SESIAPA saja mempunyai naluri ingin hidup berpasangan dengan pilihan hati masing-masing. Hanya melalui ikatan perkahwinan saja seseorang itu dapat memenuhi tuntutan syahwatnya melalui cara yang halal.

SEMOGA KEKAL SELAMANYA...perkahwinan bukan sekadar memenuhi keperluan syahwat tetapi pengisian nilai agama sangat penting dalam membentuk keluarga harmoni.
SEMOGA KEKAL SELAMANYA...perkahwinan bukan sekadar memenuhi keperluan syahwat tetapi pengisian nilai agama sangat penting dalam membentuk keluarga harmoni.
Dalam Islam, hubungan yang dihalalkan melalui pernikahan itu bukan sekadar memenuhi hawa nafsu semata-mata tetapi ia adalah ibadah bertujuan melahirkan generasi dan zuriat soleh sebagai penyambung keturunan.

Al-Quran menjelaskan pernikahan adalah untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan.

Allah berfirman yang bermaksud: "Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah itu bahawa Dia jadikan bagi kamu pasangan hidup agar kamu mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan bersamanya. Kemudian Allah ciptakan di antara kamu berdua mawaddah dan rahmah." (Surah al-Rum ayat 21).

Begitu indah perencanaan Allah yang menjadikan manusia melalui fitrahnya untuk hidup berkasih sayang bersama pasangannya.

Allah menciptakan manusia berpasang-pasangan agar manusia dapat hidup lebih teratur selain dapat berkongsi suka duka bersama.

Namun bukan mudah untuk memenuhi tuntutan sebagai pasangan suami isteri kerana perkahwinan perlu pengorbanan dan tanggungjawab.

Perkembangan dunia moden sekarang tidak menidakkan setiap orang amat mudah berjumpa dan mengenali 'calon berpotensi' untuk dijadikan teman hidup.


Malangnya, kebebasan dengan budaya berpasangan dibimbangi mengundang banyak masalah terutama aktiviti seks sebelum berkahwin.

Adalah amai bersetuju sekiranya perkahwinan dipercepatkan. Namun, kita mungkin biasa dengar ada yang mengatakan; "Kejar cita-cita dulu baru kejar cinta", "esok anak dengan bini kamu nak bagi makan pasir?" apabila menyatakan hasrat mahu mendirikan rumah tangga dalam keadaan belum bersedia.

Malah, ada beranggapan berkahwin pada usia muda mendatangkan pelbagai masalah. Lebih buruk, ia membabitkan campur tangan ahli keluarga bakal pasangan seperti adik beradik yang mempengaruhi keputusan ibu bapa dalam menyatakan soal sesuai atau tidak pasangan terbabit.

Bagaimanapun, ia terpulang kepada diri masing-masing yang membawa haluan. Yang penting mereka perlu bijak dan bersedia mental dan fizikal sebelum melangkah ke alam yang penuh dugaan dan tanggungjawab itu.

Perkahwinan dalam usia muda memang baik bagi mengelak perilaku sumbang pasangan yang sedang bercinta.


Perkahwinan adalah sunnah Rasulullah. Tidak kira pada usia berapa pun, jika sampai jodoh dan ketentuan Ilahi, apa saja kehendak-Nya pasti akan berlaku.

Pada zaman dahulu, pasangan muda mendirikan rumah tangga dianggap perkara biasa, namun tidak pula pada zaman sekarang.

Ramai anak gadis menamatkan zaman bujang ketika usia belasan tahun. Mereka menganggap jika lambat kahwin nanti tidak 'laku' selain ibu bapa bimbang anak mereka melakukan perbuatan luar batasan.

Tidak dinafikan peluang melanjutkan pelajaran tidak seluas sekarang. Tidak hairanlah anak gadis di zaman dulu tamat saja persekolahan peringkat menegah terus mendirikan rumah tangga.

Mereka dinilai jika pandai melakukan kerja rumah seperti memasak, mengemas rumah dan menjaga adik-beradik sudah dikira layak untuk berkahwin.

Hari ini ramai menyambung yang pengajian ke peringkat lebih tinggi dan mahu mengecapi kejayaan dahulu sebelum memikirkan soal perkahwinan.

Pujian dan galakan perlu diberikan kepada mereka yang 'berani' meninggalkan keseronokan hidup membujang dengan membuat keputusan untuk berkahwin muda.

Sesetengah pihak beranggapan remaja berusia bawah 20 tahun masih 'mentah' untuk mengharungi kehidupan berumahtangga.

Tetapi, perasaan itu pasti bertukar apabila mereka sudah mengalami sendiri pengalaman memikul tanggungjawab sebagai suami isteri.

Jika ditentukan kita berkahwin dalam usia muda, mungkin itu jalan terbaik yang Allah tentukan untuk kita.


Perkahwinan pada usia muda adalah cabaran besar kerana ia membabitkan sensitiviti, emosi serta perasaan cemburu tidak kiralah suami atau isteri.

Justeru, perlu wujud persefahaman dalam memahami keperluan masing-masing. Bagi pasangan yang bercadang mendirikan rumah tangga pada usia muda, kisah puteri kesayangan Rasulullah, Fatimah az-Zahra serta Saidina Ali boleh dijadikan contoh.

Ketika berkahwin, Fatimah berusia 18 tahun mendapat bekas air diperbuat daripada kulit, sebuah kendi tanah, sehelai tikar dan batu penggiling jagung sebagai mahar daripada ayahnya.


Nabi juga pernah berkata kepada puterinya, "Anakku, aku menikahkanmu dengan lelaki yang kepercayaannya lebih kuat dan lebih tinggi daripada yang lainnya, dan seorang yang menonjol dalam hal moral dan kebijaksanaan." Fatimah melaksanakan tugasnya sebagai isteri seperti mengambil air telaga dan menggiling jagung manakala Ali pula keluar bekerja mencari nafkah.

Mereka terkenal dengan budi pekerti tinggi dan bersifat dermawan. Fatimah meninggal dunia di sisi Ali dan anaknya ketika berusia 28 tahun iaitu enam bulan selepas kewafatan Rasulullah.

Rasulullah pernah menyatakan, Fatimah akan menjadi 'ratu segenap wanita di syurga'. Ada kaum lelaki dan ada pula kaum perempuan. Begitulah unik dan rahmat Allah menjadikan alam ini untuk hamba-Nya renungi.

Sebab itu, Rasulullah memberi bimbingan kepada manusia agar memilih pasangan atas empat perkara iaitu kecantikan, keturunan, kekayaan dan agamanya.

Namun, lebih utama dari empat perkara berkenaan adalah agama yang menjadi tunjang kepada kebahagiaan rumah tangga yang dibina.

Pernikahan adalah alat mencipta keluarga bahagia. Ia bukan sekadar memenuhi keperluan syahwat semata-mata tetapi pengisian nilai agama sangat penting dalam membentuk keluarga yang harmoni.

Ekonomi kukuh, mengenali pasangan dengan lebih rapat, kesabaran serta persediaan psikologi adalah persediaan penting dalam mengharungi cabaran alam rumah tangga.

Maka, sesiapa yang mampu dan bersedia untuk berkahwin elok mereka segera berbuat demikian. Kalau hendak difikirkan soal duit, sampai bila-bila pun ia sentiasa tidak mencukupi. Allah sudah menjanjikan pelbagai nikmat dan ganjaran bagi mereka yang melakukan ibadah kahwin ini.

Hadis Rasulullah yang diriwayatkan Imam Al-Bukhari mengatakan bahawa: "Sesiapa yang mampu, berkahwinlah kerana ia lebih memelihara mata dan menjaga faraj. Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin hendaklah ia berpuasa kerana puasa adalah penahan hawa nafsu...."

Pensyarah Jabatan Asas Pendidikan dan Kemanusiaan, Universiti Malaya (UM), Rahimi Saad, berkata perkahwinan perlu dirancang kerana ada perbezaan hukum kahwin iaitu harus, sunat, wajib bahkan haram.


"Perlu lihat kemampuan untuk menguruskan tanggungjawab selepas kahwin. Kebaikan kahwin awal dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan salah laku nafsu disamping mempercepatkan kematangan.


"Keburukan kahwin awal adalah akan wujudnya hubungan 'fragile' jika sebarang masalah tidak dapat diurus dengan baik," katanya.


Rahimi berkata perkahwinan adalah jalan keluar bagi menghalalkan hubungan tetapi kemampuan melaksanakan tanggungjawab itu tidak terletak pada umur tetapi terletak pada sikap serta kematangan.

"Kerana itu penilaian terhadap kemampuan untuk membina rumah tangga perlu dilihat secara menyeluruh.


"Tidak dinafikan bahawa keselesaan (bukan kemewahan) hidup penting dalam kehidupan rumah tangga. Jadi, kos untuk mewujudkan keselesaan hidup berbeza antara dulu dan sekarang," katanya.


Beliau berkata berkenaan rezeki selepas berkahwin tidak perlu dirisaukan kerana Allah memberi jaminan terhadapnya.

"Bab rezeki memang tidak perlu dibimbangi kerana itu adalah jaminan Allah kepada hamba-Nya tetapi kita perlu berusaha mencari nafkah buat keluarga," katanya.



“Sesiapa yang tidak peduli urusan umat Islam, dia bukan dari kalangan mereka”. (Hadis)

GAMBAR-GAMBAR BAYI DIBUANG

Wednesday, May 5, 2010

KOLEKSI CERITA-CERITA BUANG BAYI

CERITA 1

2 bayi ditemui dalam 8 jam

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin, Mohd Nur Asnawi Daud dan Abdullah Wahab

byi.jpg



KUALA LUMPUR: Syaitan bertopengkan manusia. Itulah perumpamaan layak diberikan kepada orang tidak bertanggungjawab yang membuang dua bayi baru dilahirkan di dua tempat berasingan di ibu kota, semalam.

Dalam kejadian pertama, mayat seorang bayi yang masib bertali pusat dipercayai dibuang ke dalam sungai sebelum ditemui di Hulu Klang berhampiran Kelab Darul Ehsan di sini, kira-kira jam 3 petang.

Bayi lelaki berkenaan ditemui seorang wanita berusia 20-an yang kebetulan melalui tempat kejadian sebelum menghubungi polis dan apa yang menyayat hati, mayat bayi itu ditemui terdampar di tepi sungai dalam keadaan bogel dengan bahagian punggungnya sedikit luka dipercayai akibat terlalu lama terendam dalam air.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan, berkata berdasarkan keadaan mayat, polis tidak menolak kemungkinan bayi itu mati dalam tempoh 24 jam sebelum mayatnya ditemui.


“Bayi lelaki itu dipercayai sudah cukup bulan. Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Universiti kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk bedah siasat,” kata Abdul Jalil ketika dihubungi di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kedua, gurauan saban hari seorang penduduk kawasan perumahan di Seksyen 10, Wangsa Maju di sini, untuk bertemu bayi ditinggalkan di tepi jalan ketika dia berjoging akhirnya menjadi kenyataan apabila wanita warga emas itu terserempak bayi yang dibuang berhampiran rumahnya.

Malangnya, bayi lelaki yang dibungkus plastik dan baju terbabit didapati sudah meninggal dunia kurang 12 jam sebelum ditemui, dipercayai akibat kesejukan atau mati ketika dilahirkan.

Salekhul Ishak, 50, dikatakan terserempak mayat bayi masih bertali pusat itu yang dihurungi lalat sekitar jam 8.20 pagi.

Menurutnya, dia sebelum ini kerap bergurau dengan rakannya bakal menemui bungkusan berisi bayi ketika sedang berjoging di sekitar kawasan terbabit yang dilalui setiap hari.

“Bagaimanapun saya tidak menyangka, kata-kata itu menjadi kenyataan. Malangnya, saya sedih apabila mendapati bayi lelaki terbabit sudah tidak bernyawa lagi sebaik bungkusannya dibuka.

“Saya yakin bayi berkenaan baru dilahirkan berikutan tali pusatnya masih baru manakala kain yang digunakan untuk membungkus bayi terbabit masih berlumuran darah,” katanya.

Beberapa anggota dari Balai Polis Wangsa Maju yang dimaklumkan kejadian itu bergegas ke lokasi kejadian sekitar 8.30 pagi sebelum membawa mayat bayi terbabit ke bilik mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

CERITA 2

CERITA 3

Ingatkan bunyi kucing, rupanya bayi menangis

Seorang bayi lelaki lengkap berpakaian yang ditinggalkan di sebuah pondok di Sepang, semalam.


SEPANG 4 Mei 2010 – Mulanya disangkakan bunyi kucing mengiau.

Tetapi rupa-rupanya suara bayi menangis.

Itulah yang dialami Aminah Muhamad, 56, yang menemui seorang bayi lelaki di sebuah pondok berhampiran Surau Umudiah, Kampung Batu 29, Jenderam Hulu di sini hari ini.

Dia yang sedang memotong rumput di hadapan rumahnya sebelum itu tidak dapat mengagak bunyi seperti kucing mengiau itu adalah tangisan seorang bayi.

“Disebabkan perasaan tidak puas hati, saya terus menuju ke pondok yang jaraknya hanya beberapa meter dari rumah.

“Terkejut dan menggigil saya apabila melihat seorang bayi lelaki lengkap berpakaian yang hanya diletakkan di atas sehelai kain batik,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sepang, Asisten Supritendan Zaihairul Idrus berkata, bayi lelaki berumur sebulan itu dipercayai keturunan Melayu.

“Bayi itu ditemui pada pukul 7 pagi ini dalam keadaan sihat dan tiada sebarang kesan kecederaan pada tubuhnya.

“Dipercayai bayi malang itu ditinggalkan selama dua jam sebelum ditemui,” katanya.

Zaihairul berkata, bayi berkenaan kini ditempatkan di wad kanak-kanak Hospital Serdang.

Katanya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kes pembuangan bayi boleh menghubungi IPD Sepang di talian 03-87774222.

CERITA 4

Bekas pelajar UiTM mengaku buang bayi

KUALA TERENGGANU – Seorang bekas pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Chendering, dekat sini mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dakwaan membuang bayi lebih dua tahun lalu.

Tertuduh, Zarina Sulaiman, 21, dari Kampung Felda Cherul, Kemaman, mengaku melakukan perbuatan itu ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd. Yusoff Yunus.

Mengikut fakta kes, Zarina dituduh secara rahsia telah membuang mayat seorang bayi perempuan yang dilahirkan olehnya sama ada telah mati sebelum, semasa, atau selepas dilahirkan olehnya dan dengan sengaja telah menyembunyikan kelahiran bayi itu.

Dia dituduh melakukan melakukan perbuatan itu di Asrama Sutera UiTM Cawangan Chendering, Kubang Ikan, Chendering, dekat sini, antara pukul 11 malam dan 12 malam, 29 Jan 2008.

Dia didakwa mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun.

Mahkamah kemudian menetapkan 26 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan sosial tertuduh dan menawarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,500 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, tertuduh tidak mampu membayar wang ikat jamin tersebut dan di hantar ke Penjara Pengkalan Chepa.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Insp. Marzita Subaker. – Bernama


CERITA 5

Oleh Mohd Fadly Samsudin

HILANG akal! Itu gambaran sikap melampau remaja yang terjerumus dalam aktiviti seks luar nikah sehingga ‘bunting’ anak haram lalu membuang atau membunuh zuriat itu tanpa berperikemanusiaan.

SIASAT...anggota polis mengeluarkan mayat bayi yang ditemui terbenam di tepi pantai

SIASAT…anggota polis mengeluarkan mayat bayi yang ditemui terbenam di tepi pantai

TIDAK BERHATI PERUT...bayi yang dibungkus dengan plastik hitam diletakkan di tempat pembuangan sampah di Taman Wahyu, Kepong.

TIDAK BERHATI PERUT…bayi yang dibungkus dengan plastik hitam diletakkan di tempat pembuangan sampah di Taman Wahyu, Kepong.

Kes pembuangan bayi kian menjadi-jadi dan lebih memalukan, jenayah itu dilakukan remaja Melayu beragama Islam yang dikatakan memiliki adab serta akhlak yang tinggi. Pelik kerana hari ini masyarakat mempunyai tahap pemikiran yang baik, asas agama kuat, tinggal dalam suasana aman dan damai dan penuh ciri ketimuran.


Tetapi, mengapa perkara ini masih berlaku? Jika dikaji, memang tidak dinafikan perhubungan seks bebas mendorong gejala pembuangan bayi. Apabila sudah mengandung dan bagi mengelak malu kepada keluarga, cara mudah ialah membuang atau membunuh bayi itu. Sudahlah melakukan dosa berzina, selepas itu tergamak membunuh zuriat sendiri tanpa rasa bersalah, lebih buruk berbanding haiwan.


Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat.” (Surah Al-Israa’ ayat 32) Memang benar manusia secara fitrah memerlukan seks. Justeru, itu Islam menggalakkan manusia berkahwin supaya hubungan yang sebelumnya haram menjadi halal.


Bayangkan wajah kudus zuriat yang dilahirkan, adakah si ibu sanggup membunuh makhluk itu sedangkan dia bersusah payah mengandung selama sembilan bulan? Bagi setiap wanita yang merasai saat melahirkan bayi, ianya ibarat di persimpangan, antara hidup dan mati. Kesakitan ketika bersalin diibaratkan yang kedua tersakit selepas kesakitan Izrail datang mencabut nyawa. Sebagai manusia waras, tentu kita tidak dapat membayangkan bagaimana seorang wanita sanggup melahirkan bayi dan membuang atau membunuh bayi itu dalam masa yang sama.

Sudah terlalu kerap berita penemuan bayi yang menjadi tajuk utama media massa. Tong sampah, kubur, semak, sungai, kaki lima, lubang tandas, malah kawasan masjid juga menjadi sebahagian kawasan pembuangan bayi. Bayi yang ditemui amat jarang sekali masih bernyawa kerana kebanyakannya sudah meninggal dunia akibat dihurung semut atau hilang anggota badannya kerana ‘dimamah’ haiwan liar.



Ada juga yang meninggalkan bayi mereka dengan menulis nota seperti ‘tolong kebumikan mayat ini.’ Hakikatnya, pembuangan dan pembunuhan bayi ketika ini adalah kerana mereka mahu menutup aib serta bimbang diketahui keluarga. Ke mana hilangnya sifat perikemanusiaan dalam diri masyarakat sekarang kerana bayi adalah kurniaan Allah yang tiada nilainya? Jika zaman sebelum Islam, masyarakat sanggup menanam bayi perempuan hidup-hidup, apa bezanya masyarakat hari ini? Perbuatan membuang dan membunuh bayi ibarat perlakuan jahiliyah moden yang tidak boleh dimaafkan.

Al-Quran dan Sunnah mengingatkan kita bahawa setiap ciptaan Allah di muka bumi ini amat berharga. Bukan saja manusia dan haiwan, malah tumbuhan pun dilarang dicabut hidup-hidup. Perbuatan segelintir mereka melakukan perkara terkutuk terbabit turut memberi impak buruk kepada umat Islam. Firman Allah dalam bermaksud: “Tidakkah patut bagi setiap mukmin dan mukminat apabila Allah dan Rasul-Nya memutuskan sesuatu, ada bagi mereka pilihan lain mengenai urusan mereka.” (Surah al-Ahzab ayat 36).


Justeru itu, ibu bapa perlulah memastikan pembentukan sahsiah anak menepati ciri ciri Islam yang sejati. Budaya hidup bebas terutama perlu diberi perhatian serius dan dihindari kerana ianya dikhuatiri memberi ‘lesen untuk kemusnahan’ anak- anak gadis dan remaja. Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: “Setiap suami pemimpin keluarganya. Ia akan diminta bertanggungjawab dan setiap isteri adalah pemimpin atas penghuni rumah bagi anak dan suaminya, dia juga akan diminta untuk bertanggungjawab.” (Riwayat Bukhari).


Manusia yang ditakrifkan sebagai jahil adalah mereka yang tiada hati dan akal fikiran. Mereka tidak berpijak di bumi nyata sehingga berani melakukan sesuatu di luar pertimbangan. Tiada guna jika mereka hanya malu kepada masyarakat, tetapi bukan kepada Allah s.w.t. Remaja perlu segera insaf dan sedar bahawa hidup pada zaman remaja hanya seketika, untuk satu waktu yang pendek sahaja dan seharusnya di-isi dengan perkara-perkara yang membina.


Oleh itu seharusnyalah mereka perlu bijak memilih jalan-jalan kehidupan yang sempurna dan membawa keuntungan bukannya jalan-jalan yang menuju kearah kebinasaan. Pensyarah Jabatan Pendidikan, Universiti Malaya (UM), Rahimi Saad, berkata tanda manusia hari ini kembali semula ke zaman jahiliah bukanlah bermakna mereka itu tidak berilmu, tetapi kerana nilai-nilai kemanusiaan sudah hilang dan tuntutan Islam tidak lagi dijadikan amalan.



Naluri keibubapaan tetap menganggap perbuatan berkenaan salah. Perbuatan itu tetap tidak dapat menghapuskan kesalahan yang mereka lakukan,” katanya. Beliau berkata, Islam amat menekankan aspek pencegahan dan sebab itu Allah melarang mendekati apatah lagi melakukan zina.


“Zina adalah dosa besar. Ia merosakkan sistem keturunan manusia kerana jika sudah terlanjur pasti membawa kepada mengandung anak luar nikah. Sebenarnya tiada alasan mereka membunuh dan membuang anak yang tidak berdosa berkenaan,” katanya.


Menurutnya, manusia hilang nilai kemanusiaan kerana mereka hidup bertuhankan nafsu. “Imam al-Ghazali menjelaskan kedudukan manusia boleh menjadi lebih mulia daripada malaikat jika akal mereka boleh menundukkan nafsu, tetapi mereka akan menjadi lebih teruk daripada binatang jika hidup bertunjangkan nafsu,” katanya.


Allah berfirman yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang yang lalai.” (Surah al-A’araf ayat 179)


CERITA 6

Mayat bayi ditemui dalam longkang

KUCHING 6 Mac 2010 – Selepas isu pembuangan bayi dan penderaan kanak-kanak menghiasi dada-dada akhbar dan kaca televisyen baru-baru ini, kini muncul lagi kes yang sama.

Mayat seorang bayi perempuan ditemui dalam sebatang longkang dalam keadaan menyedihkan kerana masih mempunyai tali pusat serta kesan darah pada badannya.

Bayi malang itu ditemui pada pukul 2.45 petang di kawasan berdekatan Pasar Stutong di sini oleh dua kanak-kanak berusia 13 tahun yang kebetulan bermain di situ.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mun Kock Keong berkata, sepasukan polis yang dimaklumkan mengenai penemuan mayat itu bergegas ke tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati, bayi terbabit dipercayai dibuang dan meninggal dunia pagi ini.

“Ketika ditemui, keadaan bayi itu masih mempunyai tali pusat serta ada kesan darah. Ia dibalut dengan sehelai kain tuala,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kock Keong berkata, mayat bayi itu dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat.


CERITA 7

Jurujual wanita ditahan disyaki buang bayi

SEGAMAT 1 Mac – Seorang wanita berusia 22 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan kes penemuan mayat bayi yang hampir reput dalam tandas sebuah pusat latihan memandu di Jalan Lapangan Terbang di sini baru-baru ini.

Wanita yang bekerja sebagai jurujual itu ditahan di rumahnya di Taman Segamat Baru pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Abdul Majid Md. Ali berkata, wanita itu ditahan kurang 24 jam selepas polis mendapat maklumat mengenai penemuan mayat bayi tersebut.

buat-maksiat


Katanya, suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan polis mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

“Jika didapati bersalah, mereka yang terlibat boleh dikenakan hukuman penjara selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Rabu lalu, seorang kakitangan di sebuah pusat latihan memandu gempar apabila menemui bungkusan berbau busuk yang ditinggalkan di dalam tandas wanita.

Bungkusan plastik yang ditemui dalam sebuah tangki air tandas itu kemudian diperiksa oleh pihak polis sebelum disahkan sebagai mayat seorang bayi.

Pemeriksaan lanjut oleh pihak hospital mengesahkan jantina bayi itu adalah lelaki, dipercayai dilahirkan kira-kira dua hingga lima hari sebelum mayatnya ditemui.



23/02/2010


CERITA 8

Bayi lelaki ditemui rentung dalam tong sampah

13/02/2010 3:02pm

AZRAN FITRI RAHIM azran.rahim@utusan.com.my

KUALA KRAI 13 Feb. – Seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan beberapa hari ditemui dalam keadaan rentung dalam sebuah tong sampah di belakang sebuah bank di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Abdul Rahim Che Ghani berkata, mayat bayi itu ditemui oleh seorang pekerja Majlis Daerah Kuala Krai kira-kira pukul 11 pagi.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan, pihaknya percaya bayi malang tersebut dibuang ke dalam tong sampah berkenaan sebelum dibakar. – Utusan

CERITA 9

Buang bayi tindakan kejam

Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 11 Feb. – Betul-betul kejam. Kalau tak nak, bagi saja pada kita! Demikian reaksi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang terkejut dan kecewa dengan kes pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

“Saya bangun pagi tadi, terus baca tentang kes ini, ia betul-betul kejam. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku,” tegasnya.

Shahrizat ditemui pemberita selepas melancarkan jurnal antarabangsa Institut Pengupayaan Wanita Bagi Anggota Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NIEW), di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kes pembuangan bayi yang berlaku sejak Isnin lalu apabila mayat seorang bayi perempuan ditemui tertanam di Bukit Mertajam, Pulau Pinang diikuti penemuan bayi perempuan yang masih hidup di Alor Setar, Kedah sehari kemudian.

Semalam, mayat seorang lagi bayi perempuan yang dihurungi semut ditemui di pintu pagar Masjid Jamek Permatang Duyong di Melaka.

Shahrizat berkata, kejadian-kejadian itu menjadi satu petunjuk yang amat membimbangkan dalam masyarakat Malaysia pada hari ini.

“Ini menunjukkan masyarakat kita menghadapi tekanan. Sebab itu dalam hidup kita ini perlu ada keseimbangan. Kita lihat dulu perkara seperti ini tidak berlaku sekerap ini.

“Ini kerana dulu kita ada keluarga yang besar. Apa-apa terjadi pun bukan saja ibu bapa membantu, saudara-mara lain juga akan tolong. Tetapi kita lihat ia sudah tidak ada pada hari ini sebab struktur keluarga yang kian berkecai,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan dan banyak lagi pihak terutama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan wanita dan keluarga menyediakan bantuan kepada mereka yang tidak ada saluran lain untuk meminta pertolongan.

“Kita ada Jabatan Kebajikan Masyarakat di seluruh negara. Kalau tak mampu hendak menjaga anak yang baru dilahirkan bagi pada kita, kita boleh jaga. Tolong jangan buat macam ini. Rumah-rumah perlindungan kita juga banyak.

“Setidak-tidaknya datang berjumpa pemimpin tempatan, Wanita UMNO pun boleh kalau sudah tidak tahu ke mana hendak minta bantuan lagi,” katanya.


CERITA 10

Mayat Bayi Dibekal Ubat Semut Dan Gunting

09/02/2010 pada 11:39 pm · Dikirim dalam Isu Semasa, Kekejaman Terhadap Bayi

Tindakan mencurigakan dua lelaki yang membawa cangkul dan memecut laju motosikal melalui jalan tanah merah membawa kepada penemuan mayat seorang bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan di Lorong Perusahaan Maju Lapan, berdekatan Juru Autocity, di sini, semalam.

Lebih memeranjatkan, penjenayah berkenaan boleh dikatakan ‘baik hati’ apabila meletakkan ubat anti semut, gunting selain membungkus bayi berkenaan menggunakan kain lampin.

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Tengah, Asisten Komisioner Azman Abd Lah, berkata bayi yang cukup sifat itu dipercayai baru dilahirkan dan dibungkus dengan plastik hitam sebelum ditanam di belakang sebuah kilang.


Kejadian kira-kira jam 3.15 petang itu disedari orang ramai selepas mendapati dua lelaki menunggang motosikal jenis MZ 125 dalam keadaan mencurigakan melalui jalan tanah merah itu.

Beliau berkata, kedua-dua lelaki tidak diketahui bangsa itu didakwa membawa cangkul dan menunggang motosikal dalam keadaan laju.

“Apabila orang ramai ke tempat dua lelaki terbabit dipercayai menanam sesuatu, mereka menemui mayat seorang bayi lelaki dengan separuh badannya dari paras leher ke bawah tertanam.

“Berdasarkan fizikalnya, bayi ini cukup sifat dan berambut nipis, namun kami masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca kejadian,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Menurutnya, bayi itu sudah dibawa ke Hospital Bukit Mertajam untuk dibedah siasat dan kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran.

Sehubungan itu, beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian berkenaan menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Tengah, Asisten Superintendan S Subramaniam di talian 019-6351119 atau balai polis berhampiran. ~~myMetro


CERITA 11

Mayat bayi dalam tong sampah
Oleh HAMIMAH HAMID
utusanperak@utusan.com.my
Seorang anggota polis mengangkat mayat bayi perempuan yang ditemui oleh pekerja Majlis Bandaraya Ipoh ketika memungut sampah di kawasan rumah pangsa Jalan Asby, Ipoh, semalam.

IPOH 30 Dis. 2009 – Mayat seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui dalam tong sampah di kawasan rumah pangsa Jalan Asby di sini hari ini.

Bayi malang itu dijumpai oleh seorang pekerja Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang sedang bertugas memungut sampah di kawasan tersebut.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, pekerja MBI itu yang sedang menjalankan rutin harian terkejut apabila menemui mayat bayi berkenaan kira-kira pukul 11.30 pagi dan terus melaporkannya kepada polis.


“Mayat bayi itu dipercayai baru dilahirkan dalam tempoh 24 jam. Polis kini sedang mengesan ibu bapa bayi berkenaan. Sehingga kini belum ada suspek yang ditahan,” katanya ketika dihubungi di sini.


Sehubungan itu, Azisman meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh atau menghubungi talian 05-2451500 untuk membantu siasatan. Mayat bayi itu, katanya, dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat.


“Dan apabila anak-anak yang ditanam hidup-hidup menyoal ‘Kerana dosa apa dia dibunuh’ ” (Surah At-Takwir : 8 – 9). Sejarah berulang. Jahiliyah Arab di zaman Nabi saw kini berulang di Zaman Internet, tidak mustahil berulang jika umat menjauhi petunjuk Al-Quran dan As-Sunnah.


CERITA 12

buang-bayi
ANGGOTA polis memeriksa mayat bayi perempuan yang dijumpai di Tanah Perkuburan Islam, Senawang, Seremban, semalam.

SEREMBAN 30 Mac 2010 – Polis hari ini mengesahkan penemuan mayat bayi perempuan yang ditanam di Tanah Perkuburan Islam Senawang di sini pagi ini mempunyai kaitan dengan unsur jenayah.

Mayat bayi yang baru berusia 14 minggu itu ditemui tertanam oleh seorang penjaga kubur setelah ternampak kesan tanah gembur serta kotak dipercayai bekas menyimpan mayat bayi malang itu di tanah perkuburan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, penjaga kubur itu kemudian membuat laporan polis sebaik sahaja mengesan sesuatu yang aneh di tanah perkuburan tersebut.

“Dalam kejadian pada pukul 8.30 pagi itu, penjaga kubur berkenaan membuat laporan polis tidak lama kemudian. Sepasukan anggota polis telah bergegas ke lokasi tanah perkuburan itu.

“Hasil siasatan awal, polis menemui satu kotak dipercayai diguna untuk menyembunyikan mayat berkenaan dengan bahagian dalamnya terdapat kertas surat khabar dan bongkah tanah serta kesan lendir dan darah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Saiful Azly, polis kemudian menggali lokasi tanah itu dan menemui mayat seorang bayi perempuan berusia kira-kira 14 minggu dibungkus dengan kain putih seperti dikapankan dan ditanam di tanah perkuburan itu. Difahamkan, Tanah Perkuburan Islam Senawang tersebut masih belum beroperasi untuk sebarang pengkebumian.


“Kita akan siasat kes ini mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat secara sulit, kerana dipercayai mempunyai unsur jenayah,” tegasnya.

Ketika ini, kata beliau, pihaknya sedang menjalankan siasatan dari pelbagai sudut untuk mengesan mereka yang bertanggungjawab. Sehingga kini juga, tambah Saiful Azly, belum ada tangkapan dibuat dan mayat bayi berkenaan dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar untuk bedah siasat.


Dipercayai, bayi malang itu meninggal dunia kerana tidak cukup bulan dan ditanam di tanah perkuburan itu oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

“Polis juga sedang mengenal pasti keturunan bayi berkenaan dan akan menunggu laporan bedah siasat,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut supaya tampil membantu dan menghubungi mana-mana balai polis terdekat.


CERITA 13

Bayi lelaki baru lahir ditemui

MERSING 21 Mac 2010 – UtusanOnline – Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui dalam keadaan berlumuran darah di kawasan pembuangan sampah di Pantai Air Papan, dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Supritendan Mohd. Nor Rashid berkata, bayi malang itu ditemui seorang pengunjung yang baru tiba di pantai itu untuk berkelah pada pukul 10.30 pagi.

”Polis yakin bayi itu baru sahaja dilahirkan berdasarkan keadaannya yang masih mempunyai tali pusat dan tubuhnya masih berdarah,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, bayi yang kelihatan sihat itu dipercayai berketurunan Melayu. Dia kini dibawa ke Hospital Daerah Mersing untuk rawatan lanjut.

Katanya, polis sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.


CERITA 14

SUNGAI PETANI 14 Mei 2009 – Sungguh kejam. Gejala buang bayi kini kembali berulang. Kali ini, mayat bayi yang dilahirkan disembunyikan di bawah katil.

Seorang wanita berusia 27 tahun yang dipercayai mengandung anak luar nikah sanggup menyembunyikan bayi lelakinya yang meninggal dunia selepas dilahirkan di bawah katil di rumahnya, sebelum ditemui polis malam tadi.

Bayi lelaki yang cukup sifat seberat dua kilogram itu dipercayai dilahirkan pagi Sabtu lalu dalam sebuah bilik di rumahnya di Kampung Kuala Sin, Bukit Selambau, dekat sini.

Wanita yang bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang di sini itu kemudian meninggalkan mayat bayi tersebut di bawah katil tanpa pengetahuan sesiapa.

Dia kemudian meminta bantuan saudaranya menghantar ke hospital kerana mendakwa ‘sakit perut’.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali berkata, kejadian itu hanya disedari oleh pegawai perubatan Hospital Sik yang merawatnya dan mengesan tali pusat bayi masih tertinggal dalam rahim wanita berkenaan.

Menurutnya, wanita itu dikatakan tidak mahu memaklumkan kejadian tersebut kerana khuatir dimarahi oleh ahli keluarganya.

“Curiga dengan tindakan wanita itu, pegawai perubatan hospital kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sik.

“Polis yang memeriksa rumah wanita itu menemui mayat bayi lelaki yang cukup sifat dibungkus dengan tuala dan diletakkan bawah katil,” katanya.

Kejadian buang bayi sebelum ini berlaku di Perak pada Isnin lalu apabila mayat seorang bayi lelaki ditemui dalam keadaan yang sungguh menyayat hati di Masjid Simpang Lima, Kerian bersama wang tunai RM150 untuk urusan pengkebumian.

Sementara itu, Hashim memberitahu, ketika ditemui, bayi tersebut dalam keadaan hampir reput dan berbau busuk.

Beliau berkata, kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya sekali.

Katanya, mayat bayi terbabit dihantar ke Jabatan Forensik untuk bedah siasat manakala wanita berkenaan ditahan di wad Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk rawatan lanjut kerana mengalami pendarahan dalaman.


CERITA 15

Buang Bayi: Jahiliyah Abad 21

bayi-dibuang

Bayi ditemui dalam lubang tandas semalam 14/12/2008 dalam keadaan sedang menghisap jari. Semangatnya untuk terus hidup dan menjadi ahli baru dalam masyarakat lebih tinggi dari semangat ibunya yang tidak berperi kemanusiaan, lebih besar dari semangat ayahnya yang tak tahu dimana dan tidak bertanggungjawab.

Saya tersentak lagi di pagi hening di Tanah Suci ini apabila membaca kisah bayi dibuang oleh ibu yang baru melahirkannya. Hati menjadi lebih sayu apabila melihat fotonya, mengetahui dia dibuang didalam tandas awam dan menghisap jari kerana lapar ketika ditemui. Alangkah dahsyatnya fenomena Jahiliyah hari ini, zaman dimana saya hidup di dalamnya dan berjuang untuk merubahnya.


Jahiliyah hari ini lebih dahsyat dari Jahiliyah di zaman Rasulullah saw. Dizaman itu, mereka hanya membuang sebahagian bayi-bayi perempuan kerana takut dijadikan bahan pelepas nafsu dihari besar mereka nanti, seperti adat dizaman tersebut. Jahiliyah hari ini membuang bayi tanpa mengira jantina, samada anak lelaki atau anak perempuan. Jahiliyah dizaman itu membuang bayi dan menanamnya di padang pasir, sedang Jahiliyah dizaman saya hari ini membuang bayi di dalam lubang tandas !! “Dan apabila (di Hari Kiamat) bayi-bayi yang ditanam bertanya, ‘Kerana dosa apa mereka dibunuh (ditanam)” (At-Takwir:8).

Dalam para Duat hari ini termasuk saya mengejar cita-cita memegang panji-panji perjuangan para Rasul dan Rasulullah saw, kekadang timbul rasa malu di hati saya apabila membandingkan semangat juang mereka dan para Sahabat ra dalam merubah Jahiliyah dizaman masing-masing :

  1. Sebelum mendapat Risalah Islam lagi, Nabi saw telah rimas dan tidak tahan melihat dan hidup di dalam Jahiliyah dizaman Baginda saw, lalu sering mengasingkan diri naik kepuncak Jabal Nur dan berkhalwah di Gua Hirak sedang ramai pendakwah hari ini apatah lagi masyarakat awam yang tidak merasa seperti itu. Tanpa “Inkar Al-Qalb” (menginkari dengan hati), seseorang tidak akan terdorong beramal menuju sesuatu objektif yang tiada pula.
  2. Sebaik medapat Risalah Islam, Baginda saw terus berjuang di dalam masyarakat sehingga yang beriman mengikutinya dan yang menginkarinya bertindak menghalau dan memeranginya. Sedang ramai masyarakat Islam hari ini yang membaca kisah-kisah Jahiliyah seperti membuang bayi di atas, tidak bergerak apa-apa dalam merubah keadaan, sedang Risalah Islam telah ada pada mereka sejak dilahirkan.
  3. Dengan iman dan semangat berjuang tanpa mengenal letih dan sakit, Rasulullah saw dan para Sahabat ra akhirnya berjaya merubah keadaan Jahiliyah di Semenanjung Arab dalam masa 20 tahun (610-632M) sedang fenomena Jahiliyah seperti diatas di tanahairku Malaysia sejak 20 tahun lalu saban hari semakin menjadi-jadi. Isi kandung rancangan di televisyen, bahan bacaan dan tontonan di majallah dan akhbar, program bebas muda mudi di serata tanahair dan sebagainya menunjukkan arus Jahiliyah Abad 21 ini semakin mengganas dan tidak mampu dihadapai oleh majlis Tahlil dan bacaan Yaasin, sebaliknya Islam menuntut pemahaman dan pengorbanan dari mereka yang ikhlas dalam bentuk Amal Islami yang tersusun dan mengutamakan amal dari bercakap, menekankan tarbiyah sebenar dari sekadar berkempen kosong semata-mata.

“Ceritakanlah kepada mereka kisah-kisah, moga-moga mereka mengambil peringatan” (Al-Quran). Mudah-mudahan kisah bayi yang kuat semangat untuk terus hidup di atas, dan kisah ibu dan bapa malang yang bakal di hakimi oleh Allah swt di Hari Pembalasan tersebut menjadi peringatan buat kita semua sebagai masyarakat Islam, khususnya para Pendakwah di Jalan Allah swt.

Rasulullah saw dan para Sahabat ra telah mendapat pengiktirafan dan keredhaan Allah dari prestasi amal Dakwah yang telah mereka kerjakan. Sedang kita pula, penilaian Allah swt terhadap prestasi Amal Dakwah kita masih berjalan. “Itulah umat yang terdahulu. Bagi mereka (keredhaan dan pahala) adalah apa prestasi yang telah mereka perolehi, sedang bagi kamu adalah (dari prestasi) apa yang kamu perolehi. Kamu tidak akan ditanya tentang apa yang mereka (umat terdahulu) telah lakukan. (Oleh itu tumpulah terhadap tugasan dan prestasi kamu sendiri)” (Al-Quran).

Moga Allah menggolongkan kita ke dalam mereka yang menolong dan memenangkan AgamaNya dan merubah masyarakat kita kearah menjadi Masyarakat Islam yang menjadi contoh dan pemimpin kepada masyarakat lain di dunia. Ameen.

Sekian,

Ustaz Halim www.inijalanku.wordpress.com

CERITA 16

Thursday, March 8, 2007

Buang Bayi






Posted in Kisah Pengajaran at 9:45 am

MENYAYAT HATI… Mayat seorang bayi lelaki terdampar di atas rumput dan dipercayai meninggal dunia dalam tempoh lebih 24 jam di Flat Lobak, Seremban, Negeri Sembilan, semalam.


SEREMBAN 5 Feb. – Bayi siapakah ini? Kalau mereka benar-benar manusia, bayi yang cukup sempurna sifatnya ini tidak akan dibuang seperti ini.


Siapa yang melihat gambar bayi ini pasti akan berlinang air mata. Insan yang baru bernafas untuk hidup dinafikan haknya - mungkin oleh ibu yang melahirkannya sendiri.


Fenomena yang membimbangkan ini semakin menjadi-jadi.


Bayi itu ditemui terdampar di Flat Lobak di sini pagi ini, dengan kepala dan hidung yang masih berlumuran darah serta tali pusat yang masih terlekat dan dipercayai meninggal dunia dalam tempoh lebih 24 jam di satu lokasi lain.


Menurut jurucakap polis, mereka percaya suspek cuba membuang bayi itu di kawasan tong sampah dan apabila bertemu dengan orang ramai yang lalu di kawasan itu, bayi itu ditinggalkan di situ sebelum suspek menghilangkan diri.


“Mayat bayi ini ditemui penduduk kira-kira 11.45 pagi dan jika dilihat pada fizikal mayat, bayi itu bukan dibuang dari tingkat atas flat berkenaan, sebaliknya ditinggalkan di situ oleh suspek.


“Keadaan mayat bayi, kita lihat sudah ada kesan biru pada kaki dan kita percaya dia meninggal lebih dari 24 jam. Mungkin, suspek cuba membuang bayi ini di tong sampah berhampiran dan tidak sempat berbuat demikian kerana kawasan itu sering kali digunakan oleh penduduk.


“Daripada pengamatan awal, kita syak bayi ini berketurunan Cina. Mayat bayi itu, kita hantar ke Hospital Tuanku Ja’afar dan bedah siasat mungkin dilakukan hari ini atau esok. Bayi itu mungkin sudah meninggal semasa dilahirkan,” katanya di sini hari ini.


Sementara itu, suasana hiba dan pilu jelas terbayang pada wajah orang ramai yang menyaksikan bayi berkenaan ketika mayatnya diangkat oleh anggota polis, malahan ada yang mengalirkan air mata melihat kekejaman yang dilakukan oleh manusia tidak bertanggungjawab itu.


Mereka berkata, ini bukan kerja manusia tetapi manusia yang bertopeng ‘binatang’.


Gan Xie Hua, berusia 50-an yang mula-mula menemui mayat bayi berkenaan berkata, dia terkejut dengan kejadian ini dan sebaik terlihat objek di atas rumput belakang flat berkenaan, hatinya sudah tergerak apa yang dilihat itu memang seorang bayi yang telah dibuang.


“Apabila saya menghampirinya, saya menggigil dan ia mayat bayi lelaki yang cukup sifat. Saya bergegas ke rumah seorang jiran dan memberitahunya. Apabila saya menjelaskan kepadanya, dia tidak percaya.


“Tetapi selepas menghampiri mayat itu, dia percaya itu adalah bayi lelaki yang sudah meninggal dunia. Kami terus menghubungi polis,” katanya.


Rahmi Bustamam, 21, yang tinggal di flat berkenaan terkejut dan kesal apabila ada manusia yang sanggup membuang bayi yang dilahirkan begitu sahaja.


“Saya sedang membasuh baju pada pukul 11.30 pagi apabila seorang jiran bergegas memaklumkan yang dia menemui seorang bayi di atas rumput, belakang flat ini.


“Apabila saya turun, saya hampir menangis apabila bayi itu cukup sifatnya, tali perut masih terlekat dan lebih menyayat hati, dia mati dan ditinggalkan di atas rumput dan sudah dihampiri lalat. Darah di muka dan hidungnya masih ada,” katanya.


CERITA 17

Pelajar sekolah agama buang bayi 30.5.2009


Mayat seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat dijumpai di rumah sewa seorang pekerja kilang di Taman Balok Makmur semalam.



KERATAN Kosmo! semalam.


KUANTAN - Seorang gadis berumur 16 tahun tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini kelmarin dan mengaku meninggalkan mayat bayi di hadapan sebuah rumah di Taman Balok Utama di sini.

Gadis itu yang juga seorang pelajar mendakwa dia mengandung pertengahan tahun lalu tanpa disedari ibu bapanya sehingga melahirkan bayi lelaki tersebut di dalam bilik di rumahnya di Balok pagi kelmarin.

Sebaik dilahirkan bayi itu meninggal dunia sebelum gadis itu membungkus anaknya menggunakan sehelai kain putih sebelum ia dibawa keluar dari rumah seorang diri secara senyap.

Gadis itu kemudian mendakwa dia berjalan kaki sehingga sampai ke sebuah kawasan perumahan di Taman Balok Makmur dan meninggalkan bayinya di hadapan sebuah rumah di situ berserta satu nota mohon mayat anaknya dikebumikan.

Keluarga gadis itu hanya mengetahui anak mereka melahirkan anak ketika ibunya mengemas rumah menemui kesan darah di sekitar bilik anaknya pada pukul 8 pagi kelmarin.

Gadis itu yang dilihat letih mula menceritakan perkara sebenar selepas didesak ibunya berkali-kali mengenai darah di dalam biliknya.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff berkata, gadis yang bersekolah di sebuah sekolah menengah agama di Balok hadir ke IPD Kuantan bersama ibunya pada pukul 11 pagi kelmarin.

"Gadis itu kelihatan sedih dan letih semasa membuat laporan polis," kata beliau di sini semalam.

Menurut beliau, gadis itu mendakwa dia mengandung selepas dirogol oleh seorang kenalan lelaki berusia 20-an setahun lalu.


CERITA 18


Wednesday, October 15, 2008

Buang bayi

Apa rasa korang bila tengok gambar2 nie????


kejamnya manusia kepada manusia. kucing pun tahu syg anak



Bayi comel nie sanggup dorang buang..manalah hati perut dorang nie

Masya ALLAH...manusia dah tak ada harga diri.jadi sama cam sampah..itulah yg jadi bila nafsu menguasai diri

JIwa aku tak tenteram..sedih..pilu..tersayat jer hati ini...bila menonton Buletin Utama tadi. Tajuk beritanya lebih kurang cam nie...mayat bayi diseret kambing. Adoiii...siapalah punya durjana tuh yg sanggup membuang bayi yang tak berdosa ni. Dah ler buat dosa berzina..membunuh plak tuh..kot yer pun.. tak nak bayi tuh jgn ler bunuh..letak ler kat umah orng at least bayi tuh masih boleh bernafas. org lain yang susah nak beranak..punyalah usaha nak anak..ini senang2 jer dia buang..

Ttp bila aku peratikan dalam kes2 yg macam nie..kdg2 Tuhan permudahkan sangat..benda2 yg haram nie cepat lerrr lekat..itu pun tak sedar2 diri lagi. pastu dia orang nie nak bersalin senang jer..sebab tuh ler dlm toilet pun boleh...kat sekolah..shopping complexs... belakang pokok pisang main redahh jer...tak sakit ker???...kalu org lain cam aku nie ...sakit berjam-jam nak bersalin...ttp dorang nie cam senang sangat ataupun psikologi sebab benda dah haram sebab tuh ler...kesakitan bersalin tak terasa...sebab takut mengatasi segalanya.

Skang kes2 cam ni bukan kat bandar2 jer...kat kg lagi banyak....kalau budak2 bandar nie dorang pandai guna kondom, pil perancang lah sebab tuh tak ngandung...kalau budak2 kampung nie ingt seronok jer..bila ngandung mulalah fikir nak buang bayi...masya ALLAH.

buat-maksiat

kat kg aku pun ada kes cam nie..budak2 kilang ..nak kata bebas taklah juga...sebab ayah kuat agama ...ttp bila dah ada bf,gf nie mulalah nafsu dah tak leh kawal dah..lupa segalanya. ttp sib baik keluarga masih menerima mak ngan anak tuh..bila tahu jer ngandung 6 bln terus dinikahkan...skang nie anak pun dah 3 bulan. ttp ruginya tak dapatlah merasai majlis perkahwinan besar-besaran, pakai baju pengantin..make up lawa...sebab dah kawen koboi. so fikir-fikirkanlah sebelum buat sesuatu benda tuh..bila dah terlanjur buruk padahnya..sampai lerr..akhir hayat kesannya terasa. sedih bila difikirkan sebab zuriat dah jadi tak tentu hala...bayangkan apa akan jd pada anak nie bila dia besar....dalam surat beranak dah ler nama ayah tak ada dah sah2 lerr...anak luar nikah. Cam ner dia nak menghadapi masa depan...mmg lar dia tak salah ttp kesannya dia akan rasa sampai ler dia meninggal nanti. Orang kata sampai 7 keturunan.

Inilah harga yg harus kita bayar drp kemajuan..kemodenan..dan kekayaan. Nilai2 murni dah hilang semua sekali. moga ni jadi peringatan untuk aku ngan anak2 cucu aku nanti sebab aku pon ada anak...anak pompuan ngan laki sama jer..dua2 kena jaga...yg pompuan kena pandai jaga diri.. jaga maruah... jaga agama... jaga nama baik keluarga..yg laki plak...jgn suka2 hati nak rosakkan anak orang...dah ler nak jd ketua keluarga..ketua keluarga apa kalau buat benda2 mungkar nie...minta-minta dijauhkan AMIN...

Wallahhualam...

CERITA 19

Burung gagak kerumun mayat bayi Batu Feringghi Pulau Pinang

By admin

Read Here

3_image1.jpg

VERAPPA melihat mayat bayi yang dijumpainya di dalam longkang di Batu Feringghi, Pulau Pinang semalam.

Kehadiran sekumpulan burung gagak yang mengerumuni sesuatu di tepi jalan Batu Feringghi berdekatan kawasan Pulau Asmara di sini bukanlah asing bagi tukang sapu Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), T. Verappa, 36. Namun, semalam dia berasa tidak sedap hati lalu berpatah balik untuk melihat apa yang sebenarnya dikerumuni oleh kumpulan gagak tersebut. Apa yang mengejutkan ialah kumpulan gagak itu sedang mematuk mayat seorang bayi yang masih bertali pusat dalam keadaan tertiarap di sebatang longkang di situ.


“Walaupun saya sudah terlajak kira-kira 100 meter dari tempat itu, tapi saya berasa lain macam pula sebab jumlah burung itu terlalu banyak. Saya hampir pengsan apabila mendapati benda yang dikerumuni itu merupakan mayat seorang bayi lelaki yang cukup sifat,” katanya ketika di temui semalam.


CERITA 20


PELAJAR sekolah agama (kanan) dipercayai membuang bayinya diiringi polis ke Mahkamah Majistret Alor Star semalam.


ALOR STAR - Seorang pelajar sekolah menengah agama di Pokok Sena di sini bertindak di luar batas kemanusiaan apabila membuang bayi perempuan yang barudilahirkan danditemui mati di tempat pembuangan sampah belakang asrama sekolah itu.

Pelajar perempuan berusia 18 tahun dan berasal dari Hulu Langat, Selangor itu dipercayai melahirkan anak Isnin lalu di bilik asrama. Bayi malang yang cukup bulan itu dipercayai dibunuh ibunya sendiri sebelum membungkusnya dengan kain batik dan menutupnya dengan timbunan sampah.


(Gambar hiasan utk mudah faham cerita, TAPI utk kita fikirkan dan muhasabah bersama)


Ketika ditemui, bayi perempuan itu dalam keadaan hampir rentung bersama urinya yang masih berdarah.

Pelajar terbabit dikatakan menjadi mangsa rogol di ibu negara ketika pulang bercuti tetapi kejadian itu tidak dilaporkan kepada keluarganya dan polis.

Rahsia pelajar itu melahirkan anak luar nikah terbongkar apabila dia mengadu sakit perut dua hari selepas bersalin dan dibawa seorang ustazah sekolah itu ke hospital untuk pemeriksaan.

Doktor mendapati pelajar itu sebenarnya baru bersalin dan memaklumkannya kepada ustazah berkenaan. Selepas dipujuk, barulah pelajar itu mengaku melahirkan anak sebelum membuangnya di belakang asrama.

Menurut seorang kakitangan sekolah itu yang ditemui Kosmo! semalam, disebabkan badan pelajar itu yang agak gempal dan tinggi menyebabkan pelajar dan kakitangan sekolah tidak menyedari dia mengandung sehingga sembilan bulan.

"Pelajar itu selalu tidak sihat dan pernah berhenti belajar di sini dahulu dan sambung belajar semula, semua orang tak sangka dia mengandung, lagi pun dia tidak bergaul sangat dengan orang lain," jelasnya yang enggan dikenali.

Katanya, sekolah terbabit gempar apabila melihat beberapa orang guru mencari mayat bayi di tempat buang sampah di belakang asrama sekolah.

sekolah.

"Mayat itu dijumpai dalam keadaan terbakar sebab kawasan itu tempat buang sampah. Tukang kebun bakar sampah lalu terkena mayat bayi, semua badan terbakar kecuali sedikit sahaja di bahagian muka," ujarnya.

Sementara itu jurucakap polis memberitahu, guru sekolah agama berkenaan telah membuat laporan mengenai kejadian itu di Balai Polis Langgar di sini kelmarin.


CERITA 21

Lagi mayat bayi ditemui


MAYAT bayi lelaki bertali pusat ditemui hanyut di Sungai Klang, Kampung Bukit Lancung, Puchong, semalam.


SUBANG JAYA 6 Mei – Gejala buang bayi kini menjadi seolah-olah tiada kesudahan. Ketika masyarakat bimbang dan simpati, satu lagi mayat bayi baru lahir ditemui hanyut di Sungai Klang berhampiran Kampung Bukit Lancung, Puchong di sini hari ini.

Penemuan mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat dan berkeadaan bogel itu menyusul selang dua hari selepas kes seorang bayi lelaki ditemui ditinggalkan di sebuah pondok berhampiran Surau Umudiah, Kampung Batu 29, Jenderam Hulu di Sepang.


Mayat bayi yang cukup sifat itu dipercayai dilahirkan kira-kira 24 jam lalu ditemui oleh dua lelaki yang ingin memancing di sungai berkenaan pada pukul 12 tengah hari.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, semasa turun ke sungai, dua lelaki yang juga penduduk Kampung Bukit Lancung itu ternampak satu objek mencurigakan terapung atas air.

Beliau berkata, mereka kemudian mengambil objek tersebut untuk diperiksa dan terkejut mendapati ia adalah mayat bayi lelaki.

“Dua lelaki terbabit kemudian membawa mayat itu ke tepi sungai dan membalutnya dengan kain sebelum menghubungi polis memaklumkan mengenai kejadian itu,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya di sini hari ini.


Beliau berkata, polis percaya bayi terbabit dicampakkan ke dalam sungai sebaik sahaja dilahirkan dan mayatnya dihanyutkan arus sehingga ke Kampung Bukit Lancung.

Katanya, tempat di mana bayi itu dicampak belum dapat dikenal pasti kerana Sungai Klang mengalir dari Kuala Lumpur hingga ke Klang.

“Bayi lelaki ini cukup bulan, sempurna sifat dan berkulit cerah tetapi bahagian kepalanya bengkak dipercayai akibat terlanggar benda keras semasa dihanyutkan.

“Kita mengucapkan terima kasih kepada penduduk yang prihatin apabila mengangkat mayat bayi itu dari sungai kerana jika dibiarkan mungkin ia dihanyutkan ke tempat lain dan tidak ditemui memandangkan arus ketika itu deras,” katanya.


CERITA 22


Mayat bayi dijumpai dekat surau stesen minyak




KLANG: Satu lagi kes buang bayi dilaporkan, kali ini berlaku berhampiran surau sebuah stesen minyak di Bandar Bukit Tinggi di sini.

PERBUATAN KEJAM: Keadaan mayat bayi lelaki yang ditemui seorang pekerja stesen minyak berhampiran surau di Bandar Bukit Tinggi di Klang, Selangor semalam. — Gambar Bernama

PERBUATAN KEJAM: Keadaan mayat bayi lelaki yang ditemui seorang pekerja stesen minyak berhampiran surau di Bandar Bukit Tinggi di Klang, Selangor semalam. — Gambar Bernama

Mayat bayi lelaki yang baru dilahirkan itu ditemui di dalam plastik sampah yang ditinggalkan di atas rumput di situ kira-kira jam 6.30 pagi.

“Bayi yang berkulit cerah itu ditemui dibalut dengan tuala dan dimasukkan ke dalam beg plastik sampah. Bayi berkenaan dipercayai baru dilahirkan dalam tempoh 24 jam berdasarkan keadaan tali pusatnya yang masih berdarah.

“Mangsa dipercayai telah meninggal dunia sebelum dibuang kerana badan mangsa telah dibersihkan. Tiada kesan kecederaan ditemui pada mangsa,” kata Ketua Polis Daerah Klang, ACP Mohamad Mat Yusop.

Beliau berkata mayat bayi berkenaan ditemui oleh seorang pekerja stesen minyak tersebut sebelum memaklumkannya kepada polis.

Mayat bayi itu kini berada di Hospital Tengku Ampuan Rahimah. — Bernama


CERITA 23


Suspect detained over dead baby at Stutong market



KUCHING: Police have detained a suspect here yesterday in connection with the dead baby in the monsoon drain near Stutong Market.

ARRESTED: The suspect being taken away in a police car.

ARRESTED: The suspect being taken away in a police car.

District police chief ACP Mun Kock Keong confirmed this but declined to release any other information.

“My officers are still investigating and are currently interviewing the girl (suspect),” he said when contacted by The Borneo Post.

According to sources, the 22-year old woman was from Simunjan and worked in a coffee shop in the area.

Two teenagers spotted what they thought was a child’s doll in a drain last Saturday.

They ran for help after discovering it was a dead infant.

A patrolling police team arrived at the scene within minutes after being notified by the boys.

The post regarding the dead baby yesterday can be found here: www.theborneopost.com/?p=14996


Doll’ turns out to be dead baby



KUCHING: Two teenagers thought that they had stumbled across a child’s doll inside a monsoon drain, only to make the horrific discovery that the ‘doll’ was in fact a dead newborn.

Boys run when they realise their find was not a doll

DESPICABLE ACT: A forensics police officer inspects the newborn’s body. (Inset) Raymond (right) and Ruzzie.

DESPICABLE ACT: A forensics police officer inspects the newborn’s body.

“We thought it was a doll at first until my friend prodded it with a stick and shouted to me that it was real,” said Raymond Rawing, 13, recounting his shocking find at Stutong community market in Tabuan Jaya yesterday.

He and a friend, who identified himself only as Ruzzie, were strolling along the water-logged drain towards the wet market around 2:50pm when the former spotted a pair of tiny legs.

Out of curiosity, the boys, who are classmates at SMK Tabuan Jaya, decided to take a closer look. Ruzzie jumped into the drain and used a stick that he was carrying to poke the legs.

Once he realised that it was a dead baby, Ruzzie said he scrambled out as fast as he could and together with Raymond, ran towards the market to get help.

They coincidentally bumped into a patrolling police team at the market and related their find, prompting CID officers and a forensics unit from district police headquarters to descend onto the scene within minutes.

Scores of people gathered to watch as police conducted their investigation, with several expressing their disgust over the incident.

“How could anyone be so heartless as to do such a despicable thing?” asked one woman, who declined to be named, as others standing around her nodded in agreement.


CERITA 24



No comments:

Post a Comment