wanita mengandung dua bulan resah tunang lengah perkahwinan

Soalan:

Tunang saya bersikap sambil lewa dan melengah-lengahkan tarikh perkahwinan kami sedangkan saya sudah hamil dua bulan hasil perhubungan kami berdua. Saya sanggup buat apa saja demi untuknya tetapi takut memaklumkan keluarga keadaan diri ini yang sebenarnya. Setiap kali saya tanyakan tunang bila tarikh sesuai berkahwin, dia mengelak. Saya buntu, Umi...apa harus saya lakukan? Tunang Menderita

Jawapan:
Salam Tunang Menderita. Terima kasih kerana masih ada kekuatan dan mampu berkongsi masalah dengan Umi. Apa yang anda alami adalah masalah besar yang kerap terjadi kepada pasangan kekasih yang membina cinta bertunjangkan nafsu dan bukan cinta suci dan kesetiaan abadi.

Tunangan anda tidak langsung menghormati anda sebagai bakal isteri tercinta sedangkan anda pula mencintainya membabi buta, hingga sanggup menggadai kesucian diri dan maruah, menjadi mangsa nafsu seksnya walaupun belum menjadi isteri. Sedangkan tunangan anda hanya mahu menikmati tubuh anda saja, lalu berlepas tangan daripada kesalahannya.


Malah mungkin akan menggunakan keadaan anda sekarang sebagai alasan untuk dia enggan menikahi anda dengan mungkin menuduh anda berlaku curang dengan orang lain. Inilah bentuk cinta yang akhirnya anda terjebak sendirian dan dia cuba melepaskan diri dengan cara melewatkan perkahwinan yang sudah dirancang bersama.

Keadaan ini seharusnya membolehkan anda membuat kesimpulan adakah tunangan anda ini akan menjadi suami yang bertanggungjawab atau sebaliknya kerana dia menikahi anda secara paksa. Dia juga tidak menghormati orang tua dan keluarga anda dan keluarganya dengan cara mencemari nama baik orang tuanya.

Anda akan lebih malang lagi jika keluarga lelaki tidak mahu atau enggan menerima anda sebagai menantu mereka kerana mengandung anak luar nikah yang belum pasti berpunca dari anak lelakinya. Bayangkan jika dia tidak bertanggung jawab terhadap masalah ini? Pada kebiasaannya perkahwinan sebegini andai berlaku, ia sulit untuk dipertahankan.

Namun anda harus berusaha untuk dinikahi dalam apa keadaan apa sekali pun. Oleh itu anda tidak boleh menyelesaikannya dengan hanya menyerahkan urusan itu kepada tunangan anda saja. Anda perlu berani berterus-terang dengan ibu bapa kedua-dua belah pihak dan membawa mereka terbabit secara langsung dalam soal urusan perkahwinan anda.

Anda tidak boleh berdolak-dalik dengan orang tua anda sendiri, malah tidak boleh menyembunyikan kandungan anda daripada pengetahuan keluarga tunang anda. Mereka perlu tahu hal ini walau apa pun kesannya kerana perkara ini ibarat bangkai gajah, tak boleh ditutup begitu saja, lambat laun akan diketahui mereka.

Malah, andai anda berterus terang sekarang, sekurang-kurangnya dapat juga sedikit sebanyak menjaga air muka keluarga kedua belah pihak, sebab perut anda belum kelihatan pada majlis pernikahan itu walaupun di mata Allah SWT, anda tetap tidak rahsiakan dan status anak anda tetap sebagai anak luar nikah.

Oleh itu jangan berlengah lagi, berundinglah dengan keluarga anda dan keluarga tunangan anda agar lukanya tidak terlalu parah dan dosa dapat dicuci dengan taubat nasuha. Ingatlah bahawa anda seorang Islam yang menyakini adanya Allah SWT yang perlu dihormati dan disayangi, anda sedar ada Nabi Muhammad SAW dan ada hari akhirat. Bangunkan semula semangat untuk menyelamatkan diri daripada terjebak dalam dosa pada masa depan.

Akhirnya ingatlah pesanan ini “jika manusia dan dunia ini tidak ada iman di dalam mereka, maka semua itu (manusia dan dunia) tidak berguna, tidak berharga dan tidak bermakna. Bangunlah daripada jerat dunia ini kerana anda perlu terus hidup untuk mencuci dosa semalam anda.

ULASAN:

HAMIL LUAR NIKAH seolah-olah menjadi trend terkini masyarakat kita yang mengaku beragama Islam tetapi melakukan plebagai perkara yang dilarang oleh Islam. sepatutnya muda mudi Islam tidak melakukan perkara-perkara terlarang yang akhirnya menyusahkan diri mereka sendiri, menyusahkan ibu bapa mereka dan memalukan kita masyarakat islam .

Kehamilan luar nikah mesti ada sebab musababnya, mesti ada puncanya. Puncanya tidak lain tidak bukan ialah kerana masyarakat kita hari ini semakin menjauhi Islam, tidak lagi mengamalkan cara hidup Islam tetapi mengamalkan cara hidup barat, budaya pergaulan bebas, bebas melakukan apa sahaja seperti pergaulan lelaki perempuan tanpa batas dan tanpa mengira masa. Begitu juga anak-anak muda kita telah rosak mindanya kerana pendedahan secara berterusan setiap hari dalam program-program TV yang menonjolkan kelakuan-kelakuan yang kurang sopan menyebabkan anak-anak muda kita menerima budaya berkenaan tanpa mereka sedari. Sebab itulah mereka pun turut melakukan perkara-perkara yang tidak bersopan itu dikalangan mereka dan kemudiannya berakhir dengan kehamilan luar nikah.



Yang hairannya program-program TV itu terutamanya dari Amerika Latin seolah-olah dirancang untuk merosakkan minda dan pemikiran anak-anak muda kita supaya tercemar. Bukan sahaja pemikiran muda-mudi itu tercemar tetapi pemikiran ibu bapa mereka turut tercemar sehingga membiarkan anak-anak muda bebas kesana-sini terutamanya selepas bertunang. Ini menunjukkan program-program TV telah merosakkan masyarakat kita. Sebaliknya program-program TV di negara-negara Asia lain seperti Thailand, Jepun dan lain-lain tidaklah menampakkan adanya unsur-unsur cuba menerapkan budaya pergaulan bebas itu. Bahkan kebanyakan program mereka adalah berkenaan cara-cara untuk memajukan diri sama ada sebagai usahawan tani, perikanan, reka cipta, menghias rumah, menjadi pelajar cemerlang, menentang penjajahan dan sebagainya bukannya hanya fokus kepada masaalah kehidupan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan seperti yang disiarkan dalam program televisyen di negara kita.


Oleh kerana TV kita asyik menunjukkan adeagan-adegan kurang sopan itu, maka ianya akan menggalakan pergaulan bebas sebebasnya tanpa batasan sehingga menyebabkan kehamilan luar nikah. Perkara ini, nampaknya akan berterusan selagi negara kita ini dikuasai oleh UMNO. Ini adalah kerana UMNO lah yang merancang anak-anak muda kita dari mendekati Islam sebaliknya menggalakkan muda-mudi kita supaya hidup dengan budaya barat yang penuh dengan kecelaruan dan keruntuhan akhlak. Itulah juga yang terjadi dinegara kita ini. Dengan itu ternyatalah, terbuktilah UMNo adalah pengkhianat bangsa, penghancur ummah.


Maka sewajarnyalah kita semua menjatuhkan UMno yang dipimpin oleh orang-orang lahirnya sebagai melayu dan lahirnya sebagai Islam, tetapi merancang pelbagai aktiviti untuk merosakkan minda dan pemikiran orang-orang melayu dan umat Islam dinegara ini.

Hancur UMNO
Hancur umno, orang-orang melayu akan maju,
Hancur UMNO, umat Islam akan berdiri megah dan dipandang mulia

tetapi jika UMNO hidup,
orang-orang melayu akan terus mundur,
orang-orang melayu akan terus layu, layu semakin layu
orang-orang melayu akan terus hancur sehancur-hancurnya,
orang-orang melayu akan terus meremapat dibumi sendiri,
orang-orang melayu akan terus mengharapkan subsidi,
orang-orang melayu akan terus menjadi bangsa yang lemah dan mundur!


juga jika UMNO hidup,
umat Islam akan dipandang rendah, dipandang sebagai sampah dan terus diperlekeh-lekehkan.
Ini adalah kerana kita umat Islam dahlah ekonominya tak bagus, budipekertinya pula lebih teruk daripada orang-orang bukan Islam, cara hidupnya pula tak ada beza pun dengan cara hidup orang-orang bukan Islam. Jadi memang betullah apa yang mereka kata itu, selagi kita tidak mengamalkan cara hidup Islam.


Tetapi masaalahnya UMNO lah yang akan menjadi penghalang untuk kita umat Islam di negara ini mengamalkan cara hidup Islam. Apa yang dilakukan oleh orang-orang bukan Islam seperti MIC dan MCA ataupun DAP adalah hanyalah menari mengikut alunan irama dan tindakan UMNO.


Oleh itu, marilah kita, orang-orang melayu semua bangkit, hapuskan UMNO, hancurkan UMNO tanpa nesan dan tanpa kubur. Biar hancur UMNO, kerana UMNO ialah musuh Islam, pakai nama Islam tetapi menjalankan gerakan-gerakan menghancurkan Islam. UMNO juga adalah pengkhianat bangsa dan juga pengkhianat negara.


No comments:

Post a Comment