SESIAPA saja mempunyai naluri ingin hidup berpasangan dengan pilihan hati masing-masing. Hanya melalui ikatan perkahwinan saja seseorang itu dapat memenuhi tuntutan syahwatnya melalui cara yang halal.

SEMOGA KEKAL SELAMANYA...perkahwinan bukan sekadar memenuhi keperluan syahwat tetapi pengisian nilai agama sangat penting dalam membentuk keluarga harmoni.
SEMOGA KEKAL SELAMANYA...perkahwinan bukan sekadar memenuhi keperluan syahwat tetapi pengisian nilai agama sangat penting dalam membentuk keluarga harmoni.
Dalam Islam, hubungan yang dihalalkan melalui pernikahan itu bukan sekadar memenuhi hawa nafsu semata-mata tetapi ia adalah ibadah bertujuan melahirkan generasi dan zuriat soleh sebagai penyambung keturunan.

Al-Quran menjelaskan pernikahan adalah untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan.

Allah berfirman yang bermaksud: "Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah itu bahawa Dia jadikan bagi kamu pasangan hidup agar kamu mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan bersamanya. Kemudian Allah ciptakan di antara kamu berdua mawaddah dan rahmah." (Surah al-Rum ayat 21).

Begitu indah perencanaan Allah yang menjadikan manusia melalui fitrahnya untuk hidup berkasih sayang bersama pasangannya.

Allah menciptakan manusia berpasang-pasangan agar manusia dapat hidup lebih teratur selain dapat berkongsi suka duka bersama.

Namun bukan mudah untuk memenuhi tuntutan sebagai pasangan suami isteri kerana perkahwinan perlu pengorbanan dan tanggungjawab.

Perkembangan dunia moden sekarang tidak menidakkan setiap orang amat mudah berjumpa dan mengenali 'calon berpotensi' untuk dijadikan teman hidup.


Malangnya, kebebasan dengan budaya berpasangan dibimbangi mengundang banyak masalah terutama aktiviti seks sebelum berkahwin.

Adalah amai bersetuju sekiranya perkahwinan dipercepatkan. Namun, kita mungkin biasa dengar ada yang mengatakan; "Kejar cita-cita dulu baru kejar cinta", "esok anak dengan bini kamu nak bagi makan pasir?" apabila menyatakan hasrat mahu mendirikan rumah tangga dalam keadaan belum bersedia.

Malah, ada beranggapan berkahwin pada usia muda mendatangkan pelbagai masalah. Lebih buruk, ia membabitkan campur tangan ahli keluarga bakal pasangan seperti adik beradik yang mempengaruhi keputusan ibu bapa dalam menyatakan soal sesuai atau tidak pasangan terbabit.

Bagaimanapun, ia terpulang kepada diri masing-masing yang membawa haluan. Yang penting mereka perlu bijak dan bersedia mental dan fizikal sebelum melangkah ke alam yang penuh dugaan dan tanggungjawab itu.

Perkahwinan dalam usia muda memang baik bagi mengelak perilaku sumbang pasangan yang sedang bercinta.


Perkahwinan adalah sunnah Rasulullah. Tidak kira pada usia berapa pun, jika sampai jodoh dan ketentuan Ilahi, apa saja kehendak-Nya pasti akan berlaku.

Pada zaman dahulu, pasangan muda mendirikan rumah tangga dianggap perkara biasa, namun tidak pula pada zaman sekarang.

Ramai anak gadis menamatkan zaman bujang ketika usia belasan tahun. Mereka menganggap jika lambat kahwin nanti tidak 'laku' selain ibu bapa bimbang anak mereka melakukan perbuatan luar batasan.

Tidak dinafikan peluang melanjutkan pelajaran tidak seluas sekarang. Tidak hairanlah anak gadis di zaman dulu tamat saja persekolahan peringkat menegah terus mendirikan rumah tangga.

Mereka dinilai jika pandai melakukan kerja rumah seperti memasak, mengemas rumah dan menjaga adik-beradik sudah dikira layak untuk berkahwin.

Hari ini ramai menyambung yang pengajian ke peringkat lebih tinggi dan mahu mengecapi kejayaan dahulu sebelum memikirkan soal perkahwinan.

Pujian dan galakan perlu diberikan kepada mereka yang 'berani' meninggalkan keseronokan hidup membujang dengan membuat keputusan untuk berkahwin muda.

Sesetengah pihak beranggapan remaja berusia bawah 20 tahun masih 'mentah' untuk mengharungi kehidupan berumahtangga.

Tetapi, perasaan itu pasti bertukar apabila mereka sudah mengalami sendiri pengalaman memikul tanggungjawab sebagai suami isteri.

Jika ditentukan kita berkahwin dalam usia muda, mungkin itu jalan terbaik yang Allah tentukan untuk kita.


Perkahwinan pada usia muda adalah cabaran besar kerana ia membabitkan sensitiviti, emosi serta perasaan cemburu tidak kiralah suami atau isteri.

Justeru, perlu wujud persefahaman dalam memahami keperluan masing-masing. Bagi pasangan yang bercadang mendirikan rumah tangga pada usia muda, kisah puteri kesayangan Rasulullah, Fatimah az-Zahra serta Saidina Ali boleh dijadikan contoh.

Ketika berkahwin, Fatimah berusia 18 tahun mendapat bekas air diperbuat daripada kulit, sebuah kendi tanah, sehelai tikar dan batu penggiling jagung sebagai mahar daripada ayahnya.


Nabi juga pernah berkata kepada puterinya, "Anakku, aku menikahkanmu dengan lelaki yang kepercayaannya lebih kuat dan lebih tinggi daripada yang lainnya, dan seorang yang menonjol dalam hal moral dan kebijaksanaan." Fatimah melaksanakan tugasnya sebagai isteri seperti mengambil air telaga dan menggiling jagung manakala Ali pula keluar bekerja mencari nafkah.

Mereka terkenal dengan budi pekerti tinggi dan bersifat dermawan. Fatimah meninggal dunia di sisi Ali dan anaknya ketika berusia 28 tahun iaitu enam bulan selepas kewafatan Rasulullah.

Rasulullah pernah menyatakan, Fatimah akan menjadi 'ratu segenap wanita di syurga'. Ada kaum lelaki dan ada pula kaum perempuan. Begitulah unik dan rahmat Allah menjadikan alam ini untuk hamba-Nya renungi.

Sebab itu, Rasulullah memberi bimbingan kepada manusia agar memilih pasangan atas empat perkara iaitu kecantikan, keturunan, kekayaan dan agamanya.

Namun, lebih utama dari empat perkara berkenaan adalah agama yang menjadi tunjang kepada kebahagiaan rumah tangga yang dibina.

Pernikahan adalah alat mencipta keluarga bahagia. Ia bukan sekadar memenuhi keperluan syahwat semata-mata tetapi pengisian nilai agama sangat penting dalam membentuk keluarga yang harmoni.

Ekonomi kukuh, mengenali pasangan dengan lebih rapat, kesabaran serta persediaan psikologi adalah persediaan penting dalam mengharungi cabaran alam rumah tangga.

Maka, sesiapa yang mampu dan bersedia untuk berkahwin elok mereka segera berbuat demikian. Kalau hendak difikirkan soal duit, sampai bila-bila pun ia sentiasa tidak mencukupi. Allah sudah menjanjikan pelbagai nikmat dan ganjaran bagi mereka yang melakukan ibadah kahwin ini.

Hadis Rasulullah yang diriwayatkan Imam Al-Bukhari mengatakan bahawa: "Sesiapa yang mampu, berkahwinlah kerana ia lebih memelihara mata dan menjaga faraj. Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin hendaklah ia berpuasa kerana puasa adalah penahan hawa nafsu...."

Pensyarah Jabatan Asas Pendidikan dan Kemanusiaan, Universiti Malaya (UM), Rahimi Saad, berkata perkahwinan perlu dirancang kerana ada perbezaan hukum kahwin iaitu harus, sunat, wajib bahkan haram.


"Perlu lihat kemampuan untuk menguruskan tanggungjawab selepas kahwin. Kebaikan kahwin awal dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan salah laku nafsu disamping mempercepatkan kematangan.


"Keburukan kahwin awal adalah akan wujudnya hubungan 'fragile' jika sebarang masalah tidak dapat diurus dengan baik," katanya.


Rahimi berkata perkahwinan adalah jalan keluar bagi menghalalkan hubungan tetapi kemampuan melaksanakan tanggungjawab itu tidak terletak pada umur tetapi terletak pada sikap serta kematangan.

"Kerana itu penilaian terhadap kemampuan untuk membina rumah tangga perlu dilihat secara menyeluruh.


"Tidak dinafikan bahawa keselesaan (bukan kemewahan) hidup penting dalam kehidupan rumah tangga. Jadi, kos untuk mewujudkan keselesaan hidup berbeza antara dulu dan sekarang," katanya.


Beliau berkata berkenaan rezeki selepas berkahwin tidak perlu dirisaukan kerana Allah memberi jaminan terhadapnya.

"Bab rezeki memang tidak perlu dibimbangi kerana itu adalah jaminan Allah kepada hamba-Nya tetapi kita perlu berusaha mencari nafkah buat keluarga," katanya.



“Sesiapa yang tidak peduli urusan umat Islam, dia bukan dari kalangan mereka”. (Hadis)

GAMBAR-GAMBAR BAYI DIBUANG

Friday, May 7, 2010

Seorang bayi yang baru dilahirkan ditemui dalam keadaan menggigil kesejukan ketika hujan lebat

Bayi menggigil

Posted on the March 22nd, 2010 under Berita, Jenayah, Tempatan by johnjimat

IPOH: Menyedihkan apabila seorang bayi yang baru dilahirkan ditemui dalam keadaan menggigil kesejukan ketika hujan lebat selepas ditinggalkan dekat kawasan pembuangan sampah di Jalan Medan Ipoh, di sini, petang kelmarin.

KASIH...Omar mencium bayi yang ditemui dibuang dalam semak  semalam.
KASIH…Omar mencium bayi yang ditemui dibuang dalam semak semalam.

Bayi perempuan seberat 2.8 kilogram cukup sifat itu dipercayai baru dilahirkan berdasarkan keadaannya masih bertali pusat ditinggalkan dalam semak di belakang sebuah pasar raya besar, di sini.


NOTA:

Terus terang saya katakan fenomena gejala buang bayi yang semakin menjadi-jadi hari demi hari walaupun sudah tahun bertahun bertahun ianya berlaku tetapi semakin parah hari demi hari dan nampaknya sipelaku pula dengan tidak segan silu mengusung janin dalam kandungan mereka kesana sini. Sayangnya apabila tiba waktu melahirkan bayi, mereka membuangnya dimana sahaja ikut sedap hati.

Kenapa terjadinya begitu? Kenapa ibu-ibu yang mengandung bayi itu dalam kandungan selama sembilan bulan itu tergamak hati membuang bayi. Alangkah keringnya hati mereka. Alangkah tergamaknya hati mereka berbuat begitu? Adakah mereka rasa tidak bersalah?

Jawabnya, ya, ya, ya. Sememangnya hati mereka itu berhati kering. Sememangnya hati mereka itu tidak dirundung perasaan bersalah untuk membuang bayi itu! Sedangkan sebelum itu mereka dah pun tergamak melakukan perbuatan terkutuk dan keji melakukan perzinaan dan mengandung anak luar nikah itu, maka pastinya mereka pun tergamak buang bayi itu selepas melahirkannya. Bukankah begitu?


Sebenarnya perkara ini, masalah ini berlaku bukanlah salah mereka, bukan salah muda-mudi iu, tetapi adalah salah kita, adalah kerana kesalahan kita. Mereka, muda mudi itu hanyalah jadi mangsa akibat kesalahan kita. jadi kenapa pula mereka pula yang hendak dipersalahkan? Ingatlah, mereka itu telah pun diprogramkan untuk menjadi begitu. Mereka telah diasuh setiap hari, setiap masa, setiap ketika dengan pendedahan kepada budaya pergaulan bebas tanpa batasan dan bermacam-macam program dijalankan untuk menjauhkan anak-anak muda dari mengikuti dan mengamalkan ajaran Islam yang sebenarnya, sepenuhnya sebagi cara hidup.

Ianya berlaku kerana muda mudi kita hari ini telah diprogramkan untuk melakukan perkara-perkara yang disebutkan diatas iaitu pergaulan bebas antara lelaki perempuan tidak kira waktu, tidak kira ketika dan tidak kira masa. Hasilnya terjadilah perzinaan dan berakhir dengan pembuangan bayi dimerata-rata, di dalam semak, dalam longkang, dalam sungai dan sebagainya. Maka sebahagian besar dari kita akan menuding kepada muda-mudi sebagai bersalah dan pesalah dalam gejala sosial yang keterlaluan ini.

Memang betul pengajaran agama islam telah pun dilakukan disekolah. Tetapi apa yang diajar disekolah itu kebanyakkannnya hanya meliputi hukum-hukum fikah sahaja seperti macamana hendak melakukan akikah, qurban, menunaikan solat dan lain-lain tetapi ruhnya mana, ruhnya tiada. Mana pengajaran akhlaknya. Pendidikan seks dalam Islam tidak dijadikan sukatan pendidikan Islam disekolah. Pendidikan menghormati kedua ibubapa tiada dalam sukatan! Pendidikan cara cara berkominikasi dengan masyarakat pun tiada! Oleh itu ruh Islamya tiada? Itulah sebabnya muda-mudi menghadapi keruntuhan akhlak dan akhirnya kita lihatlah macam-macam gejala sosial hari ini.

Ianya berlaku kerana kita pada hari ini terlalu berorientasikan barat, segala-galanya ikut barat, mengamalkan cara hidup barat sama ada dari budaya kehidupan harian, program-program televisyen, radio, program-program hiburan yang menggalakan percampuran antara lelaki dan perempuan, semuanya disajikan setiap hari supaya minda anak-anak kita diprogram untuk mengikuti, mencontohi dan mengamalkan cara hidup barat. Semuanya disajikan setiap hari supaya minda anak-anak kita itu diasuh menjauhi cara hidup Islam



Apatah lagi ibubapa pun dah terikut-ikut cara budaya hidup barat, membiarkan anak-anak kesana sini tanpa sebarang sekatan dan halangan, tanpa mengira waktu dan ketika. Bahkan ibu bapa jugalah yang mengajar, mengasuh dan mendidik anak-anak mereka supaya terikut-ikut dengan budaya barat. Bukankah kita sudah biasa lihat sianak kecil yang baru sahaja dilahirkan beberapa hari, telah pun dikendung dan dibawa kesana sini menyertai program-program hiburan seperti jom heboh dan lain-lain lagi. Bukankah itu merupakan tindakan untuk memprogramkan anak-anak mereka supaya mengutamakan hiburan dan menjauhi kehidupan sebagai seorang muslim sejati.

Bagi ibu bapa pula, kebanyakkannya bahkan hampir kesemuanya hanya tahu mengajar anak-anak mereka supaya sembahyang dan berpuasa sahaja. Yang lain-lain tu, mereka tidak tahu atau menghadapi kesukaran untuk mendidik anak-anak mereka supaya menjaga tatacara berpakaian, bergaul dan sebagainya. Apatah lagi setiap hari mereka dipertontonkan dengan cara hidup barat, cara berpakaian barat dan cara bergaul cara barat, jadi tentunya ibu bapa menghadapi tentangan dan kesukaran untuk mendidik anak-anak mereka supaya hidup cara Islam. Bahkan minda ibu bapa, cara pemikiran ibu bapa pun secara tidak disedari menerima cara hidup barat.




Oleh itu, ianya bukan lagi salah ibu bapa tidak mendidik dan mengasuh anak-anak mereka dengan didikan agama. Yang salahnya alam sekeliling kita, persekitaran kita tidak membantu kearah pendikan islam untuk dijadikan cara hidup. Program-program hiburan ada disana sini, pesta pun ada disana sini. cara berpakaian pula tunjuk sana, tunjuk sini. dedah itu, dedah ini. Hari-hari lihat pula adegan berpegangan tangan dan peluk cium antara lelaki dan perempuan di TV. Jadi tidak hairanlah sekiranya bersekolah agama sekalipun tetap terjebak dalam perlakuan yang keji itu. Ianya kerana minda mereka telah pun terjajah dan menerima seadanya perlakuan yang mendorong mereka melakukan perzinaan!

Oleh itu kalau kita betul-betul nak bendung gejala perzinaan dan buang bayi maka pihak kerajaan perlulah menangani perkara ini secara serius, kerana mereka yang ada kuasa membuat pelbagai perubahan dalam siaran TV, penganjuran program-program hiburan, sukatan pendidikan, penggubalan undang-undang, pelaksanaan hukum hudud dan sebagainya.

Tetapi mungkinkah perkara itu berlaku selagi pimpinan kerajaan adalah dibawah UMNO? Rasanya tidak mungkin!

Selagi kerajaan memandang perkara ini perkara remeh, perkara enteng yang tidak perlu diberi perhatian, maka selama itulah masalah ini tidak dapat diatasi. Sudah sampai masanya pihak kerajaan tidak lagi menyalahkan ibu bapa dalam soal ini, sebagaimana yang biasa dilakukan sebelum ini sehingga kini, ibu bapalah yang dipersalahkan oleh kerajaan. dikatakan ibu bapa tidak memberi pendidikan agamalah, dikatakan ibu bapa tidak mengawasi pergerakan anak-anaklah tetapi pada masa yang sama pihak kerajaanlah yang memperhebatkan geraksaraf meracuni pemikiran anak-anak muda supaya menjauhi Islam.





Oleh itu sudah sampailah masanya kita semua rakyat yang dah sedar, rakyat yang dah insaf lakukanlah sesuatu untuk menjatuhkan kerajaan yang tidak mengambil apa-apa tindakan untuk menangani gejala sosial yang begitu menyayatkan hati ini.

Ayuh, bangkitlah, bertindaklah segera sebelum bangsa kita hancur, sebelum bangsa kita musnah, sampaikanlah salam dan ajakan kepada rakan-rakan semua bangkit untuk menjatuhkan pemimpin-pemimpin UMNO yang yang hanya tahu bercakap tetapi tidak mengambil apa-apa tindakan itu.

Ingatlah kita dahpun berikan mereka masa lebih dari setengah abad, lebih dari 50 tahun untuk memerentah tetapi apakah yang dilakukan mereka. Bukankah kita makin hari makin teruk, makin terseksa dengan pelbagai masalah. Oleh itu sampailah masanya untuk kita semua jatuhan kerajaan yang dipimpin oleh pemimpin-pemimpin yang hanya tahu untuk menjadikan mereka kaya, kaya dan kaya tetapi rakyat yangh sengsara, rakyat yang didahulukan untuk membayar segala-galanya. Pencapaian pemimpin-pemimpin UMNO diutamakan.

Oleh itu marilah kita bersama-sama MUSNAHKAN UMNO, HANCURKAN UMNO.

HiDUP UMNO, musnahlah kita,

HiDUP UMNO, hiduplah bermacam-macam gejala sosial,

HiDUP UMNO, makin banyaklah kita melihat bayi-bayi dibuang,

HiDUP UMNO, pupuslah bangsa kita,

HiDUP UMNO, pupuslah melayu,


Oleh itu marilah kita bersama-sama hapuskan UMNO. tidak ada lain caranya, hanya itu sahaja yang kita mampu lakukan, kerana kita hanyalah rakyat biasa.


No comments:

Post a Comment